Pixajoy

Sunday, February 05, 2012

Home » Mihun Goreng Sotong

Mihun Goreng Sotong



Aku nak tempek resepi mihun kat sini, mana tahu berguna untuk anak dara yang baru nak belajar pegang sudip selepas pakwe beliau yang sangat suka makan mihun goreng inginkan seorang isteri solehah yang pandai masak mi setanding doktor gigi Masterchef Malaysia. Sumpah aku melalut, aku buat mihun yang tak semegah pun nak masuk blog. Ini namanya entri ketandusan idea dek kebosanan.haha..

Oh ya bakal isteri-isteri solehah yang baru nak belajar pegang sudip sekelian, bahan paling utama adalah mihun yang direndam semalaman kemudian ditoskan. Nak rendam sekejap pun ikut sukalah tapi pastikan semasa menggoreng mihun, sila masukkan air panas supaya mihun tidak keras seperti rambut Kak Limah Balik Rumah yang sudah seminggu tidak dishampoo. Kalau rasa malas tapi nak maintain solehah, sebelum goreng boleh je siram mihun dengan air panas. 

Selepas itu kita perlukan bawang putih, bawang merah, halia dan lada kering yang di kisar. Bahan perasa seperti gula, garam, serbuk pati ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap di lupa jangan. Sediakan sotong yang telah dipotong kecil dan juga sayuran ikut kesukaan seperti lobak merah dan taugeh

Bila semua bahan telah tersedia, panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnyaMasukkan bahan kisar tadi dan masak hingga naik bau. Kemudian masukkan pula semua bahan perasa, sotong dan lobak merah. Masukkan mihun dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan taugeh. Kacau sebentar kemudian tutup apinya. Siap sudah mihun goreng sotong!

Hidangkan dengan telur atau sosej goreng. Kalau tak ada lauk Aiman memang tak hadap nak makan tahu.hehe..


* Nak p balut buku sekolah Aiman, esok dah nak sekolah baru terhegeh-hegeh..:)






17 comments:

hyz said... Best Blogger Tips

siang tadi sy wat nasi goreng sotong. hehe

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

mama... doakan saya dapat calon isteri yang pandai masak sedap2.. ekekeke... (",)

azura said... Best Blogger Tips

saya memang calon isteri solehah tapi sangat berharap calon suami suka membantu di dapur kalau tak tak rajin pun...

a kl citizen said... Best Blogger Tips

sambil goreng2 kena banyak berselawat, insyaAllah kesedapan hingga menjilat pinggan :)

Norsalmi said... Best Blogger Tips

Mesti Aiman makan bertambah2 kan...

fieda said... Best Blogger Tips

sedap tu..

Rapunzel Cikilolo said... Best Blogger Tips

tengok sotong. rase nak makan masak kicap sotong la esok :)

NzA said... Best Blogger Tips

yg tak tahan tang sotong tu..hr tu tgk sotong bakar, hr ni tgk meehoon sotong...hu.hu.hu....

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Kalo dh namanya air tangan isteri / mama, mesti sedap. Simple pun sedap punyalah!

Tetiba nk nyampuk, @azura : betul tu. carik yg ringan tulang

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

tengok mihun grg sotong ni...perut terus lapar minta diisi...

Reena said... Best Blogger Tips

Woww... sotong... feberet kita tu... jadi isteri-isteri yang memasak ni seronoknya part dorang berebut habiskan makanan yang dimasak. Ikutkan biasa-biasa je masakan tu. Hehehe

apaajanews said... Best Blogger Tips

disebabkan bf suka makan meehoon...maka secara ak langsung sigadispun rajin belajo memasak...he he

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

hee..sotong!sedapppppnyaa..:)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

bihun goreng... tu la resepi yg sy kne msk jika khabisan nasi utk mkn mlm..hihii

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

sgt sedappp ... sukeee sgt bihun...tmbh2 ado sotong .. ohh~

chii said... Best Blogger Tips

kalo chii x buh sotong..tp ayam..ehehe..

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

eee..feveret sotong apolo ni. terliur aku. ssrrrpppp...