Pixajoy

Sunday, September 25, 2011

Home » Fakta Menarik Tentang Jalan Raya

Fakta Menarik Tentang Jalan Raya


Salam Hari Ahad,

Jalan raya merupakan jalan besar yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Ia adalah perhubungan yang sangat penting dan sering kita gunakan  setiap hari. Hari nie nak share fakta menarik tentang jalan raya. Mungkin terdengar agak pelik, tapi inilah hakikatnya:

Jalan paling sempit di dunia

Berada di di Baden-Württemberg, Germany, Spreuerhofstraße merupakan jalan tersempit di dunia hingga kereta pun tidak dapat melaluinya. Keluasannya adalah paling sempit dengan hanya 12 cm dan paling lebar hanya 50 cm.

Jalan paling banyak susur pertukaran arah di dunia



The Judge Harry Pregerson Interchange terletak di Los Angeles, CA. Dibuka pada tahun 1993, ia juga dikenali sebagi susur yang paling rumit. Terdapat 4 lapis jalan untuk exit masuk dan keluar. Dengan kewujudan jalan raya ini, perjalanan dapat berjalan dengan lacar.


Jalan paling bengkang-bengkok di dunia

Lombard Street merupakan jalan paling bengkang bengkok di dunia. Ianya terletak di San Francisco. Kelajuan maksimum hanya 5 mph. Jarak antara selekoh hanya 1 meter. Ia hanya boleh dipandu 1 arah iaitu arah menurun. Di sebelah jalannya pula terdapat rumah-rumah yang mahal.


Roundabout paling mengelirukan di dunia

Roundabout yang dimaksudkan terletak di England. Dibina pada tahun 1972, roundabout ini mengadungi 5 mini roundabout di kelilingnya. Kepada pemandu beginner, perlulah berhati-hati di sini. Ia juga telah diundi sebagai jalan yang paling menakutkan di England.

Roundabout paling besar di dunia

Siapa pernah jalan-jalan kat Putrajaya? Kalau pernah, perasan tak yang roundabout paling terbesar di dunia sebenarnya terletak kat situ. Pernah tak korang lalu?  Berukuran 3.4 km, ramai yang tak perasan sebab roundabout ini mengelilingi sebuah bukit.  




SUMBER : http://www.jiwakacau.com/2011/05/fakta-menarik-berkenaan-jalan-raya/







11 comments:

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

jalan byk susur tu.. pening kpala tgk.. jd serabut je nmpak.. hihii

hyz said... Best Blogger Tips

menarik..... kena yang roundabout n byk susur tuh, kompom sesat.. hehe

alif ismail said... Best Blogger Tips

kak, yang 1st pic tu mcm tak layak di panggil jalan raye je... macam lorongan terbiar je...huhuhu...

"lorong haji taib"...

opts!!

..cik gugu.. said... Best Blogger Tips

pening pale tgk..

azura said... Best Blogger Tips

roundabout yang depan Masjid Putrajaya tu saya tahu tapi tak tahu pulak yang wujudnya roundabout paling besar kat situ....

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Ibu Yusuf mcm tak lepas je nak lalu jln paling sempit tu.. hehe..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Best Blogger Tips

meanrik betul fakta ni..jln paling sempit tu blh buat org fobia (fobia tmpt sempit)..

susur dan roundabout tu kalau sy lalu misti sesat (dasar buta jalan)


jln bengkang bengkok tu misti seronok kalau pandu lelaju haha..


roundabout terbesar di putrajaya? kagumnya!

lurun namzar said... Best Blogger Tips

rasanya johor seswai la sgt jln2 nie.
sori, org johor.
tapi seriesly aku mmg xpndai nk drive kt johor.

puanbee said... Best Blogger Tips

tak perasan dan tak tahu lak jln putrajaya tu terletaknya roundbot terbesar ..

chii said... Best Blogger Tips

dlm byk2 tu..ppaling byk susur yg sgt memeningkn...

wahh..chii pun x perasan..putrajaya eh...hurmm...kena tengok balik ni

yayath said... Best Blogger Tips

haha...memang boleh sesat la yath kalo lalu kat jalan banyak susur tuh..hihi