Salam Bahagia,
Lately nie aku agak serba salah mahu update blog berkisar tentang hal yang berlaku dilingkaran kehidupan aku. Mungkin aku sudah terbiasa dengan entri peribadi yang harus menempek at least sekeping gambar buat tatapan korang yang membaca. Selalu saja keterujaan aku diragut dek ketiadaan penyeri gambar di sesebuah entri.
Semuanya gara-gara kameraku buat hal. Mahu dibeli yang baru bukankah memerlukan ratusan ringgit sedangkan mahu membeli usb handphone yang harganya RM 25 pun aku masih berkira-kira. Bukanlah aku ingin bersikap bakhil lagi kedekut, sebaliknya aku merasakan RM25 itu cukup tinggi nilainya bagi perkara yang masih boleh bertolak ansur kepentingannya. Tambah lagi RM5 sudah boleh terbang ke kampung, walhal hampir setiap minggu kesana. Korang faham apa yang ingin aku sampaikan?haha buat-buat faham sudah!
Pemikiran dan kepetingan setiap orang berbeza dan jangan tanya kenapa. Nak cerita open house malam tadi je pun. Langkah kanan balik kampung semalam, jiran setaman buat rumah terbuka. Makanya wajiblah makan free sambil riang gembira di hari raya. Lepas maghrib berpusu-pusu orang datang. En suami ke stadium bersemangat sukan mahu menonton bola seorang diri walaupun ada live di RTM1 selepas tiada seorang pun yang mahu meneman.haha tarik nafas! maaf kerana tiada noktah.haha Entah apa hebatnya team hijau kuning yang makin merudum tu. Melantak makan lagi nikmat rasanya.
Oh yer berbalik cerita tentang makan. Mata ayuku (kalau tak sendiri puji siapa ye) rambang dijamu hidangan nasi minyak ayam masak merah, sate, nasi himpit kuah kacang, ketupat rendang, koteaw goreng, kuih muih yang pelbagai juga air hijau yang entah apa rasa juga teh tarik pak mat (bapak mertua aku la) yang memang mabeles.kehkeh.
Sambil menikmati hidangan, ada acara cabutan bertuah. Aku tulis nama Aiman saja. Pak Mat dengan tamak sekali menulis nama sendiri sebanyak 4 kali (ini rahsia, tulis nama boleh sekali saja.hoho). Setelah membuncitkan perut, aku memberi pesanan supaya Aiman menunggu namanya di panggil untuk menerima lucky draw manakala aku balik rumah tengok cerekarama. Bila mendengar bunyi bunga api bertalu-talu, aku kalut mencapai tudung keluar semula meyibuk.haha..
Tak sangka Aiman lucky tersenarai menerima hamper. Nama Pak Mat yang 4 kali tu langsung tidak bertuah sedangkan yang mencabut nombor adalah Pak Mat sendiri.kehkeh. Kalau dah rezeki tak kemana kan..
*Hari tu timbang naik 2kg!
17 comments:
pada sesetengah org, duit bukan satu masalah, tp pada kebanyakkan orang , duit tu sangat penting, nak keluarkan beberapa RM pun kena fikir panjang tentang keperluan utk membeli satu2 perkara tu, kak aya sangat2 faham apa yang Puan Kutu tu tuliskan.
tudia timbang naik 2kg bee tk timbang tak berani ah kutu..
betul kutu tk de gambar kurang sket lah kemeriahan satu2 entri tu ..
hehehe entry yang sangat menghiburkan cik kutu:)
huhu ... hehe .. kesian pak mat ...
best la.. ada lucky draw segala ...
bertuah aiman...heee...
Tahniah Aiman....
Setakat 2kg tu dik...tak kisahlah..hehehe
Betuahnya aiman tu... Kalau letak nama msred mesti jadi macam pak mat...hheee
Salam kenal yea...
hahaha..tu la pak mat main tipu..hakjkahahka..
aah klu rezeki x ke mana ...
aritu family mertua buat gak lucky draw,nama kite dah kena cabut tp wat2 xdgr jek sbb malu nk ke depan...kui3x..i ni pemalu taww :p
namanya pun lucky,nasiblah siapa yg dpt,ct dlm seminggu ni tak payah msk,jemputan open house setiap hari,jimat duit dapur
Lepasni diet blk ye.. turun la 2 kg tu.. hehe.. tahniah aiman.. :D
2kg ke 3kg ...hehe
tahniah naik 2kg.... saya nak naik 10g pn susah.. nyampah!!!!
Wah dapat hamper. Aiman memang bertuah betul laa. Takpe Puan Kutu, lepas ni diet kaw kaw okeyh..
P/s: Arrrgh, kami (Bro Ery & Miss Tira) menerima tekanan kesibukan tahap dewata raya. Maaf lama tak bertandang ke blog anda.
pasni nak buh aiman bukan nama sebenar la :p mana tau ada rezeki kan..ehehe..
xpe2..bulan raya mmg ramai akan naik KG..pasni leh usaha utk turunkan blk ye :p
rezeki budak comel tu ye....tahniah.
akak pn naik 2 kg...hu.hu.hu...
naik 2 kg tu tu maknanya senang hati kan kan..
aiman..tahniah
Post a Comment