Pixajoy

Saturday, September 17, 2011

Home » Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu

Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu



Alkisah dalam satu negeri, hiduplah seorang Raja dan Ratu dengan kehidupan yang sangat sunyi sepi kerana tidak mempunyai zuriat. Telah pelbagai usaha dilakukan hingga berjumpa tabib pakar sakit puan tetapi sang ratu tidak jugak mengandung. Ini membuatkan mereka sangat dukacita. 


Di suatu petang yang tak berapa nak hening, ketika Sang Ratu sedang bermain game facebook, seekor Kutu melintas.  "Apa yang kamu inginkan akan terpenuhi, dan kamu akan segera mempunyai seorang puteri." Kutu itu bersuara dengan lemak merdunya persis Siti Nurhaliza. Maka terkejutlah Ratu hingga pengsan masuk wad icu.


Apa yang kutu itu ramalkan menjadi kenyataan. Lapan jam kemudian Sang Ratu melahirkan seorang anak yang sangat molek rupanya. Raja sangat kaget kerana secepat itu Ratu beranak, lalu menamakannya Tengku Puteri. Raja dan Ratu menyengih panjang dan berhasrat megadakan pesta besar-besaran. Tetamu kehormat di pesta itu tentulah Kutu. Kutu diberi seat vvip dan dianuerahkan darjah kebesaran puan. Kutu juga di jadikan sebagai haiwan peliharaan di istana merangkap peneman di kepala Puteri. 


Sejak hari itu Kutu di panggil dengan panggilan Puan Kutu. Kerana title puan serta gila kuasa, Kutu menjadi sangat kejam, ego lagi berlagak. Sudahlah rupanya buruk, hobinya pula menghisap darah. Habis semua darah rakyat jelata di hisapnya. Hobi kutu makin menjadi melampau hingga tabung darah di Hospital pun dirompaknya.


Namun begitu Kutu sangat sayang akan Puteri. Setiap hari Kutu akan landing, menenggek, merayap waima lepak-lepak di kepala Puteri. Mereka berdua sangat rapat bagai isi dengan kuku, langsung tidak dapat dipisahkan. Apabila Puteri  santap, kutu pun santap. Apabila Puteri bersiram, kutu pun bersiram. Apabila Puteri beradu, Kutu pun beradu. Apabila Puteri update blog, Kutu pun akan update blognya. 


Tahun berganti tahun, Tengku Puteri membesar menjadi gadis yang sangat cantik, kulitnya putih gebu, bodynya juga mantap. Puteri mempunyai hobi melukis doodle. Kepandaian Puteri melukis doodle telah tersebar luas ke pelusuk negara. Setiap hari puteri akan melukis ditemani Puan Kutu.


Doodle krd : Tengku puteri


Seperti gadis-gadis lain yang tengah bergetah, Puteri juga mempunyai cinta hati. Puteri sangat sayang akan cinta hatinya sama seperti sayangkan kutu. Cinta Hati Puteri tidak suka akan Kutu kerana Puteri sering melebihkannya dalam segala hal. Dek kerana cemburu, Cinta Hati Puteri lantas merancang membunuhnya.


Hari minggu Cinta Hati Puteri mengajak Puteri dating. Mereka pergi menonton wayang gambar. Sebelum berangkat pulang menaiki kereta kuda, Cinta Hati Puteri menghadiahkan Puteri sebotol shampoo lalu berkata dengan manja. "Puteri mesti pakai shampoo nie ketika bersiram kalau sayang sama Cinta hati. Cinta Hati sangat kangan dan cinta sama Tengku Puteri." Puteri pun tersenyum bangga sampai kembang hidung kerana mendengar curahan kasih sayang dari Cinta Hatinya. 


Ketika bersiram di swimming pool istana, Puteri menggunakan shampoo pemberian cinta hati. Kebetulan ketika itu kutu sedang tidur di kepala Puteri, tetapi Puteri tak perasan. Rupanya shampoo itu telah dicampur dengan racun kutu dengan niat mahu membunuh Puan Kutu. Maka geringlah Kutu menunggu saat pergi tak kembali.


Gemparlah seluruh negeri dengan berita kemangkatan Kutu penghisap darah yang kejam. Gembiralah semua rakyat jelata yang setiap hari memang mendoakan Kutu supaya cepat mampus. Happylah juga Si Cinta hati puteri mendengar khabar itu. Yang berdukacita hanyalah Tengku Puteri nan seorang. 


Tiba-tiba Puteri terperasan yang makin hari rambutnya makin luruh. Detective Conan dilantik sebagai penyiasat persendirian untuk menyiasat kes kematian Puan Kutu dan kenapa rambut Puteri yang dulu ikal mayang, hitam berkilat dan panjang mengurai itu menjadi botak tetapi di tolak keras oleh Cinta Hati Puteri. Katanya Yun Nam hair Care kan ada!


TAMAT










20 comments:

Tengku Puteri said... Best Blogger Tips

hahahaha...lawak2...rasa mcm baca ujang...heeeeeeeeeeeee...suka sgt sy baca akak! memang penglipur lara betui akak nih...

NzA said... Best Blogger Tips

boleh jadi penulis cerita penglipurlara nie......hi...

Justfun2u said... Best Blogger Tips

Nice st0ry.. Keep it up..

hyz said... Best Blogger Tips

haiyoooo pitam saya baca kisah dongeng ni...

Nani said... Best Blogger Tips

sukanya ^^ pandai karang yer..
insyaAllah nnti Nani join ur Contest. fikir2 dulu cm ne nk karang yg terbaik cm ni

AM said... Best Blogger Tips

Terbaikkk! Kalau bacakan cerita dongeng nie kat budak-budak sebelum tidur, confirm dorang tak boleh tidur. Asyik tergelak jek! :D

puanbee said... Best Blogger Tips

berbakat lah ko kemboo salute... bee tk pandai kot ..adeiii

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

hak3x ...

best lah karangan kutu ni ... mesti masa buat esei SPM dulu terer kan menggoreng2 ni :p sy pun dulu suke m'goreng2 tp dah lama pencen ni jadi beku lak

yayath said... Best Blogger Tips

hehe...best la kak...lawak je cite dongeng nih:)hehe..menjadi kisah dongeng tu:)

Anonymous said... Best Blogger Tips

dah tergelak2 ici bc crta ni.hahahaha.nice..

Unknown said... Best Blogger Tips

kreatif dan smpoi.....
boleh like kan :D

MerLe said... Best Blogger Tips

hehe..kreatif bangat~

Kak Aya said... Best Blogger Tips

banyak hari fikir nak buat cerita mcm mana tp belum ada idea yg betul-betul menarik, harap sempat la join sebelum tarikh tutup

Eyra Daniel Arshad said... Best Blogger Tips

terbaek la citer nieh..hehehehex..=)

Unknown said... Best Blogger Tips

Haishh, contoh karangan pun dah terbaek. Camne nak cipta karangan lain pulak ni. Hehe

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

adusss camna nk join ni.. cth karangan pun dh best... ni yg wat sy mkin ktandusan idea ni... huhuu

Izafiza said... Best Blogger Tips

halamak.ni nak kena bertapa dalam gua carik idea neh.heeee..

noor doty bt rasul khan said... Best Blogger Tips

hahahahha...lawak2!!

wan syamilah said... Best Blogger Tips

hahahaha...mmg lawak la puan kutu ni... the best... ;-)

Pia said... Best Blogger Tips

"hahhahahaha..lawak gila la citer ni..yg ni kompem menang..hahhahaha..sambung gelak sat...tp..adoiii..teringin nk join tp tak de idea bernas,idea tk bernas pun takde..."