Pixajoy

Thursday, April 05, 2012

Home » Rekod Dunia Paling Lawak

Rekod Dunia Paling Lawak



Pagi Khamis yang biasa-biasa saja. Seawal pagi tiba ke tempat kerja membelek album sales sebuah butik online. Sungguh jiwa wanita mudah goyah dan rambang mata walaupun hanya melihat skrin netbook. Apa kata aku redakan sedikit keterujaan untuk memiliki jubah baru dengan Rekod Dunia Yang Paling Lawak ni.haha. Tak terjangkau dek akal depa ni buat rekod macam-macam. Pelik tapi benar!

Wanita ini punya kebolehan bermain dua rekorder dengan menggunakan hidungnya sahaja. Aku dari sekolah rendah main rekorder pakai mulut pun fail.

Lelaki bernam llker Yilmaz bekerja di sebuah ladang lembu di Turki. Beliau mempunyai kebolehan memancutkan susu dari matanya sehingga 9.2 kaki. Tak ada motif sungguh mamat ni. Agaknya senang kot nak menyusukan anak beliau. 

Nampak macam hebat, tetapi penyelidikan keatas keupayaan melakukan aksi ini dikatakan adalah sebab beliau mempunyai penyakit yang dinamakan Ehlers-Danlos Syndrome. Beliau dapat menarik kulitnya sehingga 6 inci keatas. Best jugak boleh main-main kulit macam ni. Tak ada la bosan asyik main game je.

Xie Zongchai yang berasal dari China ini merupakan seorang stuntman filem.  Entah apa ilmu kebal yang beliau pakai sehingga mempunyai kebolehan menarik kereta menggunakan kelopak matanya sahaja. Gila azab aku tengok! Lebih molek kiranya tukar profesion jadi penarik kereta.

Ini serius kelakar. Lelaki pemegang rekod sendawa paling kuat. Beliau mampu mengeluarkan bunyi sendawa sekuat 110 desibel lor. Harap muka saja kacak.

SUMBER : http://www.rileksantai.com/





                                               


22 comments:

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

pernah tgk kat tv kecuali yg main rekoder ngan sendawa paling kuat tu... tak agak2 kan dorg ni. nak cipta rekod punya pasal..

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

HAHAHA..mmg lawajk..tp ngeri pon ada..


yg tiup rekoder pakai hidung tu sure bnyk taik idung akpon bulu idung dlm rekoder tu kan hahah

Unknown said... Best Blogger Tips

Hahahahahah....memang lawak... Tergelak akak sampai kerani akak pandang akak

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Tak terjangkau dek akal kadang-kadang mereka boleh buat ni semua kan. Ngeri kakak tengok...

fieda said... Best Blogger Tips

semua nya mengerikan..

Afasz said... Best Blogger Tips

meremang tgk yg tarik lori guna mata tu...isk2...diorg ni macam2 la.

hyz said... Best Blogger Tips

rasa geli, seram dan loya... x lawak pun.... hahahahha

eita said... Best Blogger Tips

paling menyampah kalau orang sendawa kuat2...

mujur tak tercabut kelopak mata dia kan...
kalau tak jenuh lah...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

ALAHAI... MCM2 KAN.. TAKUT TGK Y AIR PNCUT DR MATA TU N TARIK LORI GNA KELOPAK MATA..ADUYAIIII...

NI MSTI GNA MEDITASI DALAMAN KAN

azura said... Best Blogger Tips

agak gelikan...

Ym.Bundle said... Best Blogger Tips

aku menang rekod kentut paling kuat kutu..ekeke

Qaseh Gifts said... Best Blogger Tips

lawak + ngeri...

Pentingnya Nota/Kad ucapan Terima Kasih

NzA said... Best Blogger Tips

bukan rekod lawak ni PK ttp ngeri + ngilu la tgk...ngee....

saffiya_aleesya @ echa said... Best Blogger Tips

tengok diorang cam merapu jer kan buat perkara pelik2, tengok pun buat letih badan2 ni.

Unknown said... Best Blogger Tips

Da pnh tgk rekod2 ni semua dulu kt guiness world of record. Tp yg rasa mcm sakit,part kua kan susu dr mata

Salmi said... Best Blogger Tips

Ngeri tgk stuntman tu tarik kereta dgn kelopak mata. Biasa tgk yg tarik dgn rambut

Myra Jay said... Best Blogger Tips

Part yang last tu tak tahan..
Ada bau tak?heheeee

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

HISH! MENGERIKAN...YG LAST TUE..HARAP RUPA JER HENSEM HIHIHI

Unknown said... Best Blogger Tips

Hehehehee... kebolehan setiap org tu berbezakan.... Un'sangka'rable :)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

saya rasa ngeri la pulak...

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

hisy..mau koyak rabak mata tu...gilaa

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

pelik2 je rekodnye... hoho

ehem, nak jubah baru ek.. ;)