Pixajoy

Saturday, September 10, 2011

Home » Malas - Malas

Malas - Malas



Lepas raya badan ini rasa malas-malasNikmatnya kalau bisa tidur tanpa diganggu. Namun monster chubby itu selalu saja bising ditelinga aku mengatakan lapar. Mahu buat kerja malas, mahu masak pun malas, mahu iron baju malas, mahu pergi kerja malas, mahu update blog pun malas juga. Pendek kata mahu buat apa pun semuanya malas Aku tidak berapa suka dengan sikap malas ini, tapi ia datang tanpa aku undanglah!

Petang semalam jiran menjemput ke rumah terbuka. Jiran depan pintu rumah aku saja. Malas aku mau berbaju raya segala. Dekat je pun. Tapi Aiman sibuk mahu pakai baju lawa-lawa sebab melihat orang lain semuanya berbaju raya. Dengan kerajinan yang sedikit, aku jadi tak berapa nak malas untuk snap pic Aiman walaupun kamera macam haprak!

Sila kesian tengok kualiti gambar ini.haha..



Oleh kerana malas, pagi tadi aku beli sarapan nasi lemak. Untuk lunch aku just buat cekodok. Ada tak orang lunch makan cekodok? Inilah akibatnya kalau malas, kesian si chubby dapat ibu seketika pemalas.kahkah..Cekodok ini sedap juga sebab tiba-tiba aku dapat idea merapu membuat cekodok yang lazat  dengan memasukkan pisang + oat + nestum. 

Kali nie macam ok sikit kualiti gambarnya. Gila itu kamera. hehe..

Baru sebentar tadi terima berita nenek di Johor masuk hospital. Patutlah en suami mengadu domba mata kirinya asyik berkedip sehari dua nie. Malas aku mau layan.keke. Boleh percaya ker kalau mata kiri berkedip ada berita buruk akan berlaku?haha petanda atau khurafat?


Bimbang sesuatu terjadi, mak mahu kami segera balik kampung. Kejap lagi aku mahu ke opis isi borang cuti. Terpaksa aku korbankan cuti yang dah tak banyak tu. Suka juga sebab memang malas nak pergi kerja.haha..

Kalau jadi Insyaallah malam ini atau esok kami bertolak balik Johor. Aku mungkin takkan update untuk berberapa hari. Suka lagi sebab memang malas nak update. Korang pun bukan kisah kalau aku takde entri.haha. Nuffnang pun dah tak suka aku. Apa pun tolong doakan perjalanan aku dan keluarga selamat pergi balik. Tolong doakan sekali kesihatan nenek. Terima Kasih..




13 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

kenyang ke si chubby tu makan cekodok je tengahari kak... xmenagamok lak die.. hehe

yayath said... Best Blogger Tips

malas..malas..malas..hehehe:)

yath pun sama la puan kutu:)heee...

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Semoga selamat pergi dan balik.. :D

hyz said... Best Blogger Tips

kalo da lunch mkn cekodok, mmg malas tahap gaban.. kurus si aiman kang.... haha

Nur Farah said... Best Blogger Tips

wah3... penyakit malas banyak betul nisnampai lunch cekodok jer.. uhuhu..

btw hope mak puan kutu sihat2 jerk.. ;p

NzA said... Best Blogger Tips

Hati2 dijln raya dan akak doakan agar kesihatan nenek brtmbah baik....

akak lagi dasyat, malas + xde mood....

Aien Not Alien said... Best Blogger Tips

tadi saya rajin je...tiba2 TERmalas ni...haha...

kpah k-poh Sharifahnor said... Best Blogger Tips

selamat yaa...

Syeeda said... Best Blogger Tips

cutenya...

Kak Aya said... Best Blogger Tips

alahai makan cekodok je tengahari..kesian , meh rumah acik aya ni, meh..

oo nak balik JB, patutlah kat atas tu tulis selamat tinggal seketika

puanbee said... Best Blogger Tips

selamat lah ko sampai kutu.. haha malas .. malas .. malas .. wakaka...

Unknown said... Best Blogger Tips

haishh...bahaya ni asik dok sebut malas je..krg jd malas betul2 plak :p

semoga nenek puan kutu lekas sembuh ya

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

malas2 ni ade sebab ni ...

sy dah paham bebenor pe'el mcm ni...ade isi ek?? klu betul,TAHNIAH !'jangkitan' berjaya ;)