Wednesday, January 02, 2013
Home »
Aktiviti Baby Dalam Perut
Betapa uniknya ciptaan Allah. Dapat bayangkan betapa comelnya setiap aktiviti baby sewaktu dalam perut. Kalaulah dekat rumah ada alat scan kan best? Hari-hari boleh teropong apa baby buat.hiks..
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
Menakjubkan kuasa Allah. Nak juga rasa baby tendang perut ;)
bila baca entry ni,..terlompat2 rasa nak menagndung lagi...hahaha,,,walaupun
bini aku baru rasa ade baby gerak2...tak sabo nak jadi ayah lak aku baca entri ko kutu..hahaha..
seronoknya rasa kan..... ada baby dalam perut :)
Bertuah insan2 yg melalui pengalaman ini..
hehe...bila dh rasa baby gerak tu yg syok...dah lahir kang, geram lak tgk baby gebus... :p
syionyaaaa ada baby ;)
tak lama lagi puankutu akan berjumpa cinta hati terbaru nya insyaa Allah ;)
memang indah perjalanan perkembangan bby ni wpun berada di dalam perut....
ye kie baby buat ni jer? tah2 tgk syok main ps2....haha
besar betul kuasa Allah...seronok baca.
alahaiii sweet je baca entry ni.. ni yg rs nk prgnnat lg ni... opsttt hihii...
terlalu indah ciptaan Allah...mrk anugerah yg xtrnilai buat kita....
As salam Murni,
Singgah w/pun tgh tak mabuk kepayang...hehehe... marya skrg tak sabar nak tamatkan 1st trimester ni! Nak rs die kicking2...hopefully semua sihat... ameen...ameen... :)
ye..semua bayi nmpak comel..even bayi org india..=P
Subhanallah...saat yg paling seronok masa preggy ialah masa dia menendangkan...masa tu rasa cam tak sabar nk tunggu dia lahir...
yeay!! nak kongsi artikel ni dengan adik & kakak sy yg tengah pregnant tu.. maceh! hehe.
kejadian Allah kan. takjub.
RINDUNYA SAAT ITU.. BERTUAH MURNI DAPAT MERASAINYA LAGI..
masyaAllah... kuasa Allah tiada tandingannya kan. bayi dlm perut pun sudah mampu buat macam2.
#terus teringat balik momen zayyan baru dilahirkan dan diletakkan di dada. tak lama terus dia pandai hisap susu ibu.
bile la aku dpt rasa tu sume.. =(..
comel nya baby kan.
owhhh patutlah, org selalu kata bayi menendang perut ibu kan?
satu perkara y lya ingat...
saat asya tendang perut lya.. n tendangan itu myebabkan lya sedar dari koma.. kuasa allah swt..
Post a Comment