Pixajoy

Saturday, March 19, 2016

Home » Menjaga Anak Berpantang Khatan

Menjaga Anak Berpantang Khatan



Dah lama sangat pending nak taip cerita Aiman dalam pantang sampai 3 bulan dok dalam draft.haha..Apa pun tetap nak story sikit kisahnya kat sini untuk kenangan.

Kira Aiman ni kategori senang juga nak jaga. Khatan bila dah besar atas kerelaan diri sendiri dan secara smart klamp ni kot aku rasa membantu proses pantang. Smart klamp luka tak terdedah ada corong, so proses buang air kecil tu jadi mudah dan tak menyakitkan.

Lepas luka baik baru Aiman mengaku kata hari pertama sunat tu ada juga sakit..tapi Aiman tahan je..mungkin sebab tak nak makan ubat tahan sakit. Kes tak reti telan ubat biji yang aku mention dalam entry ni la kot.


Gambar sekadar hiasan.hehe

Seminggu sunat Aiman langsung tak selera makan. Jangan kata biskut..nasi pun makan sikit je..tu pun sehari sekali. Ibu masakkan ikan singgang rebus pada mulanya pastu dah dia tak nak makan..malas nak masak menu pantang lagi, makan je la apa ada. Dia cuma demand nak makan buah. En suami belikan sunkist serius banyak Aiman makan. Bagus juga sebab hari ke 4 khatan baru dia boleh berak. Vitamin C juga bagus untuk baikkan luka kan.

Makanan Aiman dah tentu macam orang pantang bersalin, cuma bezanya orang khatan pantang tak lama. Ayam, telur, udang semua tu memang tak bagi langsung dia makan. Daging aku berani bagi juga..dah luka kering baru bagi ayam sikit-sikit. Selain tu memang ikan bilis je la makanan asasi Aiman. Balik SP dah abah tak cari ikan..ikan bilis pun sedap. Yang herannya balik SP je terus selera makan balik. Dah gitu memang tak kurus la awak anak oii.hehe..

Air memang kena catu. Sekali minum setengah cawan kecil je. Kata maktok setengah jam sekali boleh minum..tapi aku hanya bagi bila Aiman minta. Dia memang takut nak minum banyak sampai 2 minggu lebih kot punya pantang. Dah ok pun dok tanya ibu..boleh ke Aiman minum air. Takut ke mitos bengkak air ibu cerita. Nak anu lawa kena pantang betul-betul la kan.hehe

Berkenaan corong Aiman yang tak tanggal tu mulanya aku memang agak stress. Tapi dah dia tak mengadu sakit kira oklah..Makan masa seminggu juga dok bawa corong. Bermacam cara aku buat termasuk suruh basahkan setiap 2 jam, letak minyak pastu air suam setiap hari buat basuh kat situ masih juga melekat tak nak tanggal.

Lama macam tu tau..hari demi hari sikit-sikit corong tu terbuka dari kulit..sampai tercabut corong masih melekat sikit lagi pada kulit. Aku siap minta Aiman guna pisau untuk potong buang corong. Ganas kan.haha. Pastu benda yang sikit tak tercabut tu pun ambil masa dua tiga hari jugak dok macam tu. 

Benda yang sikit tu melekat dekat luka camna nak explain ye..dia macam tali ke getah...buat faham sudahlah..suruh Aiman tarik tapi penakut betul budaknya. Suatu pagi tatkala anak bujang tengah lena dibuai mimpi ibu rentap bagi keluar semua. Nak tunggu tanggal sendiri entah bila dah dua minggu masih camtu. Padahal bukan sakit sangat pun luka dah kering. At last setel masalah! 








8 comments:

nasa mulia said... Best Blogger Tips

macam sakit jer yg tinggal sikit melekat tu...ngeri pulak mikirnya.
Comel si kenit piah pakai tudung...

eita said... Best Blogger Tips

selamat berkhatan...

Siqah Hussin said... Best Blogger Tips

Hihi. Sekali seumur hidup. Rasakan.. Hihi

SalbiahM said... Best Blogger Tips

hahaha..cam nak tergelak kat part ibu cabut sendiri masa Aiman tido tu..hehe

Siti Yang Menaip said... Best Blogger Tips

ehehe ibu ibu ahaha.. cabaran gak eh jaga anak pantang khatan ngeh2..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kena ambil tau ni.
tenkiu pk berkongsi
comelnya dua beradik tu. sporting je melayan jadi model blog ibu

LYAfrina said... Best Blogger Tips

mmg kna byk sabar kak..
lg2 budak2, kt y besar klo bpntang pon dh mcm2 kerenah kan..

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

camne la nanti ijat plak berkhatan.
seriau aida mengenangkan nyer after baca citer PK ni.
especially part last last tu.