Pixajoy

Wednesday, May 11, 2011

Home » Asal Usul Nama Sungai Petani

Asal Usul Nama Sungai Petani



Salam korang..


Penatnya rasa sedangkan baru tiga hari melalui kerja office hour. 2 days to go.. Lambatnya masa berlalu. Nak share sikit bagaimana Sungai Petani mendapat namanya.


Bandar Sungai Petani, pusat pentadbiran daerah Kuala Muda, adalah Bandar yang kedua terbesar di negeri Kedah. Nama bandar ini diambil daripada nama sungai, iaitu Sungai Petani, anak Sungai Merbok. Pada zaman dahulu, anak sungai itu dikenali dengan nama Sungai Bertanding, kononnya kerana anak sungai tersebut setanding atau selari dengan satu anak Sungai Merbok yang lain. Jarak di antara dua anak sungai itu kira-kira 60 meter. 


Jam besaq yang menjadi mercu tanda Sungai Petani..Kt sini ada mee udang Sungai Dua, en suami dan bapak mertua aku suka sangat, nak rasa mai la SP..:)

 

Nama ‘Petani’ mungkin berkaitan dengan daerah Pattani di Thailand. Pattani lahir daripada perkataan Sanskrit pathini yang bermaksud ‘perempuan yang suci’. ‘Pathini’ adalah gelaran yang diberikan kepada puteri Merong Maha Wangsa, puteri yang dikatakan cantik rupa parasnya dan mulia pekertinya. Puteri itu diangkat menjadi ratu yang disanjungi oleh penduduk di sana.

Ketika Kedah dikenali dengan nama Langkasuka, para pedagang selalu berulang-alik antara Lembah Merbok dan Pattani serta bahagian timur Semenanjung melalui jalan darat. Jadi, tidak mustahil jika nama Petani itu dipinjam daripada gelaran ratu sanjungan tersebut.

Begitulah Sungai Petani mendapat namanya. Ekceli aku pernah menetap selama tiga tahun di Merbok waktu belajar dulu. So banyak jugak kenangan aku disini. Tempat berfoya-foya, tempat melepak,  tempat bercinta dengan en suami kat sini jugak.hoho..Tak sangka sekarang aku dok kat sini..



SUMBER :





12 comments:

solomolo said... Best Blogger Tips

cheQ tak pernah sampai sana...

Anah said... Best Blogger Tips

ooooo...baru tau..hehehe

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

oh ye ke.. pernah p 3 kali je sp nie..

puanbee said... Best Blogger Tips

mee udang sungai dua memang sedap nangis wooo kutu ...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Oh begitu kisahnya. Pada awalnya Tira memang dah ada suspek sikit ada kena mengena dengan Thailand sebab nama Petani tu sama dengan Pattani.

Bunga said... Best Blogger Tips

ooo..baru tau..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

hehehe.. top ingat asal usul nye sebab dulu banyak petani ada kat sana :)

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

dah agak dah ada kaitan..tp x penah sampai lg kesana

shereena said... Best Blogger Tips

baru tau.hehehe..thanx 4 da info^^

Anonymous said... Best Blogger Tips

tempat download XRumer 7.0.10 ELITE??
Kirimkan saya URL silakan!!!
Ini adalah program terbaik untuk massa posting di forum ! XRumer dapat mematahkan sebagian besar jenis captchas !

incikganu said... Best Blogger Tips

x rasa mee abu kat gurun lagi..lagi terangkatt..

reen homestay sungai petani kedah said... Best Blogger Tips

terbaik