Pixajoy

Sunday, February 05, 2012

Home » Didik Anak Tentang Kebersihan

Didik Anak Tentang Kebersihan


Salam Maulidur Rasul, 


Rasulullah pernah bersabda bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman. Aku cuma nak ekspresikan betapa sedihnya aku melihat persekitaran taman permainan dekat kawasan rumah aku. Macam mana aku tak sakit mata kalau kawasan taman yang menjadi tempat anak aku bermain hampir setiap petang sentiasa macam ni?


Sila fokus pada bekas polisterin

Selipar pun buang kat sini?

Sampah sarap penuh satu taman!


Didiklah anak kita sejak dari kecil tentang kebersihan. Paling utama ibu bapa itu sendiri kena menunjukkan contoh yang baik. Anak akan lebih terkesan kalau ibu bapanya pembersih. Rumah perlu sentiasa bersih, kemas dan sedap mata memandang. Kalau kebersihan sudah dimulakan dari rumah, anak mesti akan menjaga kebersihan diluar rumah juga.


Ibu bapa perlu sentiasa menegur anak. Sentiasalah menasihati anak yang supaya membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Selain itu, waktu kita dalam perjalanan di dalam kereta, ajar anak supaya menyimpan sampah yang digunakan disuatu tempat, kemudian apabila tiba ke destinasi barulah dibuang sampah kedalam tong sampah. Perkara kecil seperti ini sebenarnya penting untuk mendidik anak betapa pentingnya kebersihan.


Contohi akhlak Rasulullah yang sentiasa bersih dari atas ke bawah. Didik dan beritahu pada anak Allah itu indah dan suka pada keindahan. Allah Maha Melihat dan dapat melihat apa sahaja kita buat. Jika kita buang sampah, malaikat akan mencatat perbuatan buruk kita. Apabila kita menjaga kebersihan, Allah akan janjikan pahala. 


* Walaupun taman permainan rumah aku tu dah macam tong sampah, aku tetap suruh Aiman simpan sampah walau sebesar plastik gula-gula, bila sampai rumah baru buang dalam tong sampah sebab kat sana memang tak ada disediakan tong sampah. Sedihkan?















18 comments:

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

betul tu kak.. kebersihan melambangkan muslim yang sejati. Rasulullah saw suka dengan kebersihan.. semoga tabiat dan perlakuan yang baik2 dapat kita serapkan kepada anak2 kita di rumah..

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Salam maulidurrasul PK.. samalah dgn taman kat belakang rumah kami, bukan setakat sampah tp vendalisme juga.. huhu..

NzA said... Best Blogger Tips

sedih tgk sikap org kita PK...begitu juga kalau akak dlm prjlnan jauh...sedih melihat tandas masjid pn dibiarkan kotor trutama pampers anak2 dibuat begitu saja......

ROJAK said... Best Blogger Tips

ya kebersihan itu sangat penting. Rojak perhatikan budak2 kecik skrg ni mulut dorang pun perlu dibersihkan sebab kalau dorang bercakap dgn kwn2 dorang siap ada maki hamun mencarut macam orang dewasa takde akhlak.

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

larhh..xdak tong smpah upanyaa..ptotlar jd camtuu..
nie kes selfish lar nie..huhu..

hyz said... Best Blogger Tips

aiman gak kena jadi model! heheh

Ym.Bundle [Blog.Sampah] said... Best Blogger Tips

betul3x..gua benci orang pengotor...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

a'aa betoi tu.. hubby saya mmg bising kalu buang sampah merata2.. dia sanggup simpan sampah semata2 nk cr tong sampah..

Reena said... Best Blogger Tips

A'ah betul tu, kadang-kadang peliknya, dekat rumah dorang, dorang buat tak perangai camgini?

fieda said... Best Blogger Tips

btul tu muni..kak fieda pun selalu marah budak2 ni kalau buang sampah merata rata..kalau duk kt luar simpan dulu sampah tu dlm poket ker..dh balik umah baru buang dlm tong sampah..mmg sedih tgk org2 dewasa yg suka buang sampah merata rata...patutnya dorang la yg jadi contoh..

Mohamad Ridhwan Ruslan said... Best Blogger Tips

Sebenarnya masyarakat kita belum celik lagi dengan mengganggao bahawa karja kutip sampah sarap adalah kerja majlis perbandaran.

sebab itu mereka tak kisah buang sampah sebab ada orang kutip.

Muhammad Saiazuan Norhalik said... Best Blogger Tips

dari kecil memang kena didik diorang tentang kebrsihan ni kan :D

azura said... Best Blogger Tips

saya pun malas Puan Muni tapi rajin2kan diri

Norsalmi said... Best Blogger Tips

Setuju dengan PK.. Ibu bapa mainkan peranan penting dlm mendidik anak2 soal kebersihan ni..

Kak Long Mawar Merah said... Best Blogger Tips

Bab menjaga kebersihan ini perlu kerjasama semua pihak. Didikan awal memang penting. Walaupun di sekolah memang selalu ditekankan tentang kebersihan terutama kawasan sekolah, jika tidak ibu bapa tidak membimbing untuk menitikberatkan soal kebersihan secara berterusan di mana sahaja berada, memang susah nak dikekalkan.

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

betul sgt tu kutu... sepatutnya tmn permainan kena sediakan tong sampah supaya anak2 kecil senang nak buang sampah. faham2lah kan... dorg suka makan itu ini sambil bermain.

izan pun paling pantang kalau anak2 sepah2 sampah dlm rumah. sbb tong sampah kat umah ni berderet2... dari luar, ruang tamu... dapur.. bilik... semua ada.

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

taman kat umah kami pun sama lah kutu .. tu yg malas nk bwk depa main situ ...

bagus didikan kutu tu ... cayalah ;)

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

betul la tu.didikan asas dari rumah penting. dan contoh terdekat ibu bapa sendiri.

mmg sedih betul pihak berwajib tak bertanggungjwab menyediakn tong sampah, apa lagi membersihkan sampah tu.