Pixajoy

Thursday, March 31, 2016

Home » VCO dan Urutan Perineum

VCO dan Urutan Perineum



Semalam checkup 28 week, siap scan doktor RSAT dan harini dah start kira carta pergerakan baby. Dah masuk 7 bulan bermula la checkup dua minggu sekali. Serius memang tak larat bawa badan dah. Setiap bulan mesti naik 2kg plus. Bulan lepas paling banyak naik sampai 3.5 kg. Aku ni asal pregnant mesti memberat bagaikan gajah. Tak tahulah sebab apa. Nak kata makan banyak sangat tu..kadang makan biasa pun badan dok naik. Baby tak besaq tapi ibu yang mengajah bagaikan juara.huhu..

Ok nak story sikit pasal Minyak Kelapa Dara atau nama glamernya VCO. Sebelum ni memang tak pernah consume pun menatang ni..dah orang dok heboh sana sini kata benda ni baguih, aku pun terpaksa masukkan VCO sebagai benda penting untuk dibeli. Boleh camtu guna word terpaksa?haha..

Ada orang dah guna VCO sejak mula pregnant lagi kan untuk kurangkan simpton mabuk, elakkan keletihan, tingkatkan hb pastu cantikkan bacaan gula dalam darah dan banyak lagi khasiatnya. Aku yang selalu berjimat cermat penuh berhemat ambil keputusan nak mula guna bila dah 7 bulan. 

Berlambak VCO kat pasaran pilihlah mana yang berkenan dihati. Antara yang paling popular tentulah D' Aura, setiap hari kot dok lalu kat wall fb aku. Setelah membuat penilaian, aku sepakat memilih Tanamera. Reasonnya ikut suka aku la duit aku.hahaha...


Aku beli sebotol dulu, budget gaji bulan ni dah habis beratus untuk barang baby. Dah habis nanti kita beli lain. Sebotol 100ml jenis liquid camni harganya RM 40.80 plus posting RM 6. 

Masa pregnant gunanya untuk sapu kat perut bagi menghilangkan scretch mark yang berleluasa due to perut yang makin membesar. Start 30 week boleh minum 1 sudu pagi sebelum makan dan bila dah 34 week boleh mula urutan perineum. Bila dah masuk 38 week dan jalan dah buka 2cm boleh amalkan minum 2 kali sehari dan sapu dikawasan perineum.

Ini lagi satu benda yang bikin seriau. Dok fikir nak buat antara tak je urutan perineum ni. Seram aku dah kena jolok jari masuk lubang plak dah.harhar..








15 comments:

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Sekarang ni macam-macam ilmu mudah diperolehi
Nak tak nak buat aje.
Masa kakak dulu tak ada ini semua tapi alhamdulillah kakak jenis mudah bersalin hatta anak sulung tak sampai 15 minit baby dah keluar..

mawar_berduri said... Best Blogger Tips

Erk? baca pun seriau ..hihi semoga semuanya dipermudahkan hendaknya ...Inshaallah..

babYpose said... Best Blogger Tips

Tu la macam cara untuk memudahkan untuk bersalin. Elok la cuba tapi tula seriau tu nak buat macammana ye, memang tak leh jadi doctor :) dah 7 bulan dah dekat tu, rindu bau baby :)

Norhayati Mohd Isa said... Best Blogger Tips

Macam teknik sekarang ye PK..
Akak pun yg tak tahan sakit bila jolok jari nak tengok bukaan tu..

Semoga dipermudahkan urusan bersalin PK nanti..

nasa mulia said... Best Blogger Tips

bos advice minum vco ini, tapi tak pernah lagi nak mencuba.

Siqah Hussin said... Best Blogger Tips

Selalu dengar pasal minyak kelapa dara. Tengok gambar pun dah seram kak. Huhu. Seriau rasa..

Semoga dipermudahkan segalanya untuk kak PK nanti :)

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Yang bunda tahu minum VCO ni ketika dah masuk 9 bulan... untuk memudahkan bersalin, kira macam selusuhlah, tapi yang urutan seperti digambar tu baru tahu...

Bagus jugakan urutan tu, sebagai pelincir untuk mudahkan baby keluar nanti...

NzA said... Best Blogger Tips

Laaaaaaa...PK preggie ke? Langsung akk xtahu. inilah gara2 lama xberblog....apapn moga dipermudahkan.

eima said... Best Blogger Tips

AKU PUN SERIAU BACA WEI ... SERAM PULAK ...
DAH LAMA TAK MENGANDUNG NI .... SEMOGA DIPERMUDAHKAN .....

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

seriau aida part yg last tu!

sya mimie said... Best Blogger Tips

Bab urutan tu x brni nk buat. Hehe

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Kena rajin. Dulu masa saya peknen anak first, husband yg tolong sapu. keke. Eh, boleh ke cite kat sini. Huhu. Now kali kedua peknen, bukan setakat nak urut lagi, minyak VCO tu pun saya tak beli. Tak tau le napa malas sgt.

Saya pulak, berat naik slow je. Tapi berat baby okay, ikut track. Semalam gi check, berat saya tak naik pun. Tapi berat baby, last check up 2.3 kg, semalam 2.5kg.

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Urutan cm gini ok lagi kot PK. Kalau meruang lagi seriau... mula2 saya seriau gak nak buat meruang... tapi lama2 buat jugak... utk pastikan tiada darah/lendir yang tinggal lama dlm miss v...

LYAfrina said... Best Blogger Tips

pnh ckp dgn kwn psl meruang..tp seriau nk buat

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Vavavava! Dok baca pun dah rasa seriau, walaupun dah arif katanya. Aduhai, kita baca sambil tutup dengan tangan aje gambar tu. Imaginasi kita kuat, nanti macam-macam pulak hal yang kita fikir, yang takda kaitan. Stress lagi kang! Hahaha!