Pixajoy

Saturday, June 25, 2011

Home » Dah Jumpa Hadiahnya

Dah Jumpa Hadiahnya



Salam bahagia.


Panasnya cuaca hari nie. Sambil mesin basuhku berputar, jejari comel nie macam gatal jer nak menekan keyboard, tapi takde modal nak buat entri. Si chubby tadi dok tengok TV, sekarang dah tertidur. Aiman nie jarang tidur siang, hari nie entah penat sangat kot. Aku baru balik dari kenduri dekat area SP jugak. Musim kenduri kahwin masih lagi belum sampai penghujungnya walaupun cuti sekolah dah berlalu. Zaman sekarang orang buat kerja kahwin dah tak kira masa cuti sekolah dan hujung tahun dah. Esok pulak kenduri kahwin kawan baik aku. 


En suami tak dapat cuti, so malam nie lepas beliau habis kerja baru bertolak balik Penang. Aku pernah buat entri tentang Apa Hadiah Yang Sesuai untuk kawan baik aku. Dua hari lepas aku jenjalan kat Tesco, shopping sikit dan sambil2 tu mencari hadiah. Mata asyik terbeliak jer melihat harga barang yang semuanya mahal. Pelik betullah sekarang nie semua benda mahal belaka. Nak beli apa pun fikir banyak kali. Kena berjimat cermat la kan. Nak beli hadiah kat kawan baik pun berkira.hoho.. 


Ini bukan berkira, tapi aku memang takde budget banyak untuk hadiah. Walaupun baru gaji, kepala dah berkira-kira nak bayar itu ini. Memula bercadang nak beli blander atau dapur gas. Dalam sibuk dok pilih hadiah apa yang berpatutan harganya, terpandang 1 benda nie, harganya memang sangat murah. Tak sempat lagi beli pembalut hadiah. Nak balut pun maunya tiga helai baru cukup. Korang nak tau apa?


-
-
-
-
-



Aku kira ini perbelanjaan bijaklah. Hadiah nie agak tahan lama dan lain sikit dari hadiah2 yang selalu aku bagi bila ada orang kahwin.  Nampak tak disitu beratnya 5kg. Lenguh tangan tau nak bawak. Pastu panjang dan besar, nampak macam mahallah..haha..Yang penting made in Malaysia ok..Pandai-pandai la pengantin pasang sendiri!




* Keikhlasan dan tanda ingatan tu lagi penting daripada harga. Korang setuju?









17 comments:

arryani said... Best Blogger Tips

pndai tk dia psg nnti..

kretif hadiah ni. Saya sndiri tk terPK nk bli hdiah cam ni..ehehe.. Tahniah atas kekretifan anda.. ;D

nur said... Best Blogger Tips

Betul tu Pn Kutu..
yang penting keikhlasan dalam memberi hadiah itu.. Kalau berkira mahal atau murah dah tak ikhlas la tu..

Zaman kini semua orang nk hadiah yang lain dari yg lain.. takdela ashik2 pinggan mangkuk aja kan..

thanks for: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/06/komen-terpilih-nie-smpt-tak-smpt-ikut.html

Mama QS said... Best Blogger Tips

ok tu kak....sure dah kawin nanti nak stay rumah sendirikan dah ada tempat nak letak barang....

azam said... Best Blogger Tips

betul....hadiah yang ikhlas dan berguna

kay_are said... Best Blogger Tips

tak kisah hadiah kecik besar murah mahal yang penting niat nye nak bagi ngan ati yang ikhlas.. betul tak akak?? =)

Mrs.Yie said... Best Blogger Tips

bagi hadiah lain dari yg lain la bagus..biasanya orang duk bagi gelas je..sekali sekala tukar la style jugak kan?hehe :)

Anah said... Best Blogger Tips

tak prnah terfikir nak bagi rak..bnyak kegunaan tu

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@arryani
kehkeh..biar berpeluh pengantin pasang..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@nur
sy ikhlas.huhu..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mama QS
yup betul..tp janggal pulak akk pnggil sy kak.sape yg lebih tua nie?huhu...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@azam
insyaallah..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@kay_are
betul..dgn hati yg penuh ikhlas nak bagi nie..keke..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mrs.Yie
gelas mmg dh takde dlm kamus nk bg hadih.sgt old school ok..keke..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Anah
lepas nie boleh anah pulak bg kt kengkawan..hehe..

Abdul Farique said... Best Blogger Tips

dia reti pasang ke ?? haha XD

hyz said... Best Blogger Tips

bijak2..... mesti bangga cket bawak hadiah beso2...biarpun tangan jenuh mengangkat.. hehehhe.... org len pandang mesti kagum... leh pakai idea akak ni...

Rose Johari said... Best Blogger Tips

Harga tak penting kot...apa yg kita bagi tuh tak kira sebenarnya..yg penting ikhlas...hehehe