Pixajoy

Tuesday, March 01, 2016

Home » Semangat Hijau Kuning ke Stadium Ipoh

Semangat Hijau Kuning ke Stadium Ipoh



Sabtu lepas dengan tak plan tetiba je en suami ajak tengok bola. En suami tak pernah lagi masuk stadium Ipoh katanya. Ni kira pengalaman pertama Afia tengok bola secara live. Ibu sebenarnya zaman muda dulu ada la kot sekali je masuk stadium tengok bola, time tu pun retis yang main.hahaha..

Aiman dengan abahnya je la boleh dikatakan penyokong setia Hijau Kuning. Depa dua memang dah selalu ke stadium. Kali ni ibu dengan Afia join. Rupanya best jugak ye tengok bola dengan famili.hehe..

Berbalik pada kisah pergi Ipoh. Memang dipermudahkan, dekat Hentian masa isi minyak en suami pi tegur one family penyokong Perak kata nak follow ke stadium sebab tak tahu tempat. Terus lancar perjalanan tak susah la nk buang masa cari stadium. 

Masa balik pun ada sorang hamba Allah ni tunjukkan jalan short cut masuk highway terus untuk elak jam. Berkat bawak ibu dengan Afia kot. Next time boleh la kami join tengok bola lagi.hahaha..

Sebelum masuk stadium. Sampai awal sebolehnya Afia melalak nak corong tiup bunyi2 ni. Apa nama ntah tak tahu aku..bukan boleh bawa masuk stadium pun. Aku sorok bawah beg Afia.

Isi perut siap-siap takut lepas bola dah malam malas dah nak stop makan. Makan dekat food court stadium je ni.

Jom masuk stadium. Kami pilih port bawah paling starategik dekat dengan toilet. Nak beli makan ke air senang dekat.

Semangat kesukanan bagi anak-anak pakai baju Kedah sudah. Abah depa ada bawak baju tapi takut nak pakai sebab park kereta kat kawasan penyokong Perak. Buatnya Kedah menang naya.haha..

Nasib baik Afia behave. Seronok tengok dia punya gaya joget dalam stadium, semangat jerit gol la padahal player belum masuk.hakhak..

Ni sibuk dia minta ibu snap gambar peace meniru gaya sorang budak yang tangkap gambar dalam stadium.

Abang Aiman relex ja dah banyak kali masuk stadium kan.

Malam tu Kedah vs Perak seri 0-0. Kira ok la kan takda pemenang takda pengalah.hehe..

Nak balik dah ni sempat lagi minta posing

Sampai rumah pukul 2 pagi esoknya Aiman sekolah. Dia dah tidur dalam kereta dan sebelum pi dah pesan siap-siap kalau nak tengok bola ibu kejut kena bangun pi sekolah tak boleh ponteng.hehe..





9 comments:

Cho Zila said... Best Blogger Tips

yeah.. memang best pergi stadiumni.. zaman saya bujang dulu memang kalau ada game kat ipohjer saya mesti pergi.. padahal masatu tak ramai orang pompuan pergi tengok bola.. beli tiket kalau gametu dah masuk separuh akhir yang beratur pompuan saya seorangjer.. tapi bukan minat bola.. cuma minat pasukan Perak jer masatu tanya Arsenal, ker aperker tak tau apa.. tapi sekarang Perakpun dah teruk dan suami bukan suka bola langsung tak ambik kisah dah..
lainkan tengok bola depan tv ngan di stadiumni.. semangatnyer tak sama .. bila jaring gol tiba2jer yang sebelah kita ucapkan tahniah.. cam kita yang jaringkan gol.. ha.. ha.. alamak rindu stadium Perak...

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Oh... peminat bola juga kisahnya
Kakak kalau JDT lawan aje tengok tapi itu pun tonton tv aje
Malam ini JDT lawan Felda United. Doakan JDT boleh hihi...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Pergh....mak takut anak dalam perut tu je, sok dia galak menendang dalam perut hihi...Tapi memanglah.... org cakap kalau gi stadium semangatnya lain macam...
Okje kat rumah pun tak tgk bola, nak ke stadium mmg tak mungkinlah rasanya hihi

Qhaifa Nur said... Best Blogger Tips

Lain kn rasanya tgk bola kat stadium ni..semangat tuh lebih sikit..

Baiknya org perak ni..siap tunjuk jln lagi...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

betullah mak jilap..aritu masa tgok bola pun baby tak diam dok kat dalam..dok kodek2 gerak punya aktif.hahaha

Nooriah Abdullah said... Best Blogger Tips

wah bersemangat nya anak2 PK dgn hijau kuning tu, sesekali menggembirakan anak2 mama pun mesti happy jugak kan PK

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bagusnya ..kecik2 dh bersemangat..lg feel tgk live camni.

lya x pnh msk stadium sbb tgk perlawanan... pernah msuk skali dlu stadium shah alam, tu pom posing2 ..hehe

SalbiahM said... Best Blogger Tips

rindunya lahai nak tengok bola kat stadium...feel dia lain..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

bagus aiman. balik lambat kena gak p sklah. ibu tegas, kan !
sy lagi lah x pernah gi tgk bola live.
suami ada gak ajak. xmnat kot.

arwah adik selalu la pergi kalau kedah ada game.minat giler
kakk sepupu saya da sorng laki bini peminat bola. dua2 pulak org kedah. berangkut anak2 skali. satu family berjersey hijau kuning. comel jerk..