Pixajoy

Monday, May 30, 2016

Home » Balik Kampung Day 1

Balik Kampung Day 1



Lama jugak tak balik Nibong Tebal. Last balik masa pergi Cameron haritu, dekat 3 bulan jugak. Plan nak bertolak lepas solat Jumaat, paginya en suami pergi servis kereta. Petang tu ibu dan Afia dah siap-siap, menunggu abah dengan abang Aiman basuh kereta dan settle urusan di bank, sampai tertidur kami menunggu. At last lepas Asar baru bertolak.


Afia request tocang tiga. Muka baru bangun tidur tocang maintain lagi.hehe

Dengan baby dia, toy masak-masak dia semua nak angkut balik kampung.

Sampai kampung dah maghrib, musim cuti ni kereta banyak. Malamnya macam biasa keluar makan. Macam dah tak ada tempat lain kami ke Fruit King lagi. Deco kerusi meja Fruit King dah berubah. En suami suka sangat kesini, port peberet la bila balik kampung...makanan sedap dan paling penting support orang melayu kita kan.

Afia masa baby tak suka baby chair, dah jadi baby tua ni pantang nampak la pulak.

Air Fruit King sekarang isi dalam bekas comel ni..tema malas basuh gelas la kot.huhu..

Banana Chocholate large sebesar tuannya.haha..

Nasi goreng ayam pilihan Acu Ain, puas hati ayam banyak. Aku makan nasi goreng paprik. Paloma burger tu Aiman share dengan ibu dan abah.

Aiman makan nasi goreng kampung, Pak Wa Mee Bandung dan en suami Nasi Goreng FK Special. Menu depa dah tak kuasa nak snap memasing lapaq malam baru jumpa nasi.

Nah happynya perut dah kenyang.hihi

Sebelum balik ternampak ada orang snap jam besar Parit Buntar pastu baru perasan yang kami tak pernah pun bergambar berlatar belakang jam besar. Dalam gelap gelita aku bagi arahan jom posing jom!



Nanti sambung kisah kenduri esoknya.





8 comments:

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Terasa-rasa macam nak pergi aje Fruit King ni tapi tak tahulah nak cari apa pulak kat kampung awak ni nanti, PK! Nasib baiklah tak dekat, kalau tidak, harus dah sampai!

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Fruit King.....ayaq mcm ayaq milo jer PK? Sebenarnya kalau nak kira susah membasuh, lagi susah basuh dlm botol tu...jenuh le nak mengorek haha...

Seronok le Pak Su anak manakan dtg jengah dia noh....

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Pakai buang kot..takkan la depa nak basuh botol comel camtu kan

Puan Kutu said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Papa Aiman sama macam family kakak tak kisahlah pergi tempat yg sama janji menepati selera kami. Sebab itulah biasa pergi ke tempat yg sama

Rambut Afia tu kalau gunting nanti jadi lurus tau Murni. Dulu anak kakak yg no. 2 macam inilah sayang bila ingat. Kakak gunting masa nak mula sekolah tapi lepas tu hilang ikal dia. Jadi sekarang lurus aje dah.. Cantik kan bergulung kat bawah tu - kakak suka tengok:) - Cerita lainlah pulak kakak ni hihi...

anajingga said... Best Blogger Tips

hi puan kutu, singgah petang ke sini.

seronok balik kampung kan, kak ana pun lama dah tak balik teluk intan, dekat2 dah Ramadan, in shaa Allah balik nanti pasti jjcm juga :)

Qhaifa Nur said... Best Blogger Tips

seronoknya balik kg...
comelnya botol air fruit king tu..
ini pun plan nk sambut ramadhan kat umah mak

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

afia... blik kg erk..
kan.. tempat sama pon ape adehal janji mknnnya sedap di telan. hiks

banana chocolate tu... aauuummmmmm