Semalam aku dan adik beradikku yang seramai 5 orang plus Aiman pergi menonton Hantu Bonceng. En suami kerja, so tak dapat nak join. Pada korang yang belum tahu, aku anak kedua dalam famili. Punya seorang abang, dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Aku sorang jer yang dah berkeluarga. Rasanya sudah lama kami tidak berkumpul dan outing bersama. Kesempatan yang ada, aku rancang untuk menonton wayang.
Ternyata filem komedi ringan arahan Ahmad Idham nie sangat mendapat sambutan. Tiket habis dijual masa kami tiba di kaunter. Kami terpaksa menunggu tayangan seterusnya dua jam kemudian. Tu pun dapat seat paling depan. Melangut sampai naik teleng kepala.kihkih..Sementara menunggu, kami window shopping kemudian makan. Lokasi pilihan Aiman tentulah KFC. Dalam dok window shopping aku terbeli jugaklah dua helai tudung.haha..
Banyak juga gambar yang aku tangkap tapi boleh pulak aku tertinggal handset kat kampung masa hantar abang dan adik aku balik pagi tadi. Dah la kamera buat hal, tension jugak lepas nie kalau nak update blog kan. Entah bila nak balik ambil. Macam-macam hal..Makanya entri lepas nie takkan ada gambar yang akan menghiasi setiap bebelan. Padan muka aku!
Pada korang yang belum tengok Hantu Bonceng, aku suggestkan bolehlah ke panggung. Hantunya muncul sikit sangat sampai langsung tak sempat nak seram. Dari mula sampai ending serius kelakar. Walaupun tanpa dialog, bergema panggung dengan ketawa orang ramai. Part paling lawak bagi aku ialah time Zizan menurun waktu kena ubat dengan Cat Farish. Gelak guling-guling.kahkah.
Hebat tak hebat, Sambutan Hari Pembukaan Hantu Bonceng menyaingi Transformers 3 dengan jumlah belian tiket keseluruhan mengatasi 95 peratus di beberapa lokasi seperti di Mesra Mall, Kerteh dan Tebrau City, Johor Bahru juga beberapa lokasi lain seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
13 comments:
nak p pn tk panggung pun tk sempat , giler punya sibuk tahun ni ,,, sama lah kita anak ke 2 ngeh2
ari senin nih br nak tengok..hehe
wah PK, smpat g tgk wayang..mesti bestkan..akak 1 hari lepak kepenatan smbil2 mendobi...
Kami tgu kuar kat astro 1st je.. hehe.. (tu pun kalo ayahnye nak langgankan.. huhu..)
cm best jeee nk g tgok laa
ade yang cakap citer ne best.. ada yang cakap hampeh.. hehehe.. so, kita kena nengok sendiri la kan br leh komen :)
mesti best citer tu.....tak pe akak tnggu kat astro first, ...dah lama tak ke tgk wayang...
dengarnya siti nurhaliza pun tgk citer ni
bes ke ni...ragu2 jer ni...:)
macam best je...heee..kna tengok nih...=)
tak tgk citer neh....nampak cam klakar..suka zizan..dia mmg humor la..hehe
Khamis ni Tira nak tengok.. Jalan-jalan dengan Bro Ery pergi Midvalley.. Ngeee :D
P/s: Selamat hari raya, Maaf Zahir dan Batin..
bestnyer dpt kumpul sibling sumer skali..klu sy nk wat lagu tu mmg agak impossible jugaklah ..hoho
haah,tgk banner pun mcm biase2 je...arahan ahmad idham ek...baru leps tgk flat 3a (dvd) buleh tahan horror wehh
Post a Comment