Pixajoy

Sunday, January 27, 2013

Home » Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 1

Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 1



Alhamdulillah Aiman dah tamatkan buku 1. Pada mulanya dia asyik sebut susah. Aiman dah biasa sebut A tu sebagai a, sekali suruh sebut aa, aku akui dia agak lambat catch up pada mulanya. Cabaran nak mengingat aa ii uu en beh diatasi dengan buat ulangan banyak sesi. Bila dah banyak kali ulang, kalau mengikut turutan, sambil tutup mata pun Aiman boleh sebut huruf vokal tanpa melihat buku. Kemain berlagak dia. Bayangkanlah buku satu je aku ambil masa lebih kurang seminggu. Ulangan dibuat banyak kali sebab aku risau adakah Aiman mengenal atau menghafal.



Bila tengok Aiman dah mula bosan, aku terus proceed ke buku 2. Aiman kata part paling susah dalam buku 1 ialah dia asyik lupa B tu disebut sebagai beh. Buku dua baru je start semalam. Ibu pun tak berapa sempat nak buat dua sesi mengajar dalam satu hari. Biasanya sekali sahaja dalam sehari, kadang-kadang bila balik kampung atau ada hal secara automatik cuti sehari.hiks.. Lagi-lagi bila kerja pagi, petangnya sangat penat, bila malam nak ajar Aiman iqra pula. At least dalam sehari aku cuba untuk konsisten mengajar sekurang-kurangnya sekali sehari. Semoga berterusan, Insyaallah.

Lorat betul si chubby ni nak mainan. Baru tamat buku satu dah mintak senapang. Tahniah Aiman Mukhlis, semoga Aiman diterangkan hatinya untuk senang menerima pelajaran. Ameen..



16 comments:

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Amin.. Aiman boleh!! InsyaAllah.. Dulu Maryam pun guna buku ni.. :-)

NzA said... Best Blogger Tips

Amin....InsyaAllah, aiman boleh...

ida =) said... Best Blogger Tips

Hahaha... baagus aiman. Buku 1 je yg susah. Lepas tu, natural aje smpi buku 4.
Nk tgk dia hafal ke tidak, tunggu buku 2. Insya allah walau gagap2 sikit mula2, mesti boleh!

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Tahniah! Aiman. Aiman pasti boleh punya :)

Nastyna said... Best Blogger Tips

hahaha habis buku 1 minta senapang, habis buku 2 nnt, apa la diminta nya, kereta kebal tak?

eita said... Best Blogger Tips

Takpe slow2 bce nati dapt lh hbiskn semua tu

Unknown said... Best Blogger Tips

tahniah...bijaklah aiman..nak main senapang.heeh

mia dah koyak2 buku dia..nie..baca sampai koyak rabak buku..

akumann2803 said... Best Blogger Tips

Aiman tak kisah....saya pun ada aiman...klu blajar membaca... mesti cakap susah walaupun dia tau...hihi...
Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Amboi nak upah ;) Chaiyok Aiman

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

ni buku Anakku Sayang ke ape tajuk dia kan...mmg ni la asas membaca budak2 yg paling mudah..ank sy tadika pun belajar buku ni jer..

shayerrr said... Best Blogger Tips

wah aiman dah proceed buku 2...
tahniah aiman....

fieda said... Best Blogger Tips

dulu 2 org anak teruna kak fieda guna buku ni jugak kat sekolah tadika..cepat dorang dpt membaca..tp sekolah pasti tak guna plk ye buku ni...ermm..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hhaha... ayat last tu comel plak... lps tamat buku 1, dah mintak senapang.. hehhe

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

aiman boleh... insyaAllah...

Munirah pun guna buku ni juge di tadika nya, haihh lama x update pasal dia ...

kehkehhh... senapang... nama pun budak lelaki ;)

Unknown said... Best Blogger Tips

haha..pandai ye aiman..baru je abeh dh start mintak..=D

xpaa..pelan2 kayuh..
semoga berjaya aiman..=)

Masya said... Best Blogger Tips

mesti aiman dah pandai bacakan.. nnt nak masuk darjah satu kene pg periksa dulu kan.. kalau tak pandai membaca haru jugak.. zaman kt dulu darjah satu baru terkial² nak mengeja...