Pixajoy

Thursday, May 12, 2011

Home » Fakta Dan Mitos Tentang Rambut

Fakta Dan Mitos Tentang Rambut



Membaca entri cik betty tentang salon muslimah, tiba-tiba membuatkan aku teringat akan rambut aku yang dah panjang. Lama dah rasanya nak potong bagi pendek, tapi asyik tangguh. Last2 sampai sekarang tak berpotong. Kata orang rambut itu mahkota wanita. Sayang sekali lepas bersalin, rambut aku asyik gugur, tu yang selesa rambut pendek. Walaupun muka macam makcik2 terasa la muda sikit.hehe..

Aku suka stail rambut camnie. Sesuai tak?haha..

Dah lama rasanya tak berfakta. Jom kita kaji mitos dan fakta tentang rambut. 

Mitos : Memotong rambut secara teratur akan mempercepat pertumbuhannya.
Fakta : Jika dipotong atau tidak, rambut tumbuh setengah inci setiap bulan. Namun rambut memang tumbuh lebih cepat sedikit di musim panas. 

Mitos : Stress boleh membuatkan rambut gugur.
Fakta : Meskipun rambut gugur sepanjang waktu sekitar 50 - 120 helai sehari, berkemungkinan helaian yang gugur akan lebih banyak ketika stress berat, seperti perceraian atau kehilangan pekerjaan. Faktor lain adalah kerana kehamilan atau antibiotik. Namun setelah beberapa minggu, rambut umumnya akan tumbuh kembali. 

Mitos : Mewarna rambut akan menyebabkan rambut rosak.
Fakta : Produk pewarna sekarang ini cukup lembut dan tidak akan merosak rambut. Beberapa produk bahkan menambahkan kelembapan yang membuat rambut lebih cantik diatur. Namun jika mewarnakan rambut pada pertama kali, dapatkan nasihat pendandan rambut terlebih dahulu.

Mitos : Rambut bercabang boleh diatasi dengan produk yang tepat.
Fakta : Sekali bercabang, rambut akan tetap seperti itu, kecuali korang memotongnya.  

Berikut adalah fakta tentang rambut yang korang perlu tahu: 
  • Penduduk asia digalakkan mencuci rambut sekadar sekali sehari kerana asia beriklim panas dan menyebabkan rambut berminyak.
  • Menyikat rambut dengan kerap akan menyebabkan folikel rambut akan lemah dan menyebabkan rambut putus dan gugur. Cukup sekadar untuk mengemaskan rambut.
  • Rambut lelaki akan gugur 40 helai sehari berbanding wanita 70 helai sehari kebiasaannya. Jika lebih, sila pastikan korang menerima rawatan rambut.
  • Rambut akan kekal tumbuh sehingga 2-6 tahun mengikut kajian pakar rambut sebelum digantikan dengan pertumbuhan rambut baru. Ini dikhususkan kepada kaum wanita.
  • Potong rambut ikut kesesuaian dan jangan terlalu berfesyen kerana akan mudah merosakkan rambut. Ini terjadi dari haba oleh penggunaan barangan elektrik untuk memotong rambut. Contohnya plat-iron(rebonding), clamp-iron(curly) dan hair dryer(pengering rambut).
  • Tiada masalah untuk menukar-nukar jenis shampoo kerana rambut tidak mengenal jenama shampoo yang digunakan tetapi carilah shampoo yang bersesuaian. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan di tv. Walaupun shampoo murah, kadang-kadang ianya sesuai untuk korang.
Harap fakta nie sedikit sebanyak membantu korang untuk memelihara rambut agar sentiasa bersinar dan cantik. Kejelitaan adalah hak milik setiap insan! (tiba-tiba).


SUMBER : 




13 comments:

deeya said... Best Blogger Tips

fakta : semakin lama m'gentel rambut , semakin berikal rambut tersebut .

NICE ! chumel tahu ! huhu ~

iklan dalam tv bnyak yg auta lah kak .. =)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

hahaha.. macam2 mitos nye yerk.. sesuai x muka saya wat rambut cam faizal tahir... sila jangan muntah yerk... hehehe

muhammad iqbal hakimi bin tahir said... Best Blogger Tips

hehe..macam2 fakta ada..

tp qbal nak buat rambut ala2 korea =P

Azian Elias said... Best Blogger Tips

bila rambut terlampau tebal macam i ni kan gugur nya pun rasanya macam banyak sangat..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Laaa macam mana nak tahu rambut tu gugur 70 helai. Hehehe.. Ah sudah nak kena kira ni. Nanti terlebih takut ada masalah keguguran rambut.

deeya said... Best Blogger Tips

semakin digulung rambut , semakin berikal rambut itu . huhuhu ~

cik azeya said... Best Blogger Tips

saye pakai pantene. rambut gugur je. pakai rejoice pon same.. sume jename dah pakai, tp still gugur. sedih kan. rasa cam nak botak je. :(

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

eh..geng polkadot..sama^__^

wuwu..sedih tau entri salon tu dah hilang..nnt sy republish komen semula eh..

admin said... Best Blogger Tips

af potong rambut sbb panjang n rasa semak . tak suka potong trend2 , kalau boleh nak potong botak je . apapun, info yg menarik puan kutu :p

shereena said... Best Blogger Tips

kena tambah satu lg,exam mnyebabkan rambut sy hampir botak.hahaha...
ntw,lama x lawat puan kutu,how are u?^^

Unknown said... Best Blogger Tips

rambut gugur..paling takut kalo time bersyampoo ngan sikat rambut...

syampo sekali sehari...ok eh...pastu chii ada gk dgr kata..kalo syampoo slalu..leh wat rambut lekas panjg..ehe

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

yuyu ptg rambut masa 7 bulan baru ni.menyesal sbb x boleh ikat dan bila musim panas ni...huwaaaaa..pansa giler

Zaza said... Best Blogger Tips

ohh.. bru saye tahu.. interesting3