Pixajoy

Monday, May 16, 2011

Home » Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.




Cikgu Yah, cikgu tadika yang banyak membantu aku tahu apa saja benda, mengenal huruf dan nombor buat kali pertama. Masa aruah mak meninggal tahun lepas, kelibat cikgu Yah jelas kelihatan. Susuk badan tidak jauh berubah. Masih kurus seperti dulu cuma kedutan diwajah makin bertambah. Tak sangka Cikgu Yah masih mencurahkan keringat mengajar di tadika walaupun dah 20 tahun berlalu..

Masuk darjah satu ada sahaja kakak senior yang mahu mengangkat aku sebagai adik. Waktu itu abang kandungku merupakan ketua pengawas merangkap ketua pelajar. Menumpang populariti Abang Talib, aku menjadi popular dengan sekelip mata. Semua cikgu mengenali aku kerana abang. Lepas abang cemerlang dalam UPSR, abang ke sekolah asrama penuh. Aku terus hilang populariti.

Time sekolah rendah aku merupakan pelajar yang sangat pendiam. Bersuara emas dan tidak begitu menonjol. Cuma menjadi budak yang tiada luar biasanya tanpa apa-apa keistimewaan. Cikgu RokiahCikgu HasiahCikgu Ruzimah dan Cikgu Razif adalah antara cikgu yang pernah mendidik aku dulu. Tidak lupa Ustazah Fauziah yang banyak mencurahkan ilmu agama dalam kelas Fardu Ain. Pakwa dan Mak Wa yang mengajar mengaji hingga aku khatam Al-Quran. Jasa dan pengorbanan kalian tiada tandingnya.

Ada sorang cikgu perempuan yang aku lupa namanya. Aku begitu admire beliau. Punya banyak koleksi baju, beg tangan dan kasut. Bila baju yang cikgu pakai merah, beg tangan dan kasut pasti merah. Segalanya bersifat matching warna. Lantas jiwa kanak-kanakku selalu berfikir mahu jadi seperti cikgu. Lawa dan bergaya. Kuat Berangan! itu dulu..

Masih terbayang raut wajah kacak Ustaz Hasan waktu aku tingkatan satu. Ustaz jugaklah yang menjadi tonggak kecemerlangan PMR pelajar dalam subjek Bahasa Arab. Cikgu Rahman, english teacher yang popular dengan nama Cikgu Gaban. Cikgu suka conteng tangan pelajar perempuan, suka pegang t___r pelajar lelaki. Aneh sekali tabiat. Aku pasti akan menyorokkan tangan takut diconteng cikgu gaban waktu beliau datang mark buku di meja. Gila! Tapi serius lawak..

Habis PMR, sebab kurang minat pada Sains, aku duduk Kelas Akaun. Akaun pun bukan minat aku. Kalau boleh dua2 pun aku tak nak. Tapi terpaksa pilih. hoho. Cikgu Khoo berwajah serius, mengajar subjek Matematik dengan skemanya. Aku selalu tertanya di dalam hati kenapa cikgu seakan anti pada pelajar cina? Itu kan bangsa cikgu? Sampai sekarang aku tak ketemu jawapan.

Cikgu Heng Ah Bee, cikgu pendek bermuka lawak berseluar Mr Bean. Tekun mengajar Add Mate tapi aku saja yang tuli. Bila ditanya aku pura-pura faham subjek susah itu. Diberi homework, sepatah haram tak tau nak buat. Pagi2 bila datang sekolah, Sariman atau Sarizal jadi mangsa. Aku akan meniru jawapan si kembar. Nakal!

Teacher Mashitah berwajah tenang lulusan luar negara, guru tingkatan yang dedikasi. Tiba-tiba mengantuk saat teacher mengajar grammer, ketika teacher menerangkan tentang buku "The Pearl" dan waktu teacher membacakan poem William Shakespeare. Terasa lambatnya dua jam berlalu. Mata asyik melihat jam. Mintak maaf teacher. Sungguh English bukan my favourite! 

Cikgu Osman, Cikgu banyak cerita dari belajar. Subjek sejarah yang buat semua sleepy jadi best kerana lawak Cikgu Osman. Sebab cikgu juga aku minat Sejarah. Cikgu Juhaida, cikgu ekonomi kecil molek dan comel. Walaupun banyak sekali notenya setiap kelas, terima kasih cikgu. Saya suka subjek Ekonomi.

Cikgu Akaun pula, Cikgu Bisham yang garang. Berkulit gelap berbadan gempal. Kadang-kadang naik angin dengan kerenah nakal kami. Bertudung labuh berwajah berseri, Cikgu Jamilah cikgu Sains yang kaya dengan eksperimen. Walaupun Sains bukan subjek yang aku minat, aku suka dengan cara Cikgu Jamilah mengajar.  

Semua cikgu-cikgu di sekolah menengah begitu istimewa. Kerana mereka aku dapat keputusan yang baik dalam SPM. Terima kasih cikgu!

Yang berbaju merah Cikgu Juhaida, Berkaca mata dan bertudung labuh Teacher Mashitah, Yang berjanggut tu Cikgu OsmanPuan Kutu? carilah sendiri!keke..

Tidak lupa semua lecturer yang pernah mencurahkan bakti hingga aku berjaya menamatkan pengajian. Pada Pak Usop cikgu kelas memandu yang sangat penyabar mengajar aku yang berkaki bangku, terima kasih juga diucapkan.. 

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. SELAMAT HARI GURU!! terutama semua pendidik yang telah mencurahkan ilmu buat aku di Tadika Kemas Sungai Setar, Sekolah Sungai Setar, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh dan Uitm Merbok.




21 comments:

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

selamat hari guru,,bagusnya mommie ni.ingat nama2 guru sampai tadika..yuyu dh lupa nama cikgu sklh menengah..derhaka kan?

Bunga said... Best Blogger Tips

selamat hari guru..

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said... Best Blogger Tips

selamat hari guru juga

wanbu said... Best Blogger Tips

ai ingat cekgu yang seksi2 jerk... hehe

puanbee said... Best Blogger Tips

cikgu tadika pun ko ingat eh kutu , hehe bee tk tadika dedulu cikgu darjah satu pun dh lupa teruk bee ni

safurara said... Best Blogger Tips

akak.dasatnya ingat sume nama cikgu akk.cikgu gaban pun ada eh.hehehee.

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah! my dear lama tak ziarah sini. Muni apa khabar? Wah! ingat sungguh nama cikgu yer. Bagus tu Kalau tak kerana cikgu dan usaha kita sendiri apalah akan jadi yer. Apa2 pun Selamat hari guru diucapkan juga dari Fiza.

mykhalis said... Best Blogger Tips

alaa..kalau la semua gambar ada lagi leh la watt entry camni.. tapi dah takde gambar kenangan dah.huu..

Unknown said... Best Blogger Tips

owh..puan kutu pun amik akaun eh..sama gak mcm chii..add maths? ahaha..sgt x suka nya..lgik time skolah dulu kekurangan cikgu..sampai kan kitorang terpksa import cikgu tusyen...

chii ingt nama2 semua cikgu sekolah rendah ngan mngah je..cikgu tadika seriusly xtau..tp muka dorang chii ingt =)

mcm2 ragam cikgu eh...:p

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

bertuah cikgu puan kutu..masih ingat lagi nama-nama mereka..selamat hari guru (puan kutu cikgu juga ker..sy x pasti sgt)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mommie yuyu
betullah..derhaka yuyu nie..byk lg cikgu,yg nie mana peberet jer.nk sebut semua mau panjang entri.haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@bunga
selamat hari guru untuk sape?utk semua guru!hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Inspirationalefeks
wo yeh!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@wanbu
u mmg nakal!haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
igt sbb cikgu tadika nie dok area umah kutu,ms mak meninggal pun cikgu mai..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@rara pinkmafia
bkn semualah..ada byk lg.huhu..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Fizalinolie
muni sihat..itulah..lama fiza tak update.seronok ker balik kmpg?dah tukar domain semua bloglist hilang.nk buat tp dok tangguh sbb mood blogging kelaut.melawat y menerjah blog muni jer..nie mood mai semula..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@mykhalis
mana p semua gambar?khalis nie tak jaga ker benda yg sentimental value camnie?haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@chii
itu yg best chii..maam2ragam cikgu tu igt smp bila.skang bila igt,senyum sorg2..kebanyakannya lawak..yup tak minat jugak add mate.sakit kepala..pnjg sgt jln kira.mujur spm lulus.haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
bertuah ker?hehe..sy bukan cikgu walaupun ramai mengatakan sy cikgu murni.haha..

puanbee said... Best Blogger Tips

oh dekat patut le ingat huhu