Pixajoy

Tuesday, September 27, 2011

Home » Tetikusrusak.net Penaja Hadiah Utama Contest Kisah Dongeng

Tetikusrusak.net Penaja Hadiah Utama Contest Kisah Dongeng

Salam bahagia,

Seperti yang aku janjikan, aku akan update pasal penaja contest. Aku dah dapat detail tentang hadiahnya. Aku dan puteri sebulat suara ingin menjadikan hadiah dari penaja ini sebagai hadiah utama. Makanya hadiah akan bertambah menjadi sebanyak enam kesemuanya. Peluang korang nak menang akan bertambah cerah kan?

Korang yang belum join Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu masih punya waktu yang cukup panjang untuk mengarang kisah dongeng. Jangan menyesal pula kalau tak join sebab hadiah utama tersangatlah best. Aku pun nak, tapi malangnya aku tak boleh masuk contest yang aku sendiri anjurkan.haha.. 




Penaja untuk hadiah utama contest kisah dongeng ialah Juanita pemilik blog tikusrusak.net. Jom berkenalan dan jangan segan-segan nak follow serta beramah mesra dengan beliau. Juanita merupakan seorang ibu cantik yang mempunyai sepasang anak yang comel. Juanita juga adalah pengedar produk marykay. So banyak produk kecantikan yang korang boleh usha kat sana.




Wanita dan kecantikan sudah semestinya tak dapat dipisahkan. Hadiah mary kay compact pro (unfilled) bernilai RM150 ini mungkin menjadi milik korang. Maklumat lanjut klik Kisah Orang perempuan #1 : Mary Kay Compact


Jutaan terima kasih kepada juanita  kerana sudi menaja. Bertuahlah siapa yang dapat hadiah utama. Rugilah korang yang tak rebut peluang miliki hadiah sehebat nie. Klik SINI untuk menyertai contest. Sekian!


*Skema sungguh ayat aku dalam entri nie yer!












8 comments:

Tengku Puteri said... Best Blogger Tips

haha..memang skema la akak..heee.. aisey terliur la kita nmpknya...heee..xmmpu realisasikan rncangan durjana...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Tengku Puteri
haha itulah berputih mata sajalah..dah habis taip baru perasan yg ayat2nya semua skema belaka.hahaha..

Ila said... Best Blogger Tips

wah,bestnyer hadiah..

WuMing said... Best Blogger Tips

Good luck pada yang mencuba

Pen Biru said... Best Blogger Tips

wah..dasat jugak hadiah tu..tapi tak reti nak reka cerita.apa lagi crita dongeng..takkan la nak buat cerita puan kutu n tengku puteri pergi kebulan naik beskal..tu bukan dogeng, tapi menipu namanya..hahaah

chii said... Best Blogger Tips

aduhai..salah park komen plak

CIK PARO! said... Best Blogger Tips

cerah ke tak cerah ni nak dapat hadiah utama ni,,
hehehhehe..

puanbee said... Best Blogger Tips

perghhhhhh ku doakan ku menang ye kutu ... kutu bee cadangkan kutu buat syarat utk kontest tu letakkan @ mesti letakkan link penaja utama ni .. bg backlink byk2 sebagai tanda terima kasih .. bee update entri bee sekarang hehehe