Pixajoy

Tuesday, April 03, 2012

Home » Bahaya Berkasut Tumit Tinggi

Bahaya Berkasut Tumit Tinggi



Berkasut tumit tinggi bagaikan suatu kepuasan pada si pemakai. Golongan wanita yang gemar berkasut tumit tinggi biasanya di dominasi golongan bekerjaya dan gemar berfesyen. Tempohari semasa Rancangan Apa Kata Wanita, siapa tengok kasut yang di pakai pengasas Jamu Mak Dara? Kagum bukan? Tak sanggup aku nak pakai.hiks..


Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya. Ini menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ramai yang sudah sedia maklum tentang bahaya golongan yang gemar memakai kasut tumit tinggi.Tapi tahukah korang? :

  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.
  • Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
  • Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.
  • Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.
  • Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

* Masih di pejabat, tak sempat nak menaip entri.hihi..









27 comments:

Masya said... Best Blogger Tips

sekarang dah jarang nak pakai kasut tumit, lagi² dah ade anak ni.. penattttt...... tq kongsi info... sharing is caring...

Farah Shamsudin said... Best Blogger Tips

saya pakai kasut tumit tinggi tapi takdela tinggi sangat.. yang sedang2 aje..

Unknown said... Best Blogger Tips

memang kena stop ni

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Nasib baik cik rose tak suka sangat pakai kasut tumit tinggi hihihi

Unknown said... Best Blogger Tips

suami jangan beli kasut camni utk isteri ye...hehehe

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

oh no... i don't like heels... tambah dukung anak2 kecik ni, jatuh terpeleot je nanti... kihkihh

sal ya said... Best Blogger Tips

mujur jugak la tak suka kasut ada tumit.

p/s: tadi try masuk blog muni ni tp loading dekat sejam tak keluar apa pun. pergh... hangin betul la dgn broadband ni.

hyz said... Best Blogger Tips

cantik tapi bahaya wat pe? penah nampak pompuan pakai heel kat supermarket... tgh beratur dok nak bayar, dia tanggalkan heel... pastu dia pakai balik.. pastu bukak balik.... kelakar. mesti kaki sakit tu...

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Bila baca rasa takut jadinya. Jujur kakak masih bertumit tinggi lagi tau.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

skrg dah jarang pakai tumit tinggi sbb dah ada anak,,.. xlarat nak dukung kang terbalik plak saya dgn tumit tinggi tu..hihii

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

mmg tak suka kasut tumit tinggi. kaki sakit kalau pakai. semenjak ada iman pakai sandal je.. ditambah dgn bebanan berat nak dukung dia pasti lagi bahaya kalau pakai yg ada tumit

ida =) said... Best Blogger Tips

Pakai kasut tinggi. Tapi di office shj. Di luar, pakai sandal. Sbb rasa pelik kalo x pakai di office.

azura said... Best Blogger Tips

saya suka terpelecok bila pakai kasut tinggi...last saya beli jenis kasut tingi wedges kalau nak nampak tinggi

Unknown said... Best Blogger Tips

Kita pakai kasut tinggi pun dekat pejabat je. Maklumlah nak jaga imej kompeni. Tapi seboleh mungkin tak nak banyak berjalan dekat dalam pejabat sebab tak nak kaki lenguh. Hehehe...

Tapi bila hari cuti atau dekat luar, selipar / kasut crocs jelah yang paling kita selesa pakai :)

jebengotai said... Best Blogger Tips

pergh..byk jgak efek pki high heel ni..bhya2

Unknown said... Best Blogger Tips

dulu ada gila jugak kasut tinggi nie..skarang dah kurang..hehe..teringin baru pakai..

Marlina Mohtar said... Best Blogger Tips

saya jarang pakai kasut tumit tinggi...kalau pakai pun taklah tinggi mana. Lebih selesa pakai sandal hehe

eita said... Best Blogger Tips

ita suka jugak pakai kasut tinggi kalau ada majlis rasmi lah....
tapi takde lah tinggi sangat..

Unknown said... Best Blogger Tips

Chii selesa pakai kasut sarung. Pakai heel hanya utk majlis2 tertentu je

mie said... Best Blogger Tips

sebab apa perempuan pakai kasut tinggi?
sebab nak tinggi ke? ataupun nampak seksi?
heheheee

Unknown said... Best Blogger Tips

hai Assalamualaikum wbh..
saya pakai kasut yang bertumit tapi tak berapa tinggi...kalau tinggi,kena 'catwalk' pulak...hehehe.
tq 4 info.. :)

NzA said... Best Blogger Tips

tringin + berangan juga nk pakai ttp Allah dh bagi saiz akak ni tinggi..trpaksa lupakan saja..ttp risikonya amat bahayakan.....

Unknown said... Best Blogger Tips

Yang menyakitkan itu jugalah yang orang nak pakai. Tapi sekarang ada juga kasut tapak tebal/tinggi tapi bahagian tapak kakinya rata.

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

izan tak pernah beli high heels dan mmg tak reti pakai pun. sampai sekrg lebih selesa pakai wedges, pump shoes n sandal je.

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

pakai gak,g opis...uiii tinggi gak risikonye eh?


biasanya pkai flat je..sbb sama tinggi ngan tng..kalau pakai heels xpasal2 dia kena mendongak tgk sy..hahahaha

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

emm memang x berminat dah ngan kasut tinggi2 ni.sakit kaki

fieda said... Best Blogger Tips

betul la sejak ada anak terus tak minat dah pakai tumit2 tinggi ni..