Pixajoy

Tuesday, March 08, 2016

Home » Birthday Encik Kutu

Birthday Encik Kutu



6 Mac birthday en suami. Dah wish secara live so tak kuasa nak tulis ucapan romantik kat sini ataupun dimedia sosial.haha..Hari tersebut kerja pagi pastu kebetulan malam tu tetiba kena masuk kerja semula. Kelam kabut jadinya. Last minute plan nak DIY Chocholate bouquet dan buat kek takkan nak cancel pulak. Letih sikit takpelah kan..untuk orang tersayang apa nak berkira.huhu..

Balik kerja pukul 1 lepas masak lunch tidur kejap recharge energy. Kalau tak pregnant aku tak kisah, perut boyot ni memang cepat penat..kalau tak tidur satu kerja aku tak boleh buat. Masa yang ada lebih kurang 2 jam bersilat aku siapkan benda ni dan kek birthday. Nampak simple tapi berpeluh jugak takda skill hentam sajalah labu.



Kertas warna ni je pun yang ada. Lidi takda ambik inisiatif tampal coklat pada chop stick. Apa adanya boleh la dari takda.hehe..Kek birthday dah siap kukus tapi tak sempat pulak nak deco. Esoklah sambung.hehe. 

Balance kek kukus dapat 6 biji cupcake. Yang ni aku masuk oven je tak kukus. Cream cheese frostingnya pun Aiman yang tolong putar lepas balik KAFA. Last minute juga dapat idea tulis happy birthday pada board Afia dah tak sempat nak buat kad. Nampak macam sweet jugak kan walaupun tulisan cakar ayam.hahaha..


Konon nanti en suami balik kerja suprised la tengok benda ni atas meja. Sebelum aku bertolak kerja malam en suami dah balik la pulak. Abah depa buka je pintu Aiman Afia terus nyanyi lagu happy birthday tanpa disuruh. Dekat opis rakamkan nyanyian budak berdua tu siap ucapan whatsapp pulak ke en suami. Harapnya kejutan sempoi camni jadi memori indah untuk dikenang.hehe


Ni dia red valvet kukus untuk birthday en suami. Dah jadi malas dah nak deco. Semalam punya semangat tapi tak sempat. Buat simple sangat yang penting en suami makan 3 slices sekali hadap. So dah boleh agak la kan sedap ke tak.hahaha..









15 comments:

Hazmin Hamudin said... Best Blogger Tips

Kadang2 lelaki ni tak kisah sangat pun. Asal ingat n ada kejutan sikit2 tu pun mesti dah berbunga dah tu hati. kihkih

makchaq said... Best Blogger Tips

Rajinnya buat kek..mesti seronok tengok birthday boy makan 3 slices.
Pakchaq tak makan kek.. rasa pun kadang-kadang tak mau..

Tengok hadiah coklat tu ada harapan naik sekilo berat... he he

♥ aiNa yaZiD ♥ said... Best Blogger Tips

Hihi... Sweet tau! kek red velvet tu mesti sedap sebb tu sampai 3 slices sekali ngap. aina yg tengok ni rasa nak jilat screen pc je kak. Hahaha

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Apa yg kakak lihat indahnya ada di situ
Sedap/cantik semua perkara ke dua tapi saling menhargai itu yg jelas
Isteri memboyot membaking/menghias bagai. Suami makan sampai 3 slice sebab tahu itu air tangan isteri. Sweet kan..kan..:)

Happy belated birthday buat abah Aiman/Afia..

Daddy Ziyyad said... Best Blogger Tips

happy birthday En. Kutu....
sejambak coklat dan kek red velvet...best tu....hahahaha.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

WAAAA... sgt2 kretip..nntu nk buat jmbangan coklat camni jgk la...

eima said... Best Blogger Tips

wahhhh ... terbaik la ..mesti hubby suka ni ....
happy belated birthday

fahim dah byk kali tgk wayang ... tp bkn ngan mak pak die .. hehehe
icha kali pertama tp byk kali dah ade pengalaman mcm msk wayang sbb dah byk kali masuk 4D movie kat uss ngan legoland..konsep die sama je cuma 3d kena pakai spek je la

ida =) said... Best Blogger Tips

bestnya!!!! saya berkenan choc bouquet tuuuuu!
kalo 3 slices sekali hadap, kompem sedap :)

Cho Zila said... Best Blogger Tips

wow baguihler tak yah payah2 gi kedai dah. kreatif. tahniah untuk hari jadi..

nurbijen said... Best Blogger Tips

Sweet jer tgk Puan Kutu celebrate birthday En Kutu...
Tapi PK tetap gigih dgn perut yg ke depan...
Untungnya la En Kutu :)

To En Kutu, Moga terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Agak kagum sebab takde lidi, tapi ada chopstick utk buat choc bou-k tu. Betul kan, time pregnant ni, kalau tak berehat, memang tak mampu nak buat kerja pun. Saya pulak dalam sehari tu, hanya satu kerja je yg saya mampu buat. Tak multitasking dah jadinya. Kalau masak, then masak je. Penatnya kena berehat lama. Bila fikir atau dengar rasa mcm melampau. Tapi kita yg tanggung je tau.

Apap pun, happy bday utk en Kutu.

Husna Rahman said... Best Blogger Tips

happy birthday en.kutu kpd puan kutu...hehe
such a happy family...ツ ..coklat tuuuu..nak jgk..

Othman Zan said... Best Blogger Tips

Assalam. Dah lama tak buat kerja surprise surprise ni..

Myra Jay said... Best Blogger Tips

Wahhh bestnya pandai ek DIY seniri + qajin memang menjadi la..
InsyaAllah mudah2an jadi best moment to your hubby

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Hepy Bezday En Kutu....moga sentiasa dlm limpahan rahmat Allah bersama org tersayang.

Fuyooo....untung En Kutu ada isteri rajin tau, payah nak dpt zaman sekarang ni....