Pixajoy

Monday, May 16, 2016

Home » Civil War Captain America

Civil War Captain America



Planning nak tengok movie lepas solat Jumaat tapi memasing terbungkang tidur kepenatan. At last kami tengok tayangan pukul 9 malam. Dah malam kan dah tak kuasa ibu nak snap gambar banyak-banyak. 

Lepas Maghrib terus bertolak dan beli tiket on the spot. Happy kemain la anaknda berdua. Lebih-lebih lagi si chubby ni. Boy minat la kan cerita camni. Yang Afia asyik dok ajak tengok Munafik. Cerita berkurun lama dah tu nak oii..mana ada kat wayang. Minat betul la anak dara tu cerita hantu, asyik dok minta ulang tengok Munafik online. 

Sebelum masuk panggung haruslah paksa model bergambar sekeping. Afia dah tak layan nak posing..dia sibuk tengok poster cerita hantu.

Masuk awal juga kali ni lambat pulak movie start. Pukul 9 dah pun belum mula iklan. Snap sekeping gambar Afia dengan gaya yang entah apa-apa ni.

Ni kira pertama kali ambil seat untuk Afia. Kerusi yang belakang tengah kebanyakan dah penuh. Kami pilih seat yang hujung tepi dua chair. Rasanya kalau tak ambil seat untuk Afia pun memang sebelah aku tu kosong. Dia bukan duduk seat sangat pun. Seat camni lagi senang la dia nak ulang alik kebelakang Abang Aiman dan abah pastu keluar lepak kat tangga. Janji tak buat bising sudah Kak Pia oi.

Makan popcorn dah camna terlekat muntah. Nasib baik sempat tadah dengan bekas popcorn tu. Adoi Afia ni dah dua kali tau buat peel muntah dalam panggung. Malas punya pasal nak ke toilet, ibu salinkan baju kat situ jugak. Mujur tak banyak kena muntah kat badan dan seat. Masa muntah nak nangis, bila salin baju boleh pulak dia nyanyi pastu sambung melepak dekat tangga dengan happy.huhu..

Nak review Civil War aku pun tengok separuh jalan. Boleh tahan la cerita ni kalau dibandingkan dengan Batman Vs Superman. Ni pun part mula aku macam tak boleh hadam jugak.haha. Mai tang lawan dan aksi lawak tu best la. Depa lawan sesama depa kan..aku yang tak minat action movie ni pun layan jugak tengok.

Sebab dah malam Afia sampai tertidur dalam pelukan ibu. Ambil seat untuk apa? Tak nak dia tidur dikerusi. Lepas tu sekali dengan ibu lena. Sedar-sedar abah tepuk bahu movie pun dah habis. Kalau tengok wayang tak tidur memang tak sah.hahaha...

Anak dara dah lena camna nak supper pekena charkoteaw ke makan kat mana-mana. Dah dekat pukul 12 kot aku suggest tapau burger tempat biasa dah la. Perut memang lapaq dah dinner popcorn dengan keropok je.

Nah sengkak perut kena pataya hotdog sebijik. Beberapa kali jugak la berhenti pastu sambung makan sementara nak habiskan hotdog besaq gedabak ni.hehe






10 comments:

SalbiahM said... Best Blogger Tips

haha..ingat bolehla baca movie review, tapi takde pun..Afia minat cerita hantu ye, berani betul..tapi kesian boleh muntah pulak.tak tahan bau kasut orang kot..huhu

♥ aiNa yaZiD ♥ said... Best Blogger Tips

Hahaha.. ala piaa tertido ye. Sian =)
Cte ni awal awal slow skit kan kak. Mengantuk tunggu depa nak berlawan. Batman vs Superman aina x tgk lagi.. hihi

babYpose said... Best Blogger Tips

Afia dah pandai bawak diri ye dalam panggung tapi tula dua beranak tertido, apalagi ye sejuk sejukkan hehe Kesian pula Afia muntah, nasib ada baju persalinan.

Linda said... Best Blogger Tips

asyik bergaduh jek kejenya citer ni kann :p

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kawan saya dok gedik memujuk suruh saya tengok Captain America ni tau. Tapi saya belum juga tengok-tengok. Bila dia kata ada membership card sekarang, tetiba saya teruja nak tengok wayang. Nampak tak motifnya apa? Hahaha!

La, kalau dia tak duduk sendiri kat seat tu, membazir aje, PK. Dah terlanjur dia suka dok kat tepi tangga tu, tak payahlah membazir duit beli tiket untuk dia duduk sendiri ~_^

Apalah PK ni masuk panggung nak tumpang tidur sekejap! Padanlah takda review, penonton sedap tertidur!

Cik Pia, kita geng! Aunty pun suka cerita horror tau!

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

best kan? hi hi pada aida best la.
memang tgk sampai abis.
part dia lawan sesama dia tu terbaik.
lawak ada.
but ending nyer sedih :(

LYAfrina said... Best Blogger Tips

fasya klo tgk wyg xnak duk ats kusi sdri, x nmpk..dia duk kat bhagian tgh antara seat tu..tinggi lah jdnya..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Samalah kita PK...... kalau masuk wayang pukul 9, cite pulak kita kurang minat mmg layan tido ajelah hihi.... Mak hari tu tengok Angry Bird pun tido jugak hihi.... Manalah mak suka kartun!!

Mak mcm Afia suka tengok cite seram hihi....

husna zahidi said... Best Blogger Tips

hahahah rugi laa kak oii masuk wayang tido..:p

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

apa pon tak boleh.
ibu pi lena jugak. ekekkeke..