Pixajoy

Thursday, May 19, 2011

Home » Sarapan Cekodok Pisang

Sarapan Cekodok Pisang



Dekat area rumah aku, banyak betul pisang bergantungan di tepi jalan. Makcik jual goreng pisang dan cekodok pun banyak sampai tak tahu mana satu mahu beli. Oleh kerana selera nafsu aku, en suami dan Aiman seperti naga, maka elok aku buat sendiri. Selambak dapat. Boleh makan puas2..


Pulang dari Rekreasi Di Taman Burung, dalam keadaan hujan kami singgah beli pisang. Cuaca sejuk nikmat betul pekena teh panas bersama cekodok panas -panas sambil menonton televisyen bersama keluarga.


Ini cekodok dua hari lepas..sudah jadi taik!
Budak bengis bersama cekodoknya..


Aiman masih lagi tidur. Entah pukul berapa Aiman tidur aku pun tak sedar. Menonton lewat malam seorang diri. Sekali sekala membiarkan Aiman berpesta. Sekadar berpesan supaya menutup TV bila nak tidur. Cuma tersedar bila Aiman merengek mintak susu seperti bayi umur 6bulan. Bezanya bayi 6bulan tak pandai bercakap saja. Bangun nanti mesti si chubby nie akan kata "Aiman lapo". Senangnya jadik kanak2!


Pagi ini hasrat hati nak buat lempeng, tapi tak menjadi. Memang selalu fail buat lempeng kerana asyik melekat di kuali. Terasa macam nak lempang pipi sendiri. Lempeng pun tak reti nak buat. Last-last tambah tepung, buat cekodok lagi..

So hasilnya pagi nie sarapan kami cekodok pisang...









13 comments:

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

amboi aiman..cekcinye dia..tayang body nampak..cukup x sepinggan cekodok pisang tu aiman?

sedap nampak..rumah yuyu ni jarang buat cekodok pisang, sbb jiran sebelah rajin benor hntr cekodok pisang..

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

hehe..cekodok i like..jadi taik i tak like.. (uwekk)

lempeng cer buat pakai kuali leper tak melekat punyer..sapu minyak sket..

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

cekodok pisang i like..tp jadi i tak like..hehe

cer buat lempeng pakai kuali leper pehtu taruh minyak sket..

safurara said... Best Blogger Tips

amboi sedapnya cekodok.meh sikit.hehehee

Farah Shamsudin said... Best Blogger Tips

nak nak nak!! feberet saya ni.. kalau dapat makan tiap hari pn takpe je..

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Sedap apa cokodok pisang. Fiza pun slalu fail buat lempeng muni. Mak fiza kata kalau wat adunan lempeng tak pekat tak cair... Kiranya sedang2 la baru tak melekat. Tapi kalau fiza buat mesti asyik tak menjadi jer. Kahkahkah...

Wan Collection's said... Best Blogger Tips

sedapnya.. nak!!!!sy sgt suka cekodok pisang.
hihhi,apa2 psl pisang sy mmg suka sgt!!

mykhalis said... Best Blogger Tips

apela fail wat lempeng,,, kene tempeleng baru pandai kot? wahahahha

Unknown said... Best Blogger Tips

faiz sgt suka cekodok pisang...hehehe

puanbee said... Best Blogger Tips

aiman suka buat muka eh..meh bee bg tips buat lempeng tk melekat ...panaskan kuali betul2 panas sebelum masukkan tepung ,

dalam tepung tu masukkan telur dan minyak sikit dalam 2 sudu minyak utk setengah bungkus tepung 1 kg tu , pastu kutu blender je tepung tu , nanti lempeng lembut , nipis , sedap je makan ..perghhh !!

admin said... Best Blogger Tips

wow dasyatnye aiman . kuat makan cekodok :P

Anonymous said... Best Blogger Tips

Lempeng tu kalau cicah dengan sambal tumis sedap tu. Tapi tak jadi nak wat camner kan. Hehehe.

Unknown said... Best Blogger Tips

sedapppppp cekodok tu.....hamboiiiii seksi beno aiman tu~heee