Pixajoy

Friday, May 13, 2016

Home » Aiman & Trip ke Kidland

Aiman & Trip ke Kidland



Rabu, 11.05.2016 Aiman ikut trip sekolah ke Kidland Penang. Ni kira pertama kali Aiman pergi rombongan sejak sekolah rendah. Kata Aiman dia tak pernah pun pi rombongan, masa tadika dulu tu je. Dok buat ayat sedih la pulak, siap promise nak bayar duit trip guna duit tabung dia. Sadis la sangat.hehe

Dulu trip ke Taiping tu kan ke abah turut serta, kali ni memang tak ada la gambar kenangannya. Cikgu yang manage trip ni pun tak tahu siapa.


Ibu gigih search kat facebook kot ada cikgu upload gambar trip, tapi cuma jumpa yang kidland punya fanpage. Malangnya  dalam 20 gambar tu..1 pun takda nampak bayang Aiman.huhu


Malam sebelum trip, Aiman balik mengaji terus singgah kedai belikan bekalan, konon untuk Aiman dan kawan makan dalam bas. Nak bagi dia seronok je kata abah. Padahal SP ke Penang tu berapa minit je kan. Aiman demand roti sampai 3..nah satu pun tak makan, bawak balik semula. Popcorn dan corntoz tu je makan sikit.


Keychain ni je la kenangannya. Cikgu bagi kata Aiman. Sampai rumah dah petang dalam pukul 6 lebih sempat sembang kejap pastu tengok Aiman lepak tertidur atas sofa. Nampak penat sangat anak bujang beraktiviti di kidland tu. Tidur dari petang sampai pagi esoknya nak sekolah baru kejut. Mandi apa pun tak.hehe





9 comments:

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Puas dan letih sangatlah tu sampai santak tidur sampai pagi
Kesian... tapi bagus utk budak seusia Aiman pergi dgn kawan/cikgu macam tu.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Penat sakan tu nampaknya, Aiman. Tertidur sampai ke esok paginya. Maklumlah teruja sangat dapat pergi rombongan. Kalau anak bujang saya ni rasanya tak lepas ler... Hahaha!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

ala, tak kan cikgu langsung tak snap pic dorang pk ? sayangnya lahai kan..
next trip pergi lain la. bawa adik baby dgn afia plak.. mesti best kan !!

Afif Rayyan said... Best Blogger Tips

Patutnye suh cikgu tu snap gambar byk2.. haisshhhh

babYpose said... Best Blogger Tips

Ada kidland di penang ye, kidzania aunty baru duk dengar tak pernah sampai pun, kidland pun educatif bagus tu. Happy Aiman dapat pegi sampai letih ye.

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

kidland penang?
1st time aida dgr ni PK :)
tq for sharing...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

ada tmpat menarik kt utk budak2 kat Penang rupanya..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Tapi kita pun PK kalau nak gi lawatan mmg seronok apa hihi.... lagi lagi pergi dengan kawan naik bas..... Mmg syok habislah..
Letih sangat tu sampai ke esok pagi baru bangun hihi

husna zahidi said... Best Blogger Tips

ya allah serius husna dapat rasa ke-excited-an aiman tuh.. even dah besar gajah sekarang pon kalau nak jalan jauh dgn kengkawan reramai naik bas, mesti akan sediakan bekal sepanjang perjalanan.. goreng nugget, kentang, sosej pastu buat lah sandwich ke.. seronok! pass sampai ke belakang..hahahaa..