Pixajoy

Friday, April 06, 2012

Home » Kisah Cacing dan ZENTEL

Kisah Cacing dan ZENTEL



"Jangan jalan kaki ayam, nanti cacing masuk ikut kaki"


Aku pasti semua orang pernah dengar ayat keramat ini. Aku teringat kata-kata encik yang bagi ceramah masa aku ambil lesen kereta dulu, kita yang tua ni pun kena makan ubat cacing, kalau nak tahu badan kita banyak cacing ke tak, cuba buat eksperimen masa dalam kereta. Kalau asyik tidur je semasa dalam perjalanan kompem segala datuk nenek cacing beranak pinak dalam perut! Walaupun aku tak berapa nak setuju dengan statement encik tu (sebab aku memang kuat tidur dalam kereta.hoho..), aku tengok orang lain angguk-angguk macam setuju.hiks..


Lari topik tentang pemanduan sungguh encik tu kan? Tadi petang aku pergi farmasi beli ubat cacing untuk Aiman. Setahu aku budak dua tahun keatas kena makan ubat cacing 6 bulan sekali. Dulu waktu di Johor, kalau tak pergi atau lupa ke RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk bagi Aiman makan ubat cacing pasti ada yang menelefon mengingatkan. Nampak tak mereka dekat RSAT KDSI sangat caring ok.


Bila pindah SP, sepatutnya Aiman makan ubat cacing bulan 6 tahun lepas. Tapi disebabkan tidak ada lagi yang caring, aku asyik lupa je. Tu la banyak termakan semut, makanya hari ini hampir setahun enam bulan Aiman tak makan ubat cacing.haha. Penting ke ubat cacing ni? Bagi aku agak penting juga untuk tembesaran Aiman dan supaya Aiman memiliki usus yang sihat dari sebarang jangkitan waima parasit yang tidak diingini.


Dalam kerajinan aku sempat membuat sedikit kaji selidik mengenai cacing. Tahukah korang cacing biasa masuk ke dalam tubuh gebu kita melalui dua cara? Pertama melalui telur cacing dari makanan yang kotor dan tercemar. Satu cara lagi dengan sesuka hati cacing ni bolos melalui penembusan jejentik ke kulit kita. Bila aku baca artikel dari doktor kelakar ni, katanya antara cacing yang popular di Malaysia adalah :


  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang, boleh masuk hati dan paru-paru.
  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak nampak. Ia masuk melalui kaki, kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus 
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang, susah nak dibunuh.



Kata doktor ni lagi bergantung kepada jenis cacing, antara tanda-tanda anak yang kecacingan ialah :

  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis.
  • Kegatalan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam.
  • Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung.
  • Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada.
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru).
  • Demam, ruam-ruam badan, alahan.
  • Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit).


Walaupun Aiman tak menunjukkan walau salah satu dari simpton ini, aku rasa lagi baik mengelak dari merawat. Ok dah rupa anty kedai sengseng dah aku membebel! 


Masa aku pergi beli ubat cacing, adik farmasi tu bawak tiga botol ubat cecair perisa gula-gula, strawberi dan coklat nama ZENTEL. Aku agak mesti seksa Aiman nak telan ubat tu. Walhal aku yang rasa azab, Aiman kalau sihat pun suka je makan ubat, batuk sikit ajak pergi klinik.haha..Aku tanya ada tak jenis tablet? Beliau pun bagi yang serupa macam dalam gambar diatas. Tablet ni rasa seperti gula-gula juga tambahnya. Setelah mebayar RM6.5O, aku yakin Aiman mesti suka, sama macam dia suka makan Champs dia tu!

* Eh terpanjang plak entri aku ni. Bosan pula kerja sorang.hehe..






41 comments:

eita said... Best Blogger Tips

mencegah lebih baik...

Salmi said... Best Blogger Tips

Baca entry PK ni teringat yg anak2 akak dah seminggu terlewat makan ubat cacing. Akak bagi diorang makan serentak, senang nak ingat.. Yang dh tua tu pun akak bagi ubat cacing..

azura said... Best Blogger Tips

ada seorang pernah muntah cacing depan saya lepas makan ubat cacing...adoi

Unknown said... Best Blogger Tips

wahh..bagus2..mencegah lebih baik dari merawat..kecik2 ada gak telan..skarang mcm lama dah x amek..haha..

champs?? vitamin ea??

Amirez said... Best Blogger Tips

betul tu, lebih baik mencegah daripada merawat.

jangankan kanak2 je nak bagi makan ubat cacing, orang dewasa pun perlu

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Geli pulak cik rose baca...elok daripada mencegah sebelum terlambat...dalam bilik air kadang2 ada...

-Incek Fik- said... Best Blogger Tips

teringat masa kecik² dulu ikut puan emak pi klinik semata-mata nak minum cecair pink untuk bunuh cacing yang ada membiak kat dalam perut dulu huhuuu..


bila teringat balik rasa geli-geleman pulak hahaaa..


*mencegah itu lebih baik dari mengubati, pastikan anda berkasut ketika di luar rumah :)

mie said... Best Blogger Tips

bab cacing2 ni..
kena ingatkan budak2...
bahaya skrg..
ehehe

jebengotai said... Best Blogger Tips

bgs kita hapuskan cacing2 ni..kdg2 zat yg dimakan dari makanan akan hilang dimakan cacing ni..

MulutPayau said... Best Blogger Tips

akak sntiasa ingat pasal ubat cacing ni utk anak2...tapi diri sndiri dah lama tak makan...huhuhu....

Unknown said... Best Blogger Tips

As salam,

Hola Senor Rina!

Mmg bagus sbnrnye bagi anak mkn ubat cacing, dulu nak bg Iman tp kecik sgt lg.. Terima kasih sb mengingatkan... Kita yg tua ni pun elok gak mkn ubat cacing actually... Manatau pewut yg muncit tu sbnrnya ada cacing dlm tu....ngeeeeeee...geli lah pulak...huhuu ;)

Unknown said... Best Blogger Tips

Alamak, rasanya tersebut Senora Rina td...huhuu... Bukan byk cacing ni, byk semut dlm perut... Ya Ampun Senora Kutu...huhuuu

Masya said... Best Blogger Tips

wahh boleh cuba bg amir makan ni.... cacing mmg mengelikan okkkkkkk

ida =) said... Best Blogger Tips

Betul2.... Lama dah x bagi adam ubat cacing. Selalu, bukan adam je... Kami kongsi. Makan la sama2 sekeluarga. Heee...

Baru tau rsatbtu apa.... Heehe

Unknown said... Best Blogger Tips

erh...biar betul kata pakcik tu?? chii pun kuat tdo dlm kete..eheheh..mmg mudah mengantuk.sebab tu x suka drive :p

ehehe..nasib baik ada yg jenis tablet kan..tp ank2 skrg ni mmg bijak..tgk ubat cair xmo..tp kasi tablet..laju je dia sumbat dlm mulut

hyz said... Best Blogger Tips

org tua mcm pn kutu pong kena mkn ubat cacing jugak.... hahaha.. sy makan jugak tahun lepas.. kononnyer nak bagi badan naik. kah3

NzA said... Best Blogger Tips

nasib baik baca n3 PK ni..rasanya dh lama jugak xbagi farouk makan ubat cacing...sbb tu dia kena asthma attack tiba2 kot.....

Unknown said... Best Blogger Tips

sebenarnya izan takut nk baca entry ni..takut cacing..hehehe..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

alisha pun mkn ubat cacing.. bln depan kena mknlah... pasal checkup dekat hospital ibu n anak kan.. dorg kata,kena makan 6 bulan sekali.. dorg kata, dorg kne selalu pantau sampai sekolah... alisha pun jenis sk mkn ubat.. dia mkn ubat tu gaya mcm minum air.. adoiii.. minyak vco saya pun dia minuk.. adeh..

Unknown said... Best Blogger Tips

Geli tau kalau tengok cacing-cacing tu dalam badan. Cacing pita paling dasyat. Dahlah besar, susah mati pulak tu.

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

geli la.cacing kat paru2? tingginya dia merayap? ingat kat perut je...eh geli la nk bygkan ada cacing dalam badan! meremang tiba2

sal ya said... Best Blogger Tips

ank2 br je mkn ubt cacing bln lepas.

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

terime kasih kerana mengingatkan ye kutu. hanie ni anak 5 org lagi le pelupanyee.... :p

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

btol2 mencegah lebih baik..heee

dah lama xdgr nama ubat cacing..ahha ;p

Anonymous said... Best Blogger Tips

@azura
Skrg ni... cacing tuh terus hancur..
xdela keluar dr mulut, and tmpt2 lain..atau melainkan itu da kes TERlebihan cacing dlm badan kot hehee, sbb skrg dr dah cipta obat cacing yg boleh hancurkan cacing2 dlm badan,,,ingat tak,,dulu2 budak2 xsuka makan ubat cacing sbb takut keluar cacing kat Teet

Ritu Gupta said... Best Blogger Tips

Zentel is also available at premiumrxdrugs.com

Unknown said... Best Blogger Tips

Aku rasa ada cacing dlm bdn ..simptom ats ni ada.da 2thn perut ni sakit2..kaki kiri pun mngbngkak.dh g doctr kta xde pe.siap scan.mkn pn xknyng asik lpa.bila sakit kt bnhgian perut knn ats...kompem ke kua cacing ni ps mkn ubt nye? Geli la cacing

Unknown said... Best Blogger Tips

Aku rasa ada cacing dlm bdn ..simptom ats ni ada.da 2thn perut ni sakit2..kaki kiri pun mngbngkak.dh g doctr kta xde pe.siap scan.mkn pn xknyng asik lpa.bila sakit kt bnhgian perut knn ats...kompem ke kua cacing ni ps mkn ubt nye? Geli la cacing

Unknown said... Best Blogger Tips

Aku de simptom ni...aku xlh tima..arghhh

Unknown said... Best Blogger Tips

Jangan ingat bebudak je berkaki ayam .. Bapanya pun sering berkaki ayam bila memancing .. Hehe

Unknown said... Best Blogger Tips

thanks bebanyak,,sngt2 mmbntu,,=)

Anonymous said... Best Blogger Tips

Sy br bg anak2 mkn ubat cacing zentel..umur setahun lebih kena mkn setengah botol jew..setengah lg sy telan..xbesh rupenya cecair..si abg 4 thn mkn yg candy tu mcm sedap jew

Anonymous said... Best Blogger Tips

Klau makan ubat cacing, nt cacing keluar sekor2 ke ble buang air besar???? Seram pulak rse... mau pengsan dlm blik air klau nmpk cacing keluar sekor2....

Anonymous said... Best Blogger Tips

antara pgalaman ngeri yg buat aku takut tiap kali nk mkn ubat cacing.. msa tu zaman remaja.. aku mmg jenis yg ska sgt brkebun.. stu hri arwah abah suruh mkn ubat cacing.. sbb bdan aku gatal2.. lbih krg mcm alergic.. so esoknya aku jd mcm org histeria kat dlm tandas.. msa tu zaman tandas cangkung.. kalau kecik x apa.. ni mcm staw minuman.. ntah brp ekor.. msalahnya klau dia terselit dlm bnda alah tu xpe jga.. ni benda alah tu lgsung xde.. tp cacing pulak kluar sekor2.. mmg nak pengsan rsanya siap menangis2.. sbb mmg geligeli sgt2.. slps itu aku jd sorg yg paranoid.. asyik cuci tangan dn kaki brkali2 dlm sehari.. sbb aku takut cacing sbsr tu mmbiak kat dlm badan.. apa pn mkn je ubat cacing tu.. lbih baik d keluar skrg dr biarkn smpai jd 2.. 3 kilo dlm bdan..

Amir said... Best Blogger Tips

baru beli harini. setelah 20+ tahun x makan. harap2 hancur hahahaha

Phraser said... Best Blogger Tips

SubhanAllah, rasnya x krng 5 thn dh sya x mkn ubt cacing ni, nk mkn pon rsa takut dah,

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Anonymous

Astagrfirullah...
takutnye!! saya da beli da ubat nye,tapi takut nk makan... sebab takut dia keluar hidup²... huaaaa... tak mau.. saya fobia ngan cacing...!!

Unknown said... Best Blogger Tips

Sy baru lepas mkn ubat cacing,berak td cacing besar2 paip air siram bunga tu,

nobody said... Best Blogger Tips

erkkk gelinye......ada simptom tu..n mmg yaqin ada caceng dlm badan.dah beli ubat cacing ..takut nak makan..geli kalau kua sekoq sekoq

Fara Alboharie said... Best Blogger Tips

Saya beli jgk ni tp tkot nk mkn . Cacing tu nty hncur ke kuar idop2 ? Huarghhh...

Britney Mathews said... Best Blogger Tips

Yes absolutely preventing is better than treating... Do visit Careprost blog