Monday, January 21, 2013
Home »
Bacalah Anakku Aiman
Harap maklum entri ini agak panjang. Luahan hati seorang ibu.hehe
Seriously aku mula risau dengan perkembangan pelajaran Aiman. Mac nanti genap umur Aiman 6 tahun. Sepanjang setahun tadika, Aiman masih belum mengenal huruf kesemuanya. Mengeja suku kata sangat lemah. Membaca jauh sekali. Kalau mengenal nombor, tambah tolak tu bolehlah dibanggakan juga.
Aku tahu setiap anak punya kebolehan masing-masing dan perkembangan mereka berbeza walaupun sebaya. Aku tidak mahu membandingkan Aiman dengan kanak-kanak lain yang mana mereka sudah lancar membaca ketika umur 4 atau 5 tahun. Tapi sebagai ibu, semua orang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Ikut kehendak memang nak hantar Aiman kesekolah terbaik, tapi sejujurnya aku tak mampu dari segi kewangan. Ada sebab juga kenapa aku tak hantar Aiman ke pra.
Aku juga faham kita tidak boleh mengharapkan anak belajar di sekolah semata-mata. Takkan cikgu nak bagi perhatian yang special pulak sebab dekat tadika tu ramai budaknya. Dalam masa 4 jam persekolahan sehari apalah sangat yang mampu cikgu beri. Bukan maksud aku cikgu tak mengajar, tapi masa tu kurang untuk cikgu beri perhatian secara individu. Ditambah pula dengan aktiviti luar seperti menyertai pertandingan tarian, perhatian untuk pelajaran agak kurang.
Aku mengambil pendekatan membuat aktviti pembelajaran dirumah dengan membuat sendiri flash card, memberikan Aiman latihan menulis, mengajar sendiri iqra, ajar solat dan sebagainya. Kadang-kadang usaha aku tidak berterusan. Selain kurang pengetahuan, aku mudah putus asa dan kurang sabar. Masalah utama aku buntu bagaimana cara yang betul untuk mengajar Aiman membaca.
Aku mula berkenalan dengan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku awal tahun lepas waktu membaca entri seorang sahabat blog. Waktu tu ada terdetik untuk membelikan satu set untuk Aiman tapi agaknya belum terbuka sepenuhnya pintu hati. Hasrat tersebut sepi sehingga setahun berlalu. Baru-baru ini waktu google tentang cara mengajar anak cepat membaca, aku jumpa banyak link kisah buku Bacalah Anakku.
Buat permulaan, aku nekad beli set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dengan harga RM 43.90 termasuk pos di AdikBijak.com. Set ni ada 8 buah buku, sebuah buku panduan mengajar, sekeping dvd, dan satu set flashcard. Masa buku ni sampai Aiman sangat excited, tapi bila aku dah start mengajar dia asyik kata susah dan aiman tak reti. Hilang sabar juga aku pada mulanya. Tapi pada aku nak memulakan sesuatu yang asing bagi Aiman memang agak susah. Aku agak mungkin sebab Aiman dah kenal huruf, jadi dia jadi keliru untuk membunyikan sesuatu huruf.
Setelah banyak kali buat ulangan, Aiman dah menunjukkan improvement. Aku janji akan belikan Aiman apa yang Aiman nak bila dia tamat kesemua 8 buku. Kalau habis buku 1 dan seterusnya, setakat Aiman nak hadiah murah-murah tu boleh je. Malam tadi lepas bedtime story,
Aiman : "ibu..betul ke Aiman boleh dapat hadiah mewah bila Aiman dah habis baca semua buku tu?" (hadiah mewah tu,hikhik..)
Ibu : "betul la..Aiman nak apa?"
Aiman : "Aiman nak ipad..."
Hah? Setakat ipad mainan tu Aiman dah ada. Yang betul punya ibu memang tak mampu la nak. Mintak yang murah-murah sikit ye.haha tak menahan dia demand. Kalau mampu pun tak sanggup ibu nak beli benda kehendak macam tu. Nanti Aiman lalai dengan game..
Setakat ni Aiman masih belum menguasai sepenuhnya buku satu. Aku pun tak mahu Aiman pressure, asal dia nak belajar dah besar rahmat pada aku. Aku akan cuba ajar slow-slow sehari sekali atau dua kali selama 10 hingga 15 minit saja. Bila dia dah menguasai buku 4, Insyaallah aku akan belikan set read easy pula. Aku tak mengharapkan sesuatu yang besar dalam masa yang singkat. Target aku semoga Aiman lancar membaca sekurang-kurangnya sebelum dia melangkah ke tahun 1. Ada lebih kurang setahun lagi.
Walaupun agak terlambat memperkenalkan Aiman dengan buku ni, better late than never kan? Setuju dengan kata lya, permulaan tak penting, yang penting pengakhirannya. Doakan aku diberi kelapangan masa, kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam mendidik Aiman. Also this coming baby, ibu akan mula Bacalah Anakku seawal baby 3 tahun, Insyaallah kalau panjang umur.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
insya allah...
10 - 15 minit, 2 kali sehari tu, dah cukup lama dah...
bila dibuat secara konsisten, insya allah target tu akan tercapai
hadiah tu, boleh terangkan dekat aiman la kot... minta tukar hadiah lain. insya allah dia akan faham
gud luck kak :)
budak2 skg mmg cepat pndai..3,4 tahun dh pandai bace..time saye dulu..waktu tadika baru kenal abc dh kire hebat..hahaah
betul tu...takde istilah terlambat dlm mendidik anak2 ni. yg penting kita dah mulakan langkah pertama. nmpaknya lepas ni ibu kenalah sediakan 'hadiah mewah' tu... tak menahan juga baca perkataan tu.. hikhik.
k.izan yg anak besar dah 4 org ni pun byk juga perkara yg terlepas pandang. apa yg penting usaha kita utk anak2 tu tetap ada kan.
* dr pengalaman k.izan sendiri masa abg muhaimin dulu, bila dia dah lancar dgn bacalah anakku... automatik bila masuk aje read easy mmg mudah sgt. insyaAllah...k.izan doakan aiman pun sentiasa diterangkan hatinya ye!
1day, sy mesti akan cr jugak buku ni nnti.. :)
salam...
lamanya tak singgah blog akak kutu ni. ntah ingat ke idak akak kutu ni kat alif..huhuhu..
gud luck aiman...cepat abiskan 8 buku bole la dpt hadiah mewah dari mama nanti... :)
betul tuh..setiap budak akan ada kelebihannya..=) mungkin aiman cenderung ke arah mengira..=)
PK jgn stress sgt...dan jgn trlalu menekan aiman, nnti lelama di fedup..Bila dia dh fedup naik thn 1 nnti dia akn cpt bosan...sbnarnya masa thn 1 nnti mrk akn tetap diajar basic mengeja...prkmbangan anak2 xsama n jgn kita samakn anak2 kita dgn anak2 rakan yg dh lancar membaca..ikut kemampuan mrk krn thp 1 bkn ukuran anak2 cemerlang.....biar dia belajar secara xformal n releks...dr pengalaman 5 org anak akak, prkmbangan mrk xsama. Ada anak akak dpt membaca seawal umo 4 thn (nurah) n angah plg lmbat iaitu di akhir thn 2...Alhamdulillah w.pn angah agak lmbat menguasai membaca namun dia mampu jadi best student sejak UPSR, PMR dan trial SPM....Angah mampu brsaing dgn adik bradik yg lain utk brada di TOP 5 sekolah.....so jgn sedih2..yg pnting kita sntiasa sedekahkan al-fatihah utk anak2 kita....
@Mama Adam
Insyaallah,mama adam boleh takkan ibu aiman tak boleh..cuma taknak pressure dia sgt..:)
bab hadiah tu abah aiman kata klu ada rezeki mgkin akan beli,tp yg made in china la,mura sikit.haha tp td aiman kata aiman tak kisah hadiah apa pun..:)
@nenot
tq. tu la.budak2 kang klu tahun 1 tak dpt membaca,agak ketinggalan nti.
@Izan Ishak
tq kak izan atas semangatnya.mmg setiap kali solat itulah doanya, semoga aiman diterangkan hati..:)
@Munnafendy
mesti!
@Alif Ismail
salam..
igt lg.kan penah dpt free doodle dr alif..:)
@qieranna
hehe mewah la sgt kan...
@fatin amalina husna
yup husna..klu bab bercakap serah kt dia..ckp jer pandai.klu soh belajar tak ketuk tak jalan..hehe
@NzA
terima kasih akk atas nasihatnya..betul tu sy dulu pun kategori sedang2 saja..tp Alhamdulillah masa spm boleh score..:)
bab sedekah Al-fatihah mmg wajib setiap kali pas solat..:)
aiman mesti boleh.
chaiyok chaiyok...
lya suka sgt entri ni..sbb ini gak dilema y lya hadapi utk mdidik asya.. lya pon bru order siri bacalah anakku..
tp apa2 pon, kt ttp mhukan y terbaik buat anak.. n lya mm xkan compare ank dn org lain.. yela..asya bru thn ni mula skolah..jd xleh nk push2 dia tahu serta merta...
Sehari selembar benang PK... ibaratnya begitulah.
Kakak tak ada pengalaman anak lelaki tapi anak saudara lelaki ada. Siadik perempuan dah boleh membaca masa 4 tahun baru si abang ikut pandai masa usia dah 6 tahun. Budak lelaki agak lambat tapi tak perlu bimbang kalau kita rajin sama insya-allah Aiman pun boleh juga.
tu lah .. nak membunyikan ni agak payah jugak kan.. sebab amir pun baru kenal huruf, bgs jugak murni beli set mcm ni yer.. jimat sikit.. siap dapat dvd dan flashcard.
xpa.. xhntar pra pun... utk pengetahuan murni, adik beradik family hubby termasuk hubby saya, semuanya tak pergi tadika lgsung tapi dorg terus msk darjah 1... family hubby ni kehidupan dorg sgt2 susah masa dulu...
tp MIL ajar dorg dekat rumah je... bukannya ada lampu pun.. sekadar lilin je.. tapi dorang jenis rajin belajar... alhamdulillah.. skrg dorg semua keje gomen + belajar sampai u...
yg pnting, kita as a parent ni kne ajar ank2 kan..
Assalamualaikum saya nak tahu puan ada nk jual x set buku ni?
Salam puan sy ada jual jika berminat boleh ke FB page Aloverra Edukids.
atau PM/ whatsapp 0133508465.
Post a Comment