Pixajoy

Friday, September 23, 2011

Home » Kek Nestum

Kek Nestum



Salam hari Jumaat,


Pagi nie lepas balik kerja terus beli sarapan dan mengisi perut. Tak agak-agak pepagi buta dah mengadap tepung segala.haha. Agak buang tebiat disitu! Aku bukan boleh tengok bila segala bahan ada kat dapur, mulalah berfikir apa benda boleh buat. Ini cubaan pertama aku baking kek nestum. As usual dengan bangganya tak pernah la tak jadi kan.kehkeh. So apa kata aku share resepi. Mana tau ada antara korang yang nak buang tebiat macam aku jugak!haha..


Resepi Kek Nestum


Bahan-bahan

  • 250 gm butter (aku pakai merjerin yg 1kg tu, so main agak-agak jer la)
  • 200gm gula kastor
  • 200 gm tepung naik sendiri (aku guna tepung gandum plus soda bikarbonat)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm susu segar (aku pakai susu kotak kecil yang 200ml)
  • 5o gm nestum
  • 1 sudu besar madu dan sebotol kecil chocolate rice (aku saja letak, tak boh pun takpe)

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan madu, telur sebiji demi sebiji dan pukul adunan hingga sebati.
  3. Masukkan esen vanila kemudian tepung diselang seli dengan susu. Kacau sebati.
  4. Masukkan nestum dan kacau rata. Last sekali masukkan chocolate rice.
  5. Bakar pada suhu 180 c selama 40 minit.


Kualiti gambar macam nie pun nak tayang gak!haha..



12 comments:

addinahumaira said... Best Blogger Tips

rajin nyer baking pagi2 hari..:)

sueada said... Best Blogger Tips

kna cuba resepi nie.
ada sebungkus nestum xterusik kt dapur.

puanbee said... Best Blogger Tips

woo nak try ni ... kutu letak semua link resepi kat sidebar mcm bee baru senang nk buat ..

sekian mintak diri dulu hehehe

nurpiska said... Best Blogger Tips

nak cube gak! :)

Wanie said... Best Blogger Tips

kat rumah banyak nestum, boleh la buat kalau nak habiskan nestum tu cepat..:D

bintik2 atas tu nestum eh?huhu

Fathiah Hamim said... Best Blogger Tips

fa punya kek nestum warna warni. hehe

eiela said... Best Blogger Tips

wah, nampak sedap, nestum ada tapi sayang plak nak wat kek. hmm nti nak try lah

Unknown said... Best Blogger Tips

alaaa..kt umah chii xde oven plak :(

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

terer la.. kak x buat2 lagi kek...

anggunpesona said... Best Blogger Tips

Akak ni tak berapa terer buat kek, lebih2 lg kalau yg berbakar. Kalau kukus tu lepas juga le. Tapi akan dicuba juga kek nestum, nampak menyelerakan. Tq.

Fendy TZM said... Best Blogger Tips

Terbaik Puan Kutu.. Nampak gebu je kek tu.. Nyum nyum...

NzA said... Best Blogger Tips

kena buat nie.