Pixajoy

Wednesday, July 08, 2015

Home » Gambar Hilang Kencing Malam

Gambar Hilang Kencing Malam



Minggu lepas macam biasa balik dari kerja lepas park kereta sementara nak turunkan si bambam Afia aku akan keluarkan segala jenis barang dari dalam letak dekat belakang kereta. Pastu baru adjust nak galas beg, dukung Afia dan bawak barang lain panjat tangga. Sampai petang tak ingat langsung tentang gambar APC yang aku lupa bawak naik atas. 

Kelam kabut minta Aiman turun bawah cari dekat belakang kereta. Aiman naik dengan muka hampa. Puas cari tak jumpa kata Aiman. Tak puas hati aku pulak turun bawah belek habis kawasan sekitar sampai bawah kereta takut kena tiup angin ke apa. Uwaa hilang! Gambar tu saiz A4 siap eliminate mustahil nak hilang kalau orang tak ambik. Memang tak rezeki langsung la dah la haritu pun takda langsung gambar kenangan. 

Tamat kisah gambar hilang.

Malam tadi kitaorang buka makan pulut durian. Memang tak ada menu lain selain tembikai sebagai penyejuk.  Lepas makan lepak la sekejap depan TV. Kebetulan ada iklan lampin wanita jenama dirahsiakan muncul. Biasalah kan dok cerita kehebatan tahan kebocoran waktu malam apa semua.

"Ibu..orang perempuan kencing malam jugak ke?"

hahaha anak bujang punya soalan. Dia ingat orang lain pun kencing malam macam dia kot! Dah satu hal nak terangkan pasal datang bulan ke anak bujang.

Tu je nak cerita.hehe







15 comments:

monalea said... Best Blogger Tips

soalan yang sangat mencabar untuk dijawab

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah... kakak dah boleh masuk sini
Tapi ada lagi blog yg tak bagi kakak masuk tau. Bukan tuan dia tak bagi tapi sistemnya. entahlah..

Sayang memang sayang tapi kalau dah hilang tak ada punca nak cari mesti sedih kan..

Aiman dah besar dah boleh diterangkan tak jadi masalah.

SalbiahM said... Best Blogger Tips

terangkan je kak..tentu arah dia tahu dari kita,instead of org lain

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

sayangnya gambar hilang..soalan yang perlu dijawab tu..heheh..

kak zakie - betul ke kak? blog saya ok tak?

Unknown said... Best Blogger Tips

aduh aiman tepuk dahi mama baca

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Alahai, sayangnya tak jumpa gambar kenangan terindah tu. Kalau tidak bolehlah masuk frame ke apa!

Yalah, Aiman! Memang orang perempuan pun terkencing malam. Tengok ajelah Cik Pia tu *_*

Itu tanda-tanda dah kena bersoal-jawab mesra-mesra alam dengan anak bujang tentang hal ehwal dunia dewasa. Macam saya lagi parah, satu jerk bunga dalam rumah. Dapat soalan, memang takda backup pun. Sendiri kena pepandai bagi jawapan bernas di fikiran mereka!

By the way, PK... Adik Cute pernah tanya saya 'Kenapa Mommy tak pakai pender (spender)? Mommy takda duit nak beli pender eh?'

Wak Lat said... Best Blogger Tips

salam ramadhan mak kutu, aiman dh bijak tu semua nak tanya, ;p

wanie yahaya said... Best Blogger Tips

hihi...iklan skrg pun takde tutup2 dah...klu dulu, nak beli pun tokey kedai balutkan pakai paper....
follow blog sy juga ye...http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com...tq

lieyalatif said... Best Blogger Tips

alamak pic apc hilang tuuu...dpt balik tak yg baru kalo mintak tu cikpuan kutu...syg le...tu le kenangan kite dlm perkhidmatan .....

persoalan kencing malam tu lawak tu....ape sebab die leh terpikir gitu kan....

aizamia3 said... Best Blogger Tips

Dulu susah nak jumpa iklan macam tu kat tv.. kalau ada pun kat pawagam.. tapi sekarang ai pulak yang malu bila anak2 tonton iklan tu bersama.. huhuhu..

Fiza Hasan said... Best Blogger Tips

haha..soalan paling mencabar tu..macam2 akal diaorg..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. ada pulak gitu soalannya ya? Tapi bagi pihak budak usia mcm tu kira dah bijak dan lojik kan? Hihi.. geli hati sangat nl menjawabnya.. bijak nau Aiman oii..

Alahai.. xdapatla ye gambar APC tu..siannya.. macam mana lak tu..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

soklan cepumas tu..

alahau.jumpa tak sudahnya
sayangnya
kot pk mmg x bwa blik kot
myn ttinggal di ofis ka..
ada tu..

permatamama said... Best Blogger Tips

bijaknya soalan, memang pening la nak jawab

LYAfrina said... Best Blogger Tips

adoi,,sygnya gambar tu..harap ada rezeki jumpa smula..insyallah...

hihi..aiman ni gakkk ehhh..