Pixajoy

Friday, June 10, 2011

Home » Karipap Puan Kutu

Karipap Puan Kutu



Setahun sekali bila datang kerajinan melampau akan terhasillah karipap puan kutu. Selalunya karipap ini akan di bikin dalam dua versi iaitu berintikan telur dan kentang + ayam. Versi telur special untuk budak chubby sebab tak makan pedas.


Buat karipap nie senang saja, tapi agak renyah sebab takde mesin untuk nipiskan tepung. Pastu tanpa acuan karipap amat merumitkan lagi keadaan. Sebab itu juga karipap buatan kadangkala 3 tahun sekali baru nampak rupa. Selalunya beli saja. Tapi karipap beli manakan ada tandingnya dengan karipap buatan.


Pertama sekali aku akan sejukkan dulu isi ayam yang dah keras sebab beberapa hari dalam peti ais. Ok itu tak perlu beritahu. Untuk inti kenalah potong dadu kentang dan isi ayam. Kemudian bancuh rempah daging dengan air panas. Bemulalah sesi membuat inti. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada kering yang dah diblander, masak sama seperti masak sambal. Kemudian masukkan rempah daging tadi dan biar hingga pecah minyak. Last sekali masukkan kentang dan ayam. Jangan lupa gula, garam dan serbuk perasa. Tambah sedikit air dan masak hingga masak. Maksudnya biar inti lembut dan kering. 


Untuk tepung, boleh gunakan marjerin atau minyak. Aku lebih prefer minyak coz aku tak suka karipap yang terlalu rangup. Biar tepungnya liat sikit. Lain padang lain belalang, lain orang lainlah taste karipapnya. Ok terus ke cara membuat tepung. Panaskan sedikit minyak kemudian campak dalam tepung. Masukkan air garam sesedap rasa. Gaul dan uli hingga menjadi doh.


Ini sesi paling complicated. Bulatkan doh dan gelek hingga rata. Masukkan inti kemudian bentukkan menjadi karipap. Aku gelek gunakan botol susu aiman. Oh sungguh rumah aku takde batang untuk menggelek inul. Tadi aku kata rumah aku juga takde acuan karipap. Jadi suka hati sambil lalala aku buat karipap mengikut acuan aku. Masukkan inti kemudian aku kelip pakai garpu. Janji nampak rupa karipap.


Last sekali bolehlah goreng karipap yang dah siap di bentuk. Tara...




Walaupun rupa tak cantik, tapi percayalah..Rasanya boleh tahan. Terpuji diri sendiri!




* Pukul 12 baru siap buat karipap. Aku nak p masak untuk lunch pulak..:)










20 comments:

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

inti karipap akak pun ada lagi dalam peti ais.. akak gelek pakai botol sos spageti,.... haha.. tapi kelamrin akak baru beli acuan karipap..

Cik Miera said... Best Blogger Tips

lamanya x mkn karipap...sedapnya.terliur pulak

aida4eva said... Best Blogger Tips

dari hari tu lagi nak try wat karipap tak lepas2..mlas sungguh..huhu

Farah Shamsudin said... Best Blogger Tips

wahhh!! Pn KUtu..farah ni versi malas nak buat.. sebenarnya tak berapa pandai la..selalu order je.

Anah said... Best Blogger Tips

jeles tgk rupa karipap tu...tiba2 rs nk buat karipap..

wanbu said... Best Blogger Tips

i like karipap hehe...

tapi skrunk kat kedai pun diaorang goreng karipap segera jerk hampeh!

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

wah! karipap... I like it. terliur nampak karipap Muni haihhh.. Hikhik.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

hahaha.. lain macam jerk bentuk karipap ni.. hehe.. ni karipap zaman moden kek kak :)

fadh leyanie said... Best Blogger Tips

tiba2 terbau orang goreng karipap pulak kat sini..hihi

nelly said... Best Blogger Tips

nyum2 !

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@halila Ibrahim
wah ada gak geng.tade penggelek,apa boleh buat,botol susu ank pun bolehlah...:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Cik Miera
lama mana tu?setahun dah ker?hehe

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@aida4eva
mmg pun malas,nie dtg kerajinan melampau,kalau tak,takdelah...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Farah Shamsudin
y pun tak pandai jugak.tgok tu karipap tak lawa rupanya..hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Anah
adakah jeles itu bermaksud perli?hahaha

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@wanbu
itulah skang semua nk segera.tu yg tak best...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Fizalinolie
muni ekceli bukanpenggemar karipap.klu kt kedai jarang beli sbb tak berapa suka.klu buat sendiri jer mkn.hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
ini karipap versi puan kutu,itulah yg uniknya, sebenarnya tak pkai acuan tu yg jadik macam2 bentuk.hahaha

puanbee said... Best Blogger Tips

kira rajin gak kutu buat karipap bee tk PERNAH ok .. tak pernah buat karipap .. paling susah rasanya

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... Best Blogger Tips

hehehe..sy x penah wat karipap..cam leceh jer..