Pixajoy

Wednesday, May 25, 2016

Home » Kronologi Plasenta Previa Type 1

Kronologi Plasenta Previa Type 1



Dasyat dak guna tajuk kronologi.hehe..Cuma untuk catatan kenangan. Dah tak ada modal nak update ni macam-macam la akai dia.hahaha...

05.04.2016 ( 28 week )

Pertama kali refer pakar O&G Hospital Sultan Abdul Halim. Mula-mula refer pakar pasal GDM on diet control pastu doktor detect aku ada PP type 1. Memang dari mula buat scan 4D haritu doktor kata low lying plasenta. Tapi masa tu 24 week baru lagi kan..uri memang akan naik tak payah risau kata doktor. Scan doktor RSAT sebelum pergi pakar tak detect apa pun. Doktor tu pun macam baru tak pandai sangat.

Sepatutnya kalau takda masalah apa sekali tu je la jumpa pakar, tapi dah detect PP kena repeat scan lagi 2 minggu untuk tengok kedudukan uri. Hari tersebut kena dengan doktor muda perempuan melayu lemah lembut orangnya. Kedudukan baby dan yang lain semua ok. Doktor pun konfiden kata uri boleh naik, so aku pun buat relex buat peace je la.hehe..

19.04.2016 (31 week)

Kali ni kena dengan doktor India perempuan. Nampak kelam kabut sikit doktor ni nak cepat pergi lunch agaknya. Kebetulan en suami keluar kejap masa tu nombor aku dah naik terpaksa la angkut Afia sekali masuk bilik doktor. Tak larat doktor nak layan dan gelakkan Afia. Dia punya mulut becok tu tak berhenti cakap, doktor pun rajin layan.

Doktor tanya dah tau gender baby ke. Of course dah tau. Doktor pun tunjuk lagi sekali. Siap tanya dah beri nama ke pada baby.Owhh sporting juga doktor pun. Malangnya uri masih tak naik, 3cm dari serviks. Berat baby masa 31 week ni dah 1.7kg. Doktor bagi tarikh repeat scan. Selagi uri tak naik, setiap 2 week ulang alik hospital la jawabnya. Bertabah ajelah aku. Dah mula risau kenapa la uri tak naik. Mula google cari info dengan banyaknya.huhu

09.05.2016 (34 week )

Kali ni en suami request nak masuk sekali bilik doktor. Kebetulan kena dengan doktor lelaki cina, kira ada hikmah en suami masuk sekali. Doktor ni personaliti macam kalut tapi dia buat kerja very detail. Katanya kalau nak scan uri kena tahan kencing baru nampak. Aku mana la nak tau..doktor dua orang sebelum ni tak pernah cakap apa pun. Depa scan tengok uri aku ok je. Mulanya doktor cuba tolak perut, senak dibuatnya..pastu dia kata tak nampak uri jugak. Ohh stress!

Dah la tunggu kat luar punya lama nak dapat jumpa doktor pun, sekali doktor suruh pi minum dulu dalam setengah jam baru datang semula. Lepas dah minum penuh pundi kencing tak sampai setengah jam aku cepat-cepat masuk bilik doktor. Boleh doktor dok buat blur tak kenai aku. Kalau lebih setengah jam mau dia tanya aku ni sapa.haha..

Tengok pada print result uri masih dibawah 3.46 cm dari serviks. Air ketuban semua ok kata doktor. Berat baby anggaran 2.4 - 2.6 kg. Lepas scan doktor suruh test urine, ada kencing kotor sikit, doktor bagi antibiotik pastu menunggu la pulak dekat farmasi nak ambil ubat. Kali ni paling lama urusan nak selesai. Kesian Aiman tunggu lama kat sekolah.

23.05.2016 ( 36 week)

Pendaftaran je dah ramai gila manusia. Selesai check bp dan timbang kami siap pergi cafe makan minum masuk balik sampai terlena en suami kat kerusi pun belum sampai turn. Kali ni kena dengan doktor perempuan melayu bertudung labuh. Aku tahan kencing dari mula, seksa jugak la nak dapat jumpa doktor pun.

Nombor naik masuk bilik doktor sekali en suami dan Afia. Rupanya kat dalam tu kena menunggu lagi doktor tengah ada patient. Bilik pun sempit dua doktor sekali bagi servis. En suami kata macam tak sesuai tunggu, nak bawa la Afia tunggu kat luar. 

Si mulut becok tu pi sound doktor "isk..lambat betui la doktor ni.." Apalagi bergema la ketawa doktor. Doktor kata mai nak tengok siapa nak berkenalan. Afia salam doktor sebelum keluar pastu doktor kata "nanti jadi doktor tau.." pandai pulak tu dia pi jawab "boleh..."hehe..

Sementara menunggu kat dalam, doktor dan nurse tak habis sembang pasal Afia. Kata doktor selalu suami je komplen..kali ni anak pulak komplen.hehe..


Nah belek galeri jumpa pic dia siap selfie kat hospital

Alhamdulillah scan kali ni uri dah naik. Baby duduk tak diam mengangkang je tunjuk gender.hehe. Bila dengar uri naik aku terus Alhamdulillah. Doktor tanya kali ni rasa baby berat ke macam biasa. Aku jawab macam biasa je. Doktor tanya lagi berat newborn anak yang sebelum ni.

Kata doktor yang ni semangat sikit lagi kot. Biasa deliver lagi besar dari scan kan. Scan baby dah 3.4kg. Terkejut aku dalam 2 minggu kot baby naik berat dekat sekilo padahal kali ni berat aku naik paling sikit tak macam sebelumnya. Kus semangat ada sebulan lagi sebelum due. Risau pulak aku baby besar. Selagi tak bersalin macam-macam yang dirisaukan.huhu..

Alhamdulillah berakhir la appoiment doktor pakar. Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah henti akhirnya uri dah naik. Lepas ni sambung checkup RSAT je. Dah masuk 36 week, checkup pun dah kena seminggu sekali. Moga cepat la aku bersalin sebelum due. 

Buat yang diberi ujian Plasenta Previa, jangan berhenti doa, sebenarnya 80-90% uri bawah akan kembali normal mengikut pembesaran rahim.  Walau macam mana pun kita kena hadap jugak..tapi membayangkan ada baby gebu kat sebelah pasti hilang segala kerisauan itu.hehehe








8 comments:

Raihanah Ahmad said... Best Blogger Tips

semoga dipermudahkan kak. 3.4kg tu dan ada sebulan lagi. take care ya

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Wow! Dah 3.4 kg, PK? Ada lagi sebulan lagi ya! Takpalah ibunya bertahan ajelah segala dugaan. Nanti keluar-keluar comel aje anak, terus hilang segala siksaankan.

Apa jantinanya?

Biarlah rahsia ke? Kena tunggu sampai selamat bersalinlah ni ya baru boleh tahu!

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kakak mengalami apa yg Murni alami ini masa anak sulung. Tapi kakak rasa sebelum masuk wk35 gitulah (tak ingat sangat) semua ok.

Cuma betullah doa-doa-doa kena ada dlm apa yg kita harapkan.

ps: Afia banyak cakap nanti adik laaagilah sebab ada kakak becok:)

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah PK..masa acik dulu tahun 1987 anak sulung..tak naik2 jugak urinya sampai saat bersalin.kena ceaser jugak sudahnya..

nasa mulia said... Best Blogger Tips

semoga dipermudahkan semuanya nanti....kawan saya hari tu sebb uri x naik2 kena masuk spital sebulan sebelum bersalin, naik jemuih katanya.

Qhaifa Nur said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah..berkat doa yg x putus2 semuanya kembali normal...
amboi becok gak budak comel ni...
moga dipermudahkn segalanya buat PK...

eima said... Best Blogger Tips

alhamdulillah ... berdebar juga kan baca tadi

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Alhamduliliah tak yah risau kena operate noh....mak ni tak plesenta Previa pun kena operate jugak....
Tp betullah hang ckp tu...Selagi belum beranak doalah banyak banyak...tu kira salah satu usaha kita tu