Pixajoy

Tuesday, January 01, 2013

Home » 2013 Yang Bakal Merubah Hidup

2013 Yang Bakal Merubah Hidup



Salam Tahun Baru,



Lembaran tahun baru yang bakal merubah setiap inci kehidupan kami sekeluarga dengan kehadiran orang baru. Doaku agar dipermudahkan sepanjang mengandung, sepanjang bersalin, sepanjang dalam pantang dan segala urusan sepanjang tahunPintaku juga semoga kehidupan lebih diberkati, di beri kesihatan yang baik, dilimpahkan dengan rezeki serta di beri kebahagiaan berpanjangan. Ameen..

Di kedah hari ini adalah hari pertama persekolahan 2013. Tidak seperti tahun lepas,banyak sungguh drama air mata di tadika. Perasaan kasihan dan kelakar berbagi antara dua melihat ibu bapa menangani anak masing-masing. Kenangan yang cukup manis untuk anak-anak ini kenang bila dewasa nanti. Sungguh aku faham bagaimana perasaan seorang ibu. Anak yang di manja kini sudah besar. Mereka perlu melangkah ke alam yang lebih besar walaupun kurang bersedia.

Alhamdulillah pendaftaran Aiman berjalan lancar. Aiman seperti biasa seorang anak yang baik. Dia sudah biasa dengan sesi persekolahan dan memang tak ada masalah langsung pada hari pertama sekolah. Tahun ini Aiman dah 6 tahun. So kena pulun lebih sikit tak boleh nak main banyak sangat. Tak boleh nak ponteng-ponteng lagi. Aku sebagai ibu pun kena beri lebih perhatian pada pembelajaran Aiman. Semoga diberi kesabaran dan kekuatan yang tinggi dalam mendidik. 

Bercakap pasal orang baru, bila ada baby, seluruh kehidupan akan lebih tertumpu pada baby. Tanggungjawab akan bertambah. Tidur malam pasti terganggu. Pendek kata semuanya akan berubah. Selama ini aku merasakan cukup senang bila Aiman dah besar, pandai berdikari, makan pakai mandi semuanya sendiri. Selepas ini hari-hariku akan jadi lebih kalut. Namun ini semua tiada tolok tandingnya bila diberi peluang untuk merasai keindahan perasaan membesarkan seorang lagi zuriat.  

Semoga aku di beri kuasa hebat untuk menjadi manusia yang lebih hebat dari tahun sebelumnya. 2012 dalam kenangan, Selamat datang 2013...



20 comments:

ida =) said... Best Blogger Tips

Tersentuh baca. Mmg senangkan dgn aiman. Mesti mcm adam juga.

Mmg berubah 360darjah la bila ada baby nnti. Tapi abg aiman dh besar, bleh minta tlg sikit2

eita said... Best Blogger Tips

selamat tahun bru kak...

mesti x sabar kn nk timang baby baru..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said... Best Blogger Tips

AMIN, SEMOGA TAHUN INI AKAK SEKELUARGA LEBIH SUKSES

transformed housewife said... Best Blogger Tips

Ameen. Akk pun harap thn 2013 ni dapat menjadi org yg lebih baik.

Salmi said... Best Blogger Tips

Selamat tahun baru PK. Tentu kehidupan bakal lebih ceria dgn kehadiran ahli baru dlm keluarga. Moga segalanya dipermudahkan buat PK sekeluarga.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

in shaa ALLAH

jemput baca sini

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/perhatian-kepada-ibubapa-atau-sesiapa.html

Anonymous said... Best Blogger Tips

selamat tahun baru puan kutu.. semoga tahun ini menjadi lebih baik drpd tahun2 sebelumnya..

amin~~

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

InsyaAllah...semoga segalanya di permudahkn....amin..

Tahniah...-_*

suri solehah said... Best Blogger Tips

baru dpt baby jugak ye,,,tahniah...dan selamat tahun baru....

NzA said... Best Blogger Tips

Selamat thn baru PK..moga segalanya berjalan lancar n sntiasa dibwh lindungan kasih syg Allah...InsyaAllah.
Gud luck utk si cubby aiman..selamat kembali ke sk..belajar rajin2 ye..nnti jadi anak yg bijak......

LYAfrina said... Best Blogger Tips

selamat tahun baru...

insyallah.aiman akan baik saja bila ada baby nanti ;-)

sal ya said... Best Blogger Tips

selamat tahun baru jugak ye.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Selamat tahun baru dear.....

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

slmt tahun baru kak murni...smoga abg aiman bleh tlg ibu jaga adik nnti ye.. :)

Unknown said... Best Blogger Tips

tak sabar tgg org baru yer..mg semuanya ok saja

Masya said... Best Blogger Tips

insyaallah moga dipermudahkan....
seronoknya tgk kawan² nak dapat baby baru ...

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

slmt tahun baru, kutu... lebih ceria dgn kehadiran bby baru...

mmg pd mulanya agak kalut, hanie dah merasa berkali-kali... apa pun, tenangkan diri, fikir positif ;) kalut itu adaklanya indah... haha

aiman pun dah masuk tadika 6 thn kan.. sama dgn Onie ;)

fieda said... Best Blogger Tips

selamat tahun baru..bestnyer nanti dapat org baru..in shaa Allah..moga semuanya selamat..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

saya alhamdulillah sejak dari alisha, mmg tidur mlm xda gangguan.. alhamdulillah, dapat tidur dgn lena.. hihii.. senang jaga dorg walaupun dlm pantang

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

abg aiman dah besar n nak dpt adik tak lama lagi. moga semuanya akan dipermudahkan utk muni n family ye.