Pixajoy

Monday, June 13, 2011

Home » RAHSIA

RAHSIA



"Assalamualaikum.." suara merduku (eceh!) mendayu mengucap salam. Pintu dibuka, kelihatan Aiman sedang duduk bersebelahan abahnya. Tiada teruja menyambut kepulangan aku dari kerja seperti selalu. Walaupun tidak menerpa aku dimuka pintu, Aiman biasanya akan bersuara bagai sepatah dua dengan senyuman terukir di wajah comelnya. Sesekali Aiman akan menarik muka sambil berkata "Ibu nie..Lambat balik!"


Hari ini tidak seperti selalu. Setelah aku mendekati dua beranak itu, barulah Aiman tersenyum penuh misteri. Si abah memandang sekilas kemudian asyik semula dengan netbooknya. Hati aku dapat rasakan sesuatu.  


Aku memulakan perbualan, " tadi Aiman pegi mane? Aiman makan ape". Wah masih lupa daratan. Dah sebulan di utara slang masih tak berubah bila bercakap dengan Aiman."Aiman keluar la", Aiman tersengih lagi. Si abah juga tersenyum. Bila Aiman bercakap mata aku tertangkap pada sisa makanan yang terlekat di gigi bawahnya yang tersusun rapi.


Dalam hati akan dah dapat mengagak. " Aiman makan ape?,tu kat celah gigi! sengaja aku bertanya lagi. Aiman masih lagi berahsia. Sambil memandang si abah, Aiman bersuara, "Aiman makan ayam!", tersenyum serta masih lagi cuba berselindung. "Aiman makan kfc ekk?" hahahaha berderai ketawa Aiman kemudian di ikuti oleh aku. Si abah tetap dengan sengihannya. Rahsia pecah juga! "makan tak ajak ibu naa.."haha..ketawa lagi!


Masa tengah kerja tadi en suami ada call bagitau nak keluar. Rupanya Aiman dan si abah pergi makan kfc. Woo kononnya si abah dah berkomplot suruh Aiman simpan rahsia.Tak payah nak sorok pun aku tau. Sekilas ikan di air sudah aku tau jantan betina. Nak berperibahasa, tapi entah betul ke tak hentam sajalah labu....:)











19 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

hahaha.. padan muka ibunye xdapat join sekali.. xkan aiman xtapau langsung kfc untuk ibunye yerk :)

Anah said... Best Blogger Tips

nape aiman ng abah xnk ajak ibu?? msti takut ibu mkan banyak..hahaha..jgn marah ye..kikiki

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

hahaha... silap la abah aiman... budak2 mana bleh simpan rahsia.. kalau kat mahkamah pun boleh kalah ooo kalau ada saksi kanak2...

deeya said... Best Blogger Tips

alahai ! kesian sungguh si ibu aka si isteri xdpat makan kepsi sama .. huh ! bapak borek anak rintik betol . kak , jangan lupe mintak claim untuk arini yer .. keh3 !!

deeya said... Best Blogger Tips

alahai ! kesian sungguh si ibu aka si isteri xdpat makan kepsi sama .. huh ! bapak borek anak rintik betol . kak , jangan lupe mintak claim untuk arini yer .. keh3 !!

Adzriel @ Liza AB said... Best Blogger Tips

"Assalamualaikum.." suara merduku.. itu yg tak tahan tu.. he..he..

samalahkan..anak2 susah nak simpan rahsia dgn ibu.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Best Blogger Tips

kita nih ibu..instinct kita kuat kan..hehe..

puanbee said... Best Blogger Tips

haha sabar je lah depa tk mo gitau takut ibu kecik hati kehkeh comel aiman dan abahnya ni

rara pinkmafia said... Best Blogger Tips

heheheh ibu mengandung kan aiman 9bulan.ibu tau bau makanan apa yg aiman mkn even dh masuk dlm perut ye ibu.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
emm sebab tak tapau la tu dieorg nak rahsia.hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Anah
ibu kan keje,aiman keluar ngan abah dia g bandar,pastu mgkin aiman nmpkkfc,ajak abah dia mkn la,sbb tak bwk ibu tu la nak rahsia,tp rahsia bocor!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@halila Ibrahim
itu la pasal,tu pun pandai dia nak simpan rahsia,tp nmpk senyuman tu dh tau dah ada rahsia.huhu

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@deeya
hehe tak kisah pun tp kelakar tgok aiman n abahnya nk simpan rahsia tp tak pandai berlakon.kihkih

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Adzriel @ Liza AB
mmg merdu hapa.hahaha

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
yup tak boleh tipu punya!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
itulah..ibu tak kesah pun.tp kelakar tgok gelagat,nk rahsia tp dua2 tak pandai.hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@rara pinkmafia
hehe itulah kuasa ibu yg paling power

Achahani said... Best Blogger Tips

comel gila kalau bayangkan aiman dengan sengihan rahsianya.

geram auntie nak peluk badan tuh!!

Abdul Farique said... Best Blogger Tips

wow.. cerita yang boleh dijadikan sebuah novel ni.. hehe XD .