Pixajoy

Monday, June 06, 2011

Home » Apa Hadiah Yang Sesuai

Apa Hadiah Yang Sesuai



Salam bahagia..


Sunyi pulak rumah. Tinggal aku berdua jer dengan en suami. Semalam riuh rendah sebab mertua dan ipar bertandang ke rumah. Hari nie Aiman ikut tokwan n maktoknya pergi Lumut. Dua tiga hari nie tak kedengaran la suara si budak chubby mulut becok. Adik aku, Ain yang tengah cuti sem tu pun balik penang semalam. En suami pulak kerja, jadi balik keja kejap lagi tinggallah aku keseorangan layan blues.


Ok back to the title entry, eceh speaking london!hoho..Aku ekceli nak tahu jugak pendapat korang tentang hadiah yang sesuai untuk majlis perkahwinan. Kawan baik aku cik syida akan melangsungkan perkahwinan 26hb nie. Antara kawan rapat aku, beliau sorang jer bujang lagi. Wedding penutup la kiranya.


Waktu aku kawen dulu, banyak jugaklah hadiah yang aku dapat. Antara hadiah yang still aku guna sampai sekarang adalah set pinggan, set kuali dan perhiasan dinding. Barang elektrik seperti kipas angin dan periuk nasi dah rosak pun. Hadiah yang paling popular adalah set cawan dan gelas. Entah berapa set aku pun tak ingat, belum campur hadiah sebelah en suami lagi. Sampai sekarang masih ada kat kampung, tak guna pun. Banyak sangat dan aku rasa hadiah macam nie terlalu old fashion. Hadiah pun pandai berfesyen kan?


Pada aku hadiah perlulah sesuatu yang tahan lama, ada kegunaan dan boleh menjadi sesuatu yang sentimental value. Panjang kata, bila orang yang terima hadiah tu aku terbayangkan muka aku yang cantik manis nie bila tengok hadiah tu sampai bila-bila. Apa agaknya hadiah yang sesuai dan memenuhi semua ciri yang aku senaraikan tu ekk? Cantik manis tu penyedap ayat jer ok.


Antara hadiah yang aku pernah bagi kat kawan aku adalah kipas angin, kettle, frame ayat kursi dan set sudu garpu. Tapi benda nie semua tak tahan lama pun kan? Pastu langsung tak sentimental value. Banyak songeh aku nie..


Aku pernah ikuti bual bicara kat tv pasal hadiah yang sesuai untuk majlis kahwin, ada penonton cadangkan bagi lesung batu. Benda nie jer yang tahan bertahun lamanya. Akan sentiasa kita gunakan untuk buat sambal belacan n so on. Walaupun dah bercucu cicit, bila penerima hadiah guna lesung batu mesti ingat kat si pemberi hadiahkan? Releven ker hadiah pelik nie?




Ok aku nak bagi hadiah yang istimewa kat orang yang istimewa dalam hidup aku tapi takde pun budget ratus-ratus. Nak bagi hadiah best tapi budget ciput. Apa ekk hadiah yang sesuai untuk kawan baik aku? Tolong!! Pendapat korang?







                                


21 comments:

puanbee said... Best Blogger Tips

alamak ..kalo ratus nk rekomen lah emas 916 ke hehe...bg loket emas ke ..mesti tahan lama ..bee dapat hadiah dari pak mentua loket syiling emas memang sentimental lah simpan dn terkenang2 saat bee dapat lokt tu ... mcm cawan pinggan mangkuk tu dah biasa sgt da..ada yg suka bg brg baby ..tp bee tk suka pulak bg barang baby sebab kita tk tahu dia ada rezeki anak tu cepat ke lmbt ke kan nanti dia sedih pulak ..erm susah juga ni haa

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

saya baru ari tu bagi sedara saya jam dinding yang besar nye... hhehe.. hope leh guna lama la kan :)

Cik Miera said... Best Blogger Tips

hihi.. xpenah lak ada pengalaman bg hadiah kawin.. tp lesung batu relevan kot. even nampak funny n mcm pelik tp ok la.ntah2, dia [un xde lagi.. hihi tahan lama tu..

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Betul kata muni... Pinggan mangkuk kalau nak dihadiahkan, mcm dah old fashion. Ahakss! bagus juga cadangan lesung batu tu. Tapi kan... Nanti pasti berat.Hehe... Betul gak kata puanbee tu, emas 916 memang ada sentimental value sbb leh simpan sampai bila2. Hikhik... Apa ek hadiah yang ada sentimental value... Huhu! susah gak nak difikirkan.. Apa kata Muni hadiahkan Al-Quran.

AYuNG said... Best Blogger Tips

ehm..biasa nya klu pengantin mmg ayung bg set pinggan mangkuk ke cawan ker jam ker blender ker..etc....

tp kalau nak yg spesel...bg set pinggan yg mahal tuh...apa nama ntah..vantage kot...tuh kompom lama...sbb dorg xkan pakai kan..mesti masuk dlm lemari punya..hehe...

bunga said... Best Blogger Tips

bunga biasa bagi jam..heee

Anah said... Best Blogger Tips

bagi penimbang berat badan la..senang sket nk pantau berat pas kawin..kot bahagia sgt smpai berat naik berlebih..hihihi

Mrs.Yie said... Best Blogger Tips

murni beli je kipas angin..selalu orang bagi pinggan mangkuk je kan..buat la kelainan sikit kasi kipas angin pulak..hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
tak suka brg baby sbb tak baik mengharap pada benda yg blom pasti.uwaa..mas skang mahal.klu rantai tu jejak ribu.bek beli utk diri sendiri jek bee.haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
jam dinding ok jugak.tp lama2 rosak jugak..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Cik Miera
tp berat kan..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Fizalinolie
quran nk bawak kena ada wuduk.klulah ada byk fulus tak kesahlah 916 pun.mslhnya takde.hihi

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@AYuNGpinggang mangkuk dh biasa sgt.blander ok jugak..boleh difikirkan..tq yer ayung..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@bunga
jam ekk...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Anah
huhu good idea.tpi nti kata perli pulak!haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mrs.Yieemm kipas angin pernah bg..nk lain sikit.hehe..

puanbee said... Best Blogger Tips

@Puan Kutuorg cakap loket dia cakap rantai ..ish ish kutu haa

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
ops sory..loket pun mahallah bee..:)

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

Puan Kutu bagi henset la.. hanset pun sekarang bukan mahal2.. ada yg harga murah tapi baru cam blueberry pun baru harga RM150.. saya pun adik kawan kawen minggu lepas bg hadiah hanset blueberry tapi bukan la blackberry ...
Walaupun blueberry je .. tapi kawan g tau adik dia punya suka kemain.. lagipun hanset memang akan di usung kemana2 kan...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@halila Ibrahim
tp setiap org kan dah ada handset kan kak?

Qaseh Gifts said... Best Blogger Tips

Cik Puan Kutu,
jom baca kat http://qasehgifts.blogspot.com untuk idea untuk hadiah pengantin :-)