Pixajoy

Thursday, May 26, 2016

Home » Farewell

Farewell



Bertemu berpisah adat manusia biasa. Memang dah agak lama opis aku ni tak adakan jamuan makan-makan. Kali ni meraikan Nalini dan Abang Rizal, pemergian dua rakan sepejabat yang akan berpindah unit. Kami juga menerima dua orang ahli keluarga baru, menggantikan yang bakal berjuang ditempat baru.

Disebabkan aku kerja petang, aku orang terakhir sampai opis. Katanya majlis mula pukul 11..tapi janji melayu around 1130 aku baru sampai. Biasalah kan..kalau tak lambat bukan PK namanya.haha..

Makanan tak la variety sangat, tapi ni pun memang berlambak tak larat makan. Main dish order..pastu yang lain ikut memasing la nak bawa apa..tiada unsur paksaan. Untuk main dish dan hadiah memang kita dah buat collection.

Main dish Nasi Hujan Panas order dari kantin. KFC Lini sponser. Tembikai dari Kak Wan..Kek Sponge Pandan dari Kak Aifah dan Kuih Samperit dari Abang Man.

Puding sumi dari Kak Imah. Cantik!

Kek sedap ni disponser oleh Nida dan Jas.

Koktail Buah Aiskrim Vanila ni aku buat. Jadi la kan makyong tak kuasa dah nak masak..main campak -campak buleh lagi.hehe.. 

Disebabkan sampai lewat, dia la kan yang last kena tulis pada kad ucapan perpisahan.hihi

Ucapan dari yang diraikan. Sebak jugak rasanya tapi ku tahan.huhu

Hadiah buat Abang Rizal yang bakal bertukar ke Kem Bukit Ibam, Pahang.

Lini tukar kementerian ke Ipoh, dekat dengan suami. Rezeki dia la freshie belum sah jawatan dapat transfer.

Sesi potong kek

Jas dan Nida ahli keluarga baru menggantikan Abang Rizal dan Lini. 5 tahun dulu boleh la perasan paling muda. La ni pangkat kak senior dah la aku.hahaha..

Kenangan terakhir. Memang sangat nampak la penambahan badan 20kg walaupun dah dicrop.kiki







8 comments:

eima said... Best Blogger Tips

MESTI BABY HAPPY ..SBB IBU DIA MKN MACAM2

CikSiti said... Best Blogger Tips

hai cik puan kutu lama tak singgah sini

Norhayati Mohd Isa said... Best Blogger Tips

Cantik puding sumi tu PK..
elok jer tersusun suminya tu..
Bertemu dan berpisah..
teringat lagu tu..
Nyanyi masa berpisahan kan :)

babYpose said... Best Blogger Tips

Mewah makanannya PK, meriah sepakat untuk hadiah.. kira PK dah lama bekerja di sini. Moga masih berhubung kan

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

cntiknya puding sumi tu
amboi pk, menyorok tepi nampak. hiks..
selamat bertugas di tempat baru mereka yg terlibat.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Cantiknya puding tu. Warna-warni menambat hati. Rasa nak rembat makan itu aje dulu.

Dah crop pun tetap nampak ke penambahan 20kg? Kita tak nampak pun mana penambahannya sebab pandai betul dia berdiri belakang kerusi ^_^

LadyBird said... Best Blogger Tips

Salam akak kutu.. Dah lama xsinggah di sini.. Teratak yg lady akn singgah bile masuk blog.. Hihi..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Rajinlah jugak tu buat koktail walau pun mak Yung katanya hihi...

Teringat masa kerja dulu, time makan makan gini mmg le seronok, tp time nak mengemas tu malas betul....dasar sangatkan haha....