Tengok tajuk pun panjang berjela. Mesti dah tahu kan apa yang bakal aku ceritakan? Alkisah hari nie ada seminar dekat Hotel Amanpura. Aku pergi drive sendiri. Rasanya ini pertama kali aku drive kereta paling jauh dari rumah. Selalunya paling jauh pergi tempat kerja saja. Maka ada sedikit nervous meraja dalam hati.haha..
Namun begitu keyakinan aku sangat tinggi untuk pergi seorang diri sebab lepas balik jamuan raya semalam, opismate aku dah tunjukkan jalan. Dekat je pun hotel tu dengan tempat keja aku. Dekat Sekolah Ibrahim. Sapa dok sp tau la. Aku merancang untuk pergi awal sedikit memandangkan aku takut parking penuh. Entah apa yang aku kalutkan pagi tadi sampai aku dah terlajak jalan. Mungkin sebab aku kelam kabut pakai seat belt lepas nampak polis trafik kot. Kalau pergi kerja aku selalu tak pernah pakai seat belt. So dah terbiasa lupa pula. Jangan ikut perangai aku ye.
Lepas dah terlajak jalan aku pun belok simpang kanan di depan kemudian reverse semula. Dengan tak semena-mena pak polisi menahan aku. Aku berhenti lalu menurunkan cermin kereta. Entah apa pulak kesalahan aku? Sempat aku bermonolog. Rupanya jalan tu one way. Jalan ditutup waktu sibuk, masa budak pergi dan balik sekolah. Opismate aku ada inform jalan akan ditutup hingga pukul 8. Tak tahu pulak jalan yang aku lalu nie. Ingatkan jalan yang lagi satu.
Kemudian polis trafik tu minta aku tunjukkan lesen. Kerana cuak, meraba-raba aku mencari. " Minta maaf encik, saya tak tau jalan, saya nak p kursus kat Amapura nie ja " sambil jari aku menunjuk-nunjuk hotel. Melihat lesen aku, beliau membaca alamat tertera, " sg setar...". Mungkin menyangka aku nie orang luar sebab alamat Nibong tebal, mesti tak tau jalan kan!
Selepas pak polisi pulangkan lesen, "Nak kena pusing balik ke cik?" Berani pulak aku bersuara walaupun dalam hati cuak gila. Pak polisi tu menggeleng. "Takpa.." sepantas kilat aku ucap terima kasih dan terus pusing stereng. Ya ampun, kosong ja parking. Lain yang aku takutkan, lain pula yang jadi. Nasib baik pak polisi tu tak saman. Sampai saja hotel baru aku sedar yang aku langsung tak ingat muka pak polisi tu kerana terlalu cuak. Gelihati ada juga!
11 comments:
hehehe ... mesti seram sejuk n rasa jantung kecik jer time tu ...
heee..sy pun jnis cuak kalau nampak pak polisi...xder salah pun kdg2 buat muka bersalah...haha..
ala...polis tu saje je nak bagi cuak...takut ea? hhee
kalau kak aya yang berdepan dengan situasi tu, memang menggigil lutut dan lemah satu badan.
haa..naseb baik pak polisi 2 x soh bukak bonet..dgr citer ade seludup seekor lembu dalam bonet tu! huhu.. :p
Fuh, lega tak kena saman. kadang2 benda2 mcm ni mmg buat kita cuak kan?
miahhhaaaaa
sib baik x kena saman
sapa pon pasti cuak bila polis thn..walhal x buat salah pon..
ehehe..nasib baik dpt lagi drive..kalau adiela mesti dah menggeletar lutut..haha
heheh.. kalo kakyong memang CUAK abis dah..
muni muni..relex bila drive tu..
lain kali msuk keta trus pakai tali yer... bukan cm rengit.. x kisah x pakai tali.. huhu K ak atie
Post a Comment