Pixajoy

Saturday, May 28, 2016

Home » Resepi Koktail Buah Aiskrim Vanila

Resepi Koktail Buah Aiskrim Vanila



Pagi dikampung. Burung-burung tengah berkicau. Tetiba je kan rajin nak update.hihi

Resepi koktail ni kira dessert paling senang kot. Bukak tin campak-campak je semua dah boleh makan resepi sedap lemak berkrim. Bulan puasa pun dah dekat. Bulan puasa ni la air paling mudah dan sedap nak buat. Hangpa buat la..aku dah tak dapat nak berkoktail bulan puasa kan. Tapi aku ok je dah puas pun makan.hehe

Kali ni aku buat kelaianan sikit tambah aiskrim. Aiskrim vanila lupa pulak nak snap. Aku pakai aiskrim tupperware kaler biru yang nestle tu. Cari longan tak jumpa so aku guna laici. Untuk farewell haritu aku tambah potongan buah epal. Pendek kata nak tambah buah apa pun ikut suka la. Sukatan pun macam biasa sesedap rasa la adjust ikut tekak.

Bahan-bahan : Cocktail buah dalam tin + susu sejat + aiskrim vanila + susu pekat + nata de coco (aku pakai strawberi dan mangga) + laici or longan dalam tin.

Cara-cara : Masukkan susu sejat dalam bekas. Cedok aiskrim vanila dan larutkan dalam susu. Masukkan sedikit susu pekat manis kalau suka. Kemudian boleh masukkan cocktail sekali dengan air + laici sekali dengan air. Nata de coco aku buang airnya pastu baru campak masuk sekali. Kalau agak-agak tak cukup manis tu adjust masuk susu pekat lagi. Last sekali masukkan ais kiub. Siap!

Pertama kali buat aku dengan Aiman Afia bedal 3 beranak clear..pastu baru buat setin lagi susu untuk en suami. Kalau buat makan sendiri memang aku buat pekat lemak berkrim sekali kena dah kenyang. Untuk farewell tu agak cair sikitlah.

Ni untuk makan sendri

Untuk farewell opis




6 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah sedap ni PK. Masa potluck bila ada macam macam jenis makanan.. saya suka ambil benda macam ni je.. yg lain nampak sedap tapi akhirnya ambil sesuatu yang rasa mudah makan dan menyejukkan di musim panas ni. Maklumla nk makan banyak jenis. Kalau ambil berat nanti cepat kenyang

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

memang sedap pon. sejuk je tekak, kan..
lama x buat ni...

jida said... Best Blogger Tips

walaupun just tgk gambar, dah rasa sedap sgt. Resepi pun simple. Nanti boleh buat sendiri..thanks for sharing

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tiba-tiba terasa nak buat pulak. Selalunya buat pudding cocktail aje. Favorite juga tu. Kali ni kalau boleh hari-hari kita bantai buat cocktail ni masa bulan puasa ~_^ Kurang sikit makan masa berbuka nanti!

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Pergh....mmg confirm menjejes air liur ni. Patutlah dibantainya cukup cukup sebelum pantang haha...
Ok mak paham ....

babYpose said... Best Blogger Tips

Mudahnya tengah duk masuk pun nampak sedap, segar ja tengok..makan puas puas mom to be again :)