Pixajoy

Tuesday, May 17, 2011

Home » Noda-Noda Hina

Noda-Noda Hina




Aku ditempatkan di suatu tempat yang sempit bersama 19 yang lain. Tauke Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dengan Tauke Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.

Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe menghela nafas panjang. Bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku. Apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yang tadinya bagai ditunggang iblis.

Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara. Entah berapa kali jam ditangan direnunginya. Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini. Aku resah dengan renungan itu. Renungan yg dipenuhi nafsu serakah. Joe memperkenalkan aku padanya. Roy..begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan si gemuk itu.. Agi.

Roy membisikkan sesuatu pada Joe dan tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi. Dari tangan ke tangan aku berpindah. Aku dikucup, diisap, diramas sepuas-puasnya. Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya. Seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. Tubuh aku di kecap mereka sepuas hati, dan akhirnya..setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. Maruah hidupku hancur. Begitulah kisah ku. AKU SEPUNTUNG ROKOK.

Apa yang korang fikir ehh?hahaha...






14 comments:

diana said... Best Blogger Tips

ceh!!
mujur baca sampai habis..:p

rara pinkmafia said... Best Blogger Tips

hahahahah ayokkk korg pk apa eh?ala rokok mmg tak berharga.beli mahal2.then bakar.abes.tak paham tol.

Liza @ Adzriel AB said... Best Blogger Tips

ha..ha... otak dah ke lain dah.

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

cerita asal bukan utk rokok kekeke..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@diana
hahaha..nasib baca smp habis..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@rara pinkmafia
betul..mmg tak faham..haha

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Liza @ Adzriel AB
normal la tu kak liza..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@halila Ibrahim
rokok la..apa akk fikir?huhu..

puanbee said... Best Blogger Tips

haa torkono beb nasib bee bace sampai habsi jugak wee

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
haha bee kena..:)

Lizan said... Best Blogger Tips

cer bagi tahu rokok tu jenama apa...hehe...sian dia kan, lunyai dikejakan dek jari2 kasar..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

kesian rokok tu kan.. apa la salahnye bagi orang len lak usap2 die walupon xde madu lagi.. hahaha

kay_are said... Best Blogger Tips

memang tau dah akak cite pasal rokok kan? xde pikir2 len nye.. =P

chii said... Best Blogger Tips

errr..nasib baik tade pk pape..ahahah