Pixajoy

Sunday, May 01, 2011

Home » Budak 1 Tahun Ditawar Kontrak Bola Sepak

Budak 1 Tahun Ditawar Kontrak Bola Sepak



Malam tadi masa penutup berita TV3 ada memuatkan cerita pasal budak comel di Belanda bernama Baerke van der Meij yang ditawar kontrak bola sepak seawal umur 1tahun lebih. Beliau mendapat hampir satu juta hits tontonan videonya di YouTube setelah ayahnya Jorg memuat naik video aksi Baerke menyumbat tiga gol ke dalam kotak permainan.


Korang boleh tengok video aksi kehebatan dan kecomelannya menjaringkan bola kat sini : http://youtu.be/T4F9MiTeV30

Video yg pada mulanya dimuat naik secara suka-suka ini rupanya membawa tuah dan rezeki kepada Baerke. Keluarganya adalah penyokong Venlose Voetbal Vereniging atau VVV, pasukan bola sepak di bandar Venlo dimana datuk Baerke pernah mewakili pasukan itu sebagai pemain profesional. Patutlah..Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan.

Bintang bolasepak VVV Ken Leemans turut menawarkan kontrak kepada Baerke semasa sesi latihan di Stadium De Koel. Posisi kegemaran Baerke belum ditentukan. Namun, mereka melihatnya sebagai pemain dengan keupayaan kaki kanan yang sangat baik, ketekunan dan teknik yang baik, dan yang penting, gen bola sepak datuknya ada dalam dirinya menurut siaran pers VVV Venlo.


 

Jangan bila besar nanti berubah minat dah la yer. Semoga si comel ini dapat menjadi pemain bolasepak profrsional yang disegani ramai. Lihat sahaja Yuna dan Ana Rafali, mereka juga berjaya melalui youtube. Pada korang yang ada anak punya bakat terpendam, jangan malu nak tunjukkan pada dunia. Mana la tau, Tuah ayam nampak dikaki, tuah korang siapa yang tahu. Boleh jugak aku tumpang senang! eceh..


Sumber: http://www.budakbotak.com/2011/04/baerke-van-der-meij-budak-1-tahun.html#ixzz1L3Bmixqc







10 comments:

AYuNG said... Best Blogger Tips

malam tdiada tgk budaknih kt tb3..mmg terer betul...:)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

wah best nyerk... hope minat die berkekalan sampai ke besar kan.. jangan hangat2 tahi ayam jerk :)

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

ingat nak letak jugak la video yg best2 jugak kat utube.. tp bukan aksi anak.. aksi mak anak..rasanya gempak tak.,.

puanbee said... Best Blogger Tips

kecik2 sign sah ke kontrak tu ? haaa

psstt kembo jom ler join small giveaway ku

Mrs.Yie said... Best Blogger Tips

eh?biar btl ni..budak besar tu?? :)

Miss Tira said... Best Blogger Tips

Ni pecah rekod dunia dah ni. Pemain bola sepak berusia 1 tahun yang sudah ada kontrak. Hehe.

chii said... Best Blogger Tips

chii pun tgk gak mlm td..mmg serius berbakat seh si cilik ni..semua bola masuk tu..slalunya kanak2 seawal umo dia...mmg tendang pun mcm x je kan..eheh

kay_are said... Best Blogger Tips

memang dahsyat betul camtu.. bukan mudah tu.. huu

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

si justin bibir dulu tu youtube gak kan..cikgu shida pon sama..hehe

bila blog bercerita said... Best Blogger Tips

bru staon dah dpt sign kontrak...
gler arhh...