Pixajoy

Sunday, March 06, 2016

Home » Balik Kampung & Bola

Balik Kampung & Bola



Lepas solat Jumaat konon nak bertolak, sampai pukul 3 lebih baru mulakan perjalanan. Nak kalut apa SP ke AS baru sejam. Balik Alor Setar dengan misi bola plus baby kids fair.hehe..Singgah late lunch dekat kedai mamak periuk besaq bekas pemain Kedah dulu apa ke nama sory tak ingat.haha..Kami makan nasi beriani lauk ayam, itik, ayam kampung dan kari kepala ikan fresh from tanjung dawai. Sedap dan murah.

Model makan-makan ibu macam biasa sila senyum.haha


Sampai Alor Setar terus ke stadium dulu beli tiket bola. Ikutkan memang malas nak ikut nak rehat je. Dah abahnya janji nak bawak Afia tengok ball..tak bawak kang melalak pulak. Terpaksa la ibu pun kena join sekali.

Dah dapat tiket terus balik rumah mak abah. Lepas solat Maghrib baru berlolak pi stadium. Sampai lambat walaupun bawah bumbung tak dapat la nak cari port sesuai. Kira ok la dok area sini senang sikit si anak dara tu nak bebas aktif kesana sini.




Afia ok je la tapi mai masa tambahan last 30 minit tu dah mula meragam ajak balik. Tak macam kat stadium Ipoh tempohari, cuaca panas mengaruk tak selesa kot. Mula-mula suruh bukakan drypers, pastu buka baju. Belasah je la tak pakai baju kejap janji dok diam ibu nak tengok game. Nak balik pun tak boleh dah kereta kena block.


Game malam tu Kelantan main kahaq noo. Keja nak bedal kaki orang ja. Start separuh masuk kedua tu memang Qu Puteh dah tak boleh pi la..Kedah ja dok menggasak. Kedah banyak peluang tapi takdak luck bola nak masuk gol. Nasiblah penalti memihak Kedah. Ok dak penyokong tak berapa tegar ni buat ulasan pasal bola.hahaha..

Meriah tengok penyokong Kedah tegar terlompat suka termasuk en suami.hehe..Balik rumah mandi, solat boleh kita tidur dengan aman dah Kedah menang.hahaha..


Mungkin ni kali terlahir kot ibu dan Afia ikut ke stadium. Tak kuasa la nak hadap asap rokok berkepul sampai tak bernafas kot baby dalam perut. Dah la hangat. Jenuh dok hadap pencemaran sambil tutup hidung dengan tudung. Nak pi stadium pulak kita tunggu la adik baby besar sikit..tu pun kalau takda dah la next adik baby.muahahaha..









4 comments:

babYpose said... Best Blogger Tips

Comel Afia, pengalaman pertamanya, pandai suruh buka drypers sebab panas.aunty dah lama tak pi stadium.

makchaq said... Best Blogger Tips

Keluarga makchaq tak dak sapa peminat bola. Amir masa sekolah rendah jadi kapten bola sekolah.. tapi makchaq x pernah pun pi tengok dia main. Tengok medal2 yg dia bawak balik ja..
Tapi makchaq tak bagi dia main bola sebab kawan2 main bola petang2 selalu mai rumah cakap kasaq.. bo..h, ba.nga.g, macam s..l, dok sembang kat depan rumah..
Budak dahjah 4,5,6, form 1.. dok cakap macam tu...x payah la...

Maka berakhir la episod bola dlm keluarga kami..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bg y minat bola, mmg feel tgk kt stadium

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Ingat entri hari tu....ni gi stadium sekali lagi ke? Pergh....Laratlah pulak hang PK dgn perut buyung tu...