Pixajoy

Tuesday, May 17, 2011

Home » Bolehkah Tak Makan Nasi Sehari?

Bolehkah Tak Makan Nasi Sehari?



Morning everybody..Selamat Hari Wesak pada yang menyambutnya. Selamat bercuti untuk diri sendiri dan korang semua. Pada yang bekerja, hari Kelepasan Am sahih ot masyuk kan?


Sekarang nie orang berniaga makanan macam cendawan tumbuh. Masing2 mencari rezeki masing-masing. Kat Sungai Petani sana sini orang berniaga. nak makan apa beli saja. Tak payah susah-susah nak masak sebab harga boleh dikatakan murah kalau nak bandingkan dengan Johor. Nasik lemak  lima kupang (50sen) ada lagi..Yang peliknya banyak pulak tu. Makan sebungkus pun kenyang, dua bungkus terus senak. 


Semalam cuma beli roti canai untuk sarapan. Tengahari tak masak nasik,aku buat laksa penang jer. Gambar pun tak sempat snap sebab kelam kabut nak pergi kerja. Pulang kerja singgah kedai beli minyak dan telur yang dah kehabisan stok. En suami cadangkan aku buat sandwich untuk makan malam. Lagipun roti gardenia yang ada kat rumah tu nak tamat tempoh dah. Bagus jugak idea tu sebab ada bawang lebihan laksa. Jadi tak la membazir masuk tong sampah. Hasilnya...Sandwich sardin telur!
Saja nak tayang sandwich malam tadi.haha...
Tak usah merapu meraban lebih sangat. Subjek utama dalam entri ini adalah bolehkah korang tak makan nasik dalam sehari? Aku boleh..Aku pasti ramai yang boleh. Tapi bila dah tiga empat hari tak makan nasik, mana boleh tahan..Mesti rindu. Sebab nasik adalah makanan ruji kita.


Ada jugak spesis orang yang memang tak boleh dipisahkan dengan nasik. Setiap hari mesti makan nasik kalau tak mereka tak akan senang duduk. Kiranya hari-hari memang wajib makan nasik tak kiralah nasik putih ker atau nasik goreng. Adakah korang berada dalam kategori nie?


Ok daa..aku nak pegi buat breakfast. Nak masak mee sanggul!











12 comments:

Miss Tira said... Best Blogger Tips

Hehehehe, sehari tak makan nasi kalau ada makan benda lain boleh je kot. Sebenarnya nasi tu pun ada dekat banyak benda lain yang kita makan. Contoh mee hoon pun ada nasi kat dalam dia. ^^

AYuNG said... Best Blogger Tips

ayung mmg ari2 kena makan nasi..hehe, baru ada tenaga.....mmg tekak melayu pior punya..hehe:)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

saya ni kalau sehari leh la... tapi kalau seminggu xdapat nasi leh mati klapran saya ni... haha

risa said... Best Blogger Tips

nak nasikkkkkkkkkkk
nak nasik jugakkkk

puanbee said... Best Blogger Tips

sehari boleh lagi 2-3 hari mati kutu lah aku haaa

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Miss Tira
betul tu tira..tp klu 3 4 hari tak mkn nasik rasa lain jer!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@AYuNG
tu la opismate pun ada sorg yg hari2 kena mkn nasik.mmg melayu betul..;)muni dh dua hari tak mkn nasik..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
samala kita top.haha tp tak la smp mati..bley lg bertahan.cuma rasa rindu pada nasik jer la..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@risa
hehe msti hari2 kena mkn nasik nie...:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
lebih kurang samalah kutu pun mati kutu.kena sgtlah.haha..

kay_are said... Best Blogger Tips

boleh je x makan nasi.. no hal r akak.. janji ade makanan len r.. x makan memang xleh r.. huu

chii said... Best Blogger Tips

sehari x mkn nasi..ok lg kot..
skrg ni ..chii tgh nk menyahut cabaran 13 hari x mkn nasi..sok baru bermula..ehehe