Pixajoy

Friday, September 16, 2011

Home » Fakta Tentang Lipas

Fakta Tentang Lipas



Salam,


Apa khabar korang semua? Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari Kemerdekaan buat semua. Cuti-cuti begini apa aktiviti korang? Aku pagi-pagi lagi dah memulakan projek membasuh. Kain baju balik kampung hari tu berlambak menunggu di wangikan.


Sedar tak sedar dah berbulan rasanya aku tidak berfakta.haha penyakit malas nak mencari bahan untuk dikongsi bersama datang plus kekeringan idea. Lately nie aku asyik membebel tentang kehidupan aku ja. Pada yang dah lama mengenali aku di arena blog nie mesti tau yang aku suka berfakta. Kalau tak percaya sila godek entri lama.hehe..




Hari nie nak share fakta tentang lipas pula. Jom tengok pa yang menarik tentang makhluk tidak disukai ramai nie :

  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila. 
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepalanya dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup.
  5. Darah lipas berwarna putih.
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya 50gram.
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia.
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anaknya semua betina. 
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas kerana ia mempunyai rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya.
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat itu.
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat.
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung.
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut.
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam.
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa. 







10 comments:

Tengku Puteri said... Best Blogger Tips

wah..hebat jugak lipas nih...tapi smpai bila pun sy geliiiiiii....

akak, fasal Contest tuh jadi..nih cadangan saya...kalau akak ada idea lain pun xper..

boleh tak kalau wat camni akak, minta diorang karangkan citer kreatif yang pendek, fairytale gitu...asalkan happy ending..heee.. fasal saya / akak...ikut diorang nak buat yang mana pun...merapu pun x apa..cerita yang menarik perhatian juri akan dikira sebagai pemenang..

xder idea nak buat ayat suruh diorang sambungkan pulak..huhu..


5 hadiah:
tempat 1- Simple header doodle + doodle as request
tempat 2-Doodle shoutbox + doodle as request
tempat -doodle as request...

2 hadiah sagu hati doodle single...

hadiah mcm ciput je...harap ada juga org nk join..huhuhu..

Uji Hussein said... Best Blogger Tips

Kutu saya tak geli tapi kalau lipas, 2 km saya dah lari.Nak buat macam mana sebab bukan sengaja nak benci kat lipas.Org Indonesia kata lipas ni kacoak, kalau tak silap.

Wanie said... Best Blogger Tips

menariknye fakta ni kak..
liat nak mati lipas ni kan..
patut sembur ridsect pun boleh lari dengan pantas lagi..huhu

nurpiska said... Best Blogger Tips

hebat btol lpas upenye ek.
ni yg nak wat bnatang pliharaan nih.
hee

NzA said... Best Blogger Tips

comelnya pic lipas tu...he.he.he...

sbb tu kalau org ligat buat kerja digelar lipas kudung...tangkas.

Daddylicious said... Best Blogger Tips

kami anti lipas...sekian terimakaseh...hehe

sal ya said... Best Blogger Tips

saya ok lagi dengan lipas. tapi my sis geli bangat... ingat pulak citer oggy & the cockroaches.

..m@m@ T0meLL.. said... Best Blogger Tips

binatang yg paling MT x suke,geli sgt

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

sy antara pmbenci lipass ... tp dah besar2 ni kureng sikit 'ketakutan' trhadap lipas ... heheheh ..dah berani ketuk2 sikit ..haha

yucksss...lipas goreng !

LadyBird said... Best Blogger Tips

akak.. binatang yang lady xleh tgk, xleh dgr, xleh bc adlh lipas..
tp disebabkan tugas lady terpaksa masuk ke sini tgk lipas ni.. mujur lipa cartoon.. lady ambik yer kak tuk keje lady.. tocer..