Pixajoy

Sunday, April 01, 2012

Home » Jom Like Adelia Kids & Mums Shoppe

Jom Like Adelia Kids & Mums Shoppe



Salam Bahagia


Hari minggu hari yang agak sunyi dengan kunjungan teman-teman blogger. Kebetulan hari ini aku tidak bekerja, maka bertintong saja dirumah. Usai kepulangan Aiman dari sekolah, jari montelnya tersepit di celahan pintu. Ketika itu aku tidak menjadi saksi kejadian. "Ibu..jari Aiman darah.." tamat dialog terus sahaja melalak. Anak hero ini bikin malu tersedu sedan berlebihan bila abahnya makin menyakat. Pengajaran percuma kerana tidak akur cakap ibu abah itu balasan tuhan beri.


Kembali ke tujuan asal. Adelia Kids & Mums Shoppe nama diberi. Panjang tergeliat lidah menyebut.keke..Aku paksa korang semua like page kawan aku.haha. OK tak paksa tapi paling comel kiranya korang like untuk bagi sokongan kepada beliau yang baru saja memulakan empayar perniagaan di dalam talian.




CEO Adelia Kids & Mums Shoppe adalah rakan sekampus paling kuat bertekak dengan aku bernama Jue. Aku masih ingat makanan peberet Jue adalah nasi goreng daging merah dan teh ais. Sejak 7tahun terpisah kini aku tidak tahu kalau kesukaannya sudah berubah. Oh sungguh banyak juga kenangan kami bersama bila sesekali mengulit keindahan di zaman anak dara.hoho


Aku tumpang gembira bila Jue memulakan langkah untuk mendalami bidang perniagaan yang selama ini adalah kos yang kami ambil di universiti dulu. Sekurang-kurangnya masa belajar selama tiga tahun tidak sia-sia. Jom jenguk dan like Adelia Kids & Mums Shoppe Ada pelbagai barangan seperti botol susu, soft toy, ipad for kids, prewalker shoes dan pelbagai jenis beg yang mampu milik.


OK selesai sudah tugas mulia mempromosikan perniagaan seorang sahabat bertekak.haha... Bye!







17 comments:

puanbee said... Best Blogger Tips

ok like jugak lah hehehe ..

azura said... Best Blogger Tips

wah bukak kedai...nanti saya like ok...Puan Muni beli nak bukak kedai online

sal ya said... Best Blogger Tips

cantik jugak benya tu. alahai aiman. hero yg manja.

~Sal Ismail~ said... Best Blogger Tips

beg itu sgt comel!~

dah like~ ;)

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

oh dulu puan kutu belajar course perniagaan dgn kwn bertekak ni eh..

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

salam puan kutu..ari mggu mmg kurang blogger bw maklum la masing2 sibuk kot!:D
Selamat maju jaya kpd kawan puan kutu yg memulakn biz tu ya..InsyaAllah,atie singgah ke sana..

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Semoga berjaya buat kawan PK..

Ps: Hadiah tak sampai lagi ke?

Unknown said... Best Blogger Tips

hurm..senang la pasni kalo nk beli brg2/ hadiah utk baby.eheh..okeh..chii kasi sokong juga :D

Masya said... Best Blogger Tips

cantikknya......

fieda said... Best Blogger Tips

cantik beg tu..

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

suke sgt dgn beg2 tu.. sebelum brsalin aritu ade juga intai2 beg, then ada pulak students hubby hadiah satu... makanya tak jadile nk mmbeli,... ok nnti tolon like ;)

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Beg yg depan sekali warna coklat sebijik cam syifa punyer...

Unknown said... Best Blogger Tips

terjah dan like²

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

dh like... support kwn muni :-)

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

wow! cantiknya beg! tapi..dah x de anak kecik ni macam mana ek..hehe..oklah nanti akak like.. :)

NzA said... Best Blogger Tips

ok, jap lagi akak p jengah....

Wah, kiranya best friend PK lah ni ye....

Unknown said... Best Blogger Tips

Saya liked :)