Pixajoy

Wednesday, May 11, 2016

Home » Kencing Kotor Ketika Mengandung

Kencing Kotor Ketika Mengandung



Isnin lepas pergi scan uri masih dibawah. 34 minggu dah ni. Doktor pakar kali ni macam detail sikit, sekali urin test kena buat. Tak selesai lagi isu uri..aku kena kencing kotor la pulak. Mari kita siasat apa punca kencing kotor pada orang mengandung.huhu..

Kencing kotor atau jangkitan kuman ni katanya mudah menjangkiti perempuan kerana urethra (saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar) wanita lebih pendek dari lelaki. Bagi orang mengandung pulak, selain disebabkan urethra yang pendek, jangkitan kuman dikatakan berpunca daripada perubahan hormon.

Tahap kandungan hormon yang tinggi pada wanita mengandung menyebabkan kekuatan otot salur kencing uterer dan pundi kencing lemah, merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing. Rahim yang membesar pula menekan salur kencing uterer dari luar, so pergerakan air kencing menjadi bertambah tersekat. 

Bila otot pada pundi kencing lemah, tak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpan, ini yang memudahkan kuman membiak. Akibat perubahan hormon juga, air kencing orang mengandung dikatakan lebih mengandungi gula dan berasid, ni pun salah satu punca bakteria mudah membiak. 

Pendek kata orang mengandung memang mudah sangat la kena kencing kotor. Kawan aku lagi sadis, dari mula buat kad sampai sekarang kandungan dah 8 bulan masih kencing kotor. Macam-macam cara dah buat tetap macam tu juga. Ujian orang mengandung ni macam-macam sebab tu la pahala besaq.huhu..

Orang kata air barli dan air kelapa bagus untuk kencing kotor. Air kelapa kat tempat aku selalu beli ni dah berapa lama tak buka, nanti balik la pi cari barli. Ikhtiar je kan..

Selain tu antara langkah yang perlu untuk mencegah kencing kotor ialah
  • Minum air dengan banyak
  • Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar
  • Terus buang air kecil, jangan tangguh, jaga kebersihan miss V
  • Tukar pety liner dan seluar dalam dengan kerap
  • Kurangkan makanan manis, terutama minuman berkafein.


Doktor bekalkan antibiotik kena habiskan selama seminggu. Yang satu  jenis kapsul kena telan 2 biji dua kali sehari pastu yang dalam kotak ni jenis serbuk kena bancuh dalam air 1 peket sekali minum 3 hari sekali. So bertabahlah untuk telan ni semua.haha..






13 comments:

♥ aiNa yaZiD ♥ said... Best Blogger Tips

Baru tahu sebab kencing kotor masa preggy.. Semoga urusan kak di permudahkan... Amin amin.

Myra Jay said... Best Blogger Tips

Fuhh!! Myra penah kena 2x kencing kotor, sakitnya Ya Allah memang tak leh tahan..
Tapi kena bukan sebab pregnant pun..
Maybe air kurang minum sama kot.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Best Blogger Tips

get well soon sis, banyakkan minum air putih.....hope everything will be okay

Qhaifa Nur said... Best Blogger Tips

Itulah dugaan buat kita yg pregnant...takut juga dijangkiti..moga dipermudahkn aminn

Dewi Aja said... Best Blogger Tips

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Yelah ikhtiar jer le kan PK.... org ckp air barli tu mmg bagus utk cuci buah pinggang... manalah tau berkesankan.Tp mmg pun mak kalau rasa perit perit je bawah tu dengan terasa kencing tak berapa nak lawas mmg cari air barli pun dgn minum air banyak.

Ohh tak naik lagi ke uri tu PK. Emmm...tunggu dah lihat ajelah kan. Kalau okje tak beranilah nak urut urut ni

Ahmad Hasif said... Best Blogger Tips

ooo, terima kasih share info ini ya.. Semoga diberi kesejahteraan yang bagus ye. :)

umi alya said... Best Blogger Tips

Lgpn skrg ni cuaca panas sgt, itu le sbbnya kita kekurangan air dlm badan.

Kena usaha minum air kosong sebanyak mgkn tp...yg x tahannya, kena ulang alik k toilet, sabo ya...

husna zahidi said... Best Blogger Tips

bukan ke org mengandung nih kerap ke toilet ke?? so igtkan dgn cara tu, kencing tak kan di tahan then xde laa pembiakan bakteria bila dah cuci bebetul semua..

Acik Erna said... Best Blogger Tips

boleh cari air kelapa lagi tu pk kot ada jual ditempat lain yang berhampiran

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Alamak! Kena kencing kotor pulak! Banyak betul dugaannya kali. Tapi takpalah, PK. Hang bertabah ajelah. Nanti baby keluar, hilang semua rasa tinggal rasa gembira aje ^_^

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

in shaa Allah pk. baby akan berusaha tlg ibu.. ibu kene yakin. teruskan doa dan usaha k

alahai kencing kotor pulak ye, mmg kene bertabah lah pk.. sikit je lagi..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

perkongsian y bagus ni PK