Pixajoy

Sunday, June 05, 2011

Home » Diet..Obses Kurus?

Diet..Obses Kurus?

Salam korang. Selamat berhari minggu..

Lamanya aku biarkan blog nie tak berupdate. Tak perlu paksa diri sendiri nak update kalau tak berjiwa. Sesekali biar  blog bercuti. Bila melawat puanbeedotcom, terasa semangat nak berdiet datang tiba-tiba. Tipu..Baru lepas makan kuih apom dengan mihun goreng. Wah dasyat bee makan oat jer, nasik pun tak makan sebab nak kurus. Memang solute ahh!



Cerita bab diet nie, semua orang nak badan slim persis model kan? Mentaliti kita dah set kalau gemuk mesti tak cantik. Aku pun nak kurus jugak, tapi dah banyak jugak cubaan nak berdiet, akhirnya menjadi hangat-hangat tahi ayam semata. Jiwa aku tak cukup kuat untuk semua itu. Biarlah aku kekal dengan kechubbian dan kecomelanku ini.kihkih..

Aku pernah buat macam2 jugak untuk kurus..Tapi tak pernah lagi diet teruk-teruk. Yang penting kalau diet aku mesti makan, cuma aku hadkan jumlah makanan dan tukar cara memasak. Aku tak boleh diet kalau tanpa makanan. Boleh mati kebulur. Setakat aku berdiet, aku cuma berjaya kurangkan lebih kurang 5kg saja. Mungkin lemak dalam badan aku dah tepu. Payah sangat nak turun lagi. Malas senam sebenarnya. Lepas tak diet naik semula. Sia-sia saja usaha.

Tak perlu rasanya aku bagi tips nak kurus bagai sebab sedar diri. Nanti ada pulak yang kata ketam nak ajar anaknya jalan betul. Adui betul ke peribahasa nie? Arghh pedulik apa aku. Cuma aku nak pesan sikitlah pada korang yang obses nak kurus tu jagalah kesihatan jangan sampai sakit. Teruskan usaha nak turunkan badan, nanti dah kurus sila bagi tips dalam blog. Abaikan tajuk entri yang tak kena langsung dengan isi. Sekian..





9 comments:

solomolo said... Best Blogger Tips

sy pon pagi ni makan oat je...
tengah berdiet...

aida4eva said... Best Blogger Tips

cuti2 ni punya la berazam nak kurus..

makan jaga n g jog semuaaa..

tapi...nan hadoo je lah dh duduk umah makanan depan mata..haha

shereena said... Best Blogger Tips

nak kurus jgk..huhu...skng nie baru turun skilo semenjak amalkan main skipping ari2..huhu..

puanbee said... Best Blogger Tips

eheemmm nk diet nih kutu ...

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Fiza setuju ngan apa Muni katakan... Jangan terlalu obses untuk menguruskan badan sehingga timbul pulak penyakit lain. Bagi fiza la kan... walaupun cubby yang penting sihat dan jaga pemakanan... Orang nak kata apa lantaklah kan. Bukan ada bagi kita makan pun. Hikhik... Macam hubby Fiza pun Muni skrang ni pun dalam proses berdiet. Tapi kelakar gak dia. Kalau dah makan tu... Fuhhh! lupa diet. Hehe...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

saya dah malas nak diet2 ni.. diet pon xkurus gak.. biar je la maintain chubby cm ni jerk.. hahaa

Anah said... Best Blogger Tips

anah plak mulut je duk obses cakap nk diet.. nk diet,tp mulut gak la yg asyik nk makan je..huhuhu

Bunga said... Best Blogger Tips

xdapat nak daet..haha..xde disiplin..hkaa

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

sy lak terlebey kurus...