Pixajoy

Tuesday, June 07, 2011

Home » Bila Lesen Memandu Simpan di Muzium

Bila Lesen Memandu Simpan di Muzium



Selamat petang korang,


Aku baru balik kerja. Sunyi rumah nie bila Aiman takde. Apa yang korang fikir dengan tajuk entri aku? Ok  aku mengaku, aku simpan lesen memandu aku kat muzium..Sebabnya? Ada banyak sebab..Yang utama sebab en suami tak yakin aku boleh bawak kereta. Bila beliau tak yakin, aku pun hilang keyakinan dan jadik malas sebab pergi mana-mana ada driver. Buat apa nak susah-susah kan?


Aku tau korang semua dah belajar bawak moto seawal umur belasan taun. Curik2 naik moto bapak korang. Walaupun aku agak ganas, benda yang satu nie aku sangat ketinggalan. Pendek kata aku memang kaki bangku. Seingat aku, aku pernah belajar bawak moto kawan masa sekolah menengah pastu nak terlanggar tong sampah. Pastu aku terus takde keinginan nak belajar bawak moto, jauh sekali kereta. Memang tak bertemulah api dengan panggang. Peribahasakah?


Keadaan berubah lepas adik aku beli moto. Aku suruh adik lelaki aku ajar dan pastu aku sedar bukan susah pun bawak moto nie. Macam naik basikal jer pun. Tapi moto best sebab tak payah guna banyak tenaga untuk kayuh. Keproan aku terhadap moto cuma setakat bawak kat jalan kampung jer la. Tu pun aku jarang. Sedap jadik pembonceng lagi.


Bila aku dapat kerja di Johor, walaupun rumah kat dalam kem jauh jugaklah nak ke tempat kerja. Dua minggu pertama, aku kesorangan ditemani moto buruk pinjaman atuk en suami. Masa tu en suami tak ikut aku pindah Johor lagi. Memang terpaksa survive dengan moto tu walaupun ekceli aku bukanlah pandai sangat bawak moto. Mujur rumah kat dalam kem, jadi bolehlah bawak moto tanpa lesen.   


Lepas tu aku suarakan hasrat hati nak ambik lesen kereta dekat en suami. Bukan apa bila dah ada anak susah nak hantar dan ambil Aiman dari rumah pengasuh. Takkan sentiasa nak harapkan en suami. Tambah-tambah cuaca Kat Johor yang selalu hujan. Dengan segala kepayahan dan kesusahan akhirnya aku berjaya dapat lesen, tu pun lepas dua kali test JPJ. huhu..


Lepas dapat lesen, aku cuma berani bawak kereta untuk pergi kerja, ke kedai runcit pengerang, hantar dan ambik Aiman dari pengasuh. Aku tak pernah bawak kat jalan yang sesak dan banyak kereta. Lalu keadaan nie berlalu sampai la aku tamat lesen P. Pernah sekali aku terlanggar rumah pakcik en suami masa nak alihkan kereta. Pendek kata memang aku fail kalau bab drive. Kalau pergi mana-mana ada driver. Lesen aku pun simpanlah dalam muzium.


Hari nie kali pertama aku bawak kereta pergi kerja setelah sebulan aku pindah di Sungai Petani. Walaupun aku duduk kuarters, rumah aku luar dari kawasan kem. Nak ke tempat kerja kena lalu jalan besar yang boleh tahan sibuknya. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar untuk belajar drive, aku jadik berani. Lagipun en suami kerja, susah nak hantar aku pergi balik sebab aku kan kerja shift. Selagi tak bawak selagi tu la tak boleh. Moto takde lesen pulak. Kalau tak dah lama aku rempit.kihkih..


Malangnya aku dah tinggalkan kenangan kat kereta aku hari nie. Tempat kerja aku tu parkingnya ada 4 bijik pastu sempit. Sebab tak pro aku dah gesel gate pejabat masa nak keluarkan kereta time nak balik tadi. Beberapa minit lepas sampai rumah en suami call, pastu tanya ok ke? kereta semua ok? tak dak calaq? Adui macam tau-tau pulak en suami nie..Memang calar pun sayang oi..


Sekian cerita yang tak best untuk hari nie. Tahan telinga jer la dengar en suami bebel malam nanti....:) Oh yer today our 5th annivesary. Jangan Marah-marah la sayang ekk...hoho



20 comments:

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

murni ok gak tu ada lesen keta..akak ni langsung x de..hehe :)

olen said... Best Blogger Tips

zureen tak ambik lesen lagik.. huwaaaaaaaaaaaaa~

solomolo said... Best Blogger Tips

samalah macam sy kak...
dapat lesen kete tahun 2004...
3 tahun lepas tu baru drive kete buat pertama kali...
tue pon kete auto...
akhir tahun 2007 beli kete...
malam beli tue kete dah calar...
hahaha...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

guna la lesen yang ade sebaik2 mungkin kak.. daripada saya yang lesen keta ada masalh ni.. :(

>>>> happy annivesery kak.. jangan nak romantik2 sangat yerk... hahaha

Ali ridha said... Best Blogger Tips

sejak mula aku dapat lesen kereta.nak bawa kereta pun tak berani.sedang aku paling senang lulus ujian dapat lesen.kereta langsung tak pernah bawa.

kesian orang lain kena pergi ujian lagi.

Unknown said... Best Blogger Tips

saya lesen apa pun tak de..
motor pun tak de..
heheheh..
takut nak belajar..

puanbee said... Best Blogger Tips

hoho sabar je lah kutu , tahan jgn tak tahan telinga nanti ..tp bagusnya kay tu dia tk bebel kalau bee calarkan kereta yg dia bebel kalau anak2 makan dlm keta ..pelik sikit .. dulu2 bee tk curik2 naik moto , start form3 bee dah naik moto hantar mak g kerja dan adik2 pergi sekolah .. hee rempit je tk de lesen pun dulu tk de hal .. skrg tk bolehhh bahya ,,.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mrs.Yie
kena amik gak kak..pastu simpan dlm muzium cam sy.huhu

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@zureen
muda lg takpe..nti amik ok...:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@solomolo
lg hebat.mlm beli kereta dah calar?haha..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine
haha takde romantiknya..kihkih napeplak nganur lesen?something wrong?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Ali ridha
kenapa?fobia ker ali?

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@diana
takyah takut diana,kt sekolh memandutu,yg tua2pun ada amik lesen,kadang2 malu pulak sbb yg muda cam kita pun taknak amik lesen.hehe...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
btw good news,en suami tak bebel pun.beliau pesan esok hati2pegi kerja.cerita kt pak mertua,pak mertua gelak.haha..en suami dulu ms mula2dpt lesen lg teruk.pintu kereta remuk teruk.kena ganti.kutu calar sikit ja.hahaha...

AYuNG said... Best Blogger Tips

hohoho...kena bawak keta slow2 balik tuh....nanti lama2 biasa la...:)

btw, hepi anibeseri..:)

Rose Johari said... Best Blogger Tips

walau mcmana pon bagi rose, semangat akak kuat nak bawa keta. hehe..btw, happy annivesary akak :) semoga berkekalan hingga ke akhir hayat! AMIN.

puanbee said... Best Blogger Tips

haa betul ke kutu , tulah kadang2 kita nk takut lelebih jee

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@AYuNG
tq ayung..tula tgh membiasakan diri ler..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rose Johari
tq..semangat2.hehe..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@puanbee
tulah..nasib bek tak kena mare