Salam korang..Pagi nie terjaga bila dikejut oleh Aiman, ingatkan nak susu, aku pun dengan mamainya bangun nak buat, Aiman nak seluar, rupanya kencing. Mata terus tak dapat lelap. Cuba memejam mata semula tapi gagal. Malam tadi tidur awal kerana kepenatan.
Semalam dengan rasminya aku memulakan tugas ditempat baru. Baru hendak belajar dan membiasakan diri, aku dah ambil cuti sampai hujung minggu. Bukan apa, sebelum nie aku pernah beritahu yang rumah baru yang aku nak duduk tu ada masalah. Memang tersumbat teruk. Air bertakung dalam bilik air. Gila aku nak duduk rumah camtu. Mahunya setahun Aiman tak buang air. Anak aku dah la pembersih. Pantang kalau toilet kotor. Alasan yang diberikan tak ada peruntukan untuk repair dan maintenance.
Kelam kabut jugak aku dan en suami Jumaat lepas sebab trak barang dah dalam perjalanan. Rumah pulak buat hal. Pemilik rumah yang sebelum nie beritahu yang rumah tu memang tak elok tapi perumahan dok kata elok. Kami pun percaya yang rumah tu eloklah. Rupanya indah khabar dari berita. Kalau dah beritahu awal-awal, senanglah kami cuba cari rumah sewa. Mana nak ada rumah on the spot kan..
Akhirnya keputusan diambil untuk menurunkan sementara barang kat rumah kosong yang tak ada penghuni. Aku difahamkan yang rumah tu rumah Iban. Ada rumah untuk kami, pemiliknya dah keluar, tapi barang-barang belum angkat. Jadi terpaksa la tunggu. Semalam bertolak dari Alor Setar ke Sungai petani. Terpaksa ambil cuti kalau tak takkan nak berulang setiap hari. Semuanya kos. Penat lagi..
Entah dapat rumah ke tak sampai minggu depan. Kalau tak ada jugak Isnin depan terpaksalah survive kat sana. Rumah yang letak barang tu boleh tumpang mandi, cuma elektrik tak ada. Peliknya kaurters tentera tapi elektrik TNB pasang. Selalunya mesti potong melalui gaji. Entah aku pun hairan kaurters baru lagi. Aku diberitahu rumah tu dibina pada tahun 2004, tapi keadaan sangat menyedihkan. Rumah luas dan cantik, cuma tak dijaga dengan baik. Nampak dari luar lawa, hakikatnya Masyaallah. So, don't judge a book by its cover ok!
Kehidupan di kdsi sangat berbeza. Dalam tentera laut, kebersihan sangat dipentingkan. Ohh sungguh aku rindu Tanjung Pengelih...Aku masih dalam proses menunggu. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Amin....
* Balik Penang dulu ok jugak cari ketenangan di kampung.
8 comments:
salam pepagi muni~ sabar dengan dugaan mendatang..pasti ade kemanisan di hujung perjalanan....
sabar je la kak... biasa la kalau berpindah tempat baru kan.. macam2 masalah kan.... hope akak cepat dapat rmah yang lebih selesa yerk
patut pun diam je bbrp hari ni..eheh..
ishk..kalo toilet ada probs..mmg susah ati oo..da ar mmg lokasi menarik lg strategik yg harus di masuk hari2 kan :p
semoga segalanya di permudahkan..insya Allah
orang yang duduk situ tak jaga , sebab tu teruk kutu ..sabar je lah erk kutu ..
teringat dulu ms kecik²..abah kena pindah dari pahg ke melaka..smpi melaka rumah yg nk disewa kena seal..pemilik x bayar loan..nasib dpt cari rumah lain on the spot..
La, kuarters camne tak de lektrik tu.
lainnya suasana tempat baru..semoga dipermudahkan segala urusan ek
moga dimudahkan segala kesulitan ini.. amin
Post a Comment