Pixajoy

Friday, April 15, 2016

Home » Trend Batwing Baju Raya 2016

Trend Batwing Baju Raya 2016



Aku ni takda la pandai pasal fesyen. Bagi aku asal nampak cantik kat mata aku, tak trendy sangat pun takpa, pakai selesa, tutup aurat dah. Yang paling penting murah sudah.haha..

Lately macam dok viral je baju kurung kelawar ni kan. Budak kalau pakai serius comel. Mak budak pakai pun lawa. Banyak je online shop yang jual baju sedondon anak dan ibu untuk style batwing. Aku budget trend batwing ni bakal popular la untuk baju raya 2016.

Disebabkan raya ni kalau takda aral melintang aku dok dalam pantang, so hanya mampu tengok je baju raya ni semua. Berkain batik je kot aku raya ni. Lepas bersalin pun dah tentu kena cari baju nursing friendly. Ada anak kecik bukan boleh berlawa sangat. Sempat lilit shawl pun dah kira bertuah.hakhak..

Nampaknya kena shopping awal kot baju raya untuk Aiman Afia. Aku dah pre order pun batwing kids untuk Afia. Kaler dia sendiri pilih. Agak-agak warna apa? Dah terbayang dah kecomelan kak pia di pagi raya. Pakai baju raya dalam rumah cukup. Ibu kan dalam pantang, anak-anak pun mungkin dikuarantin sama..tak boleh la collect duit raya.hehe

Budak kalau pakai for sure comel sangat

Walaupun pattern dan material sama kena pandai buat pilihan tau. Aku ada survey beberapa seller, harga memang tak sama. Ada perbezaan harga hampir RM 20. Jadilah pengguna bijak ok. Ehh angpa dah beli baju raya ke belum?hehe..

Update: Kebetulan ada yang bertanya mana aku order untuk Afia, boleh search Bonda Zarra di facebook. Harga terbaik dari Bonda. Cepat tarikh pre order tak lama, dah nak closed.













11 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said... Best Blogger Tips

Budak2 lawa lah pakai batwing fesyen ni PK..
Kalau mak budak mahu jadi batman hahaha..

CH dah beli kain buat baju raya..
Tapi belum sempat nak hantar ke kakak CH tu..
Ingat baju anak2 tu nak buat macam tu lah utk raya ke 2 ke..
Tapi anak CH dah remaja tu.. tak mahu dia pakai hahahha..

Dalam patang masa raya ye PK..
Samalah dengan CH dulu masa melahirkan Najeeha..
Masa tu dah 20 hari kot.. tengok jer orang minum ais, makan rendang, lemang huaaahhhhh nangis tau :D

eima said... Best Blogger Tips

CANTIK RASA MCM NK TEMPAH UTK ICHA JE .. NAK CARI KAIN KOSONG FLOWING LA ... MLS NK BELI ....

♥ aiNa yaZiD ♥ said... Best Blogger Tips

Tgh hot sangat baju ni... Comel je klu gegirl pakai.. hehe =)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

cantiknya.
nak beli utk rania juga lah.hiks
pk, minta link yg pk beli tu, boleh?
malas pulak nk survey survey ni..
alang alang..pk dh survey, kan !!! ahaks

SIQAHIQA said... Best Blogger Tips

Memang sedang hot baju pattern camni. Comel je kalau budak kecik pakai kan. Cuma siqah tak sesuai pakai, hihi, tengok orang pakai je mampu :)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alright.. tenkiu :-)

SalbiahM said... Best Blogger Tips

amboi, macam pereka fesyen terkenal pulak buat ramalan..hehe.fesyen ni pengaruh batman gak ye

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

trending sungguh..tunggulah raya nanti..

OKje said... Best Blogger Tips

Ingat namanya butrerfly rupanya batwing ek hihi.....haih lebih kurang jugaklah tu.....
Rasanya pattern ni pernah keluar jugak dulu kan, nampaknya sekarang dah kuar balik....

Wah.....kak Pia mesti pilih warna terangkan, pink kot....
Hang pakai batwing ngan kain batik pun cantik apa PK...
Berpantang di hari raya gitu haha...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Wah, cantiknya! Nasib baik takda anak perempuan. Ni kalau budak-budak pakai comel, kalau mak budak pakai mestilah cutekan, PK ^_^

Oh, raya kali ni dalam pantang? Selamat menjelinglah ya. Dah tentu-tentu terkulat-kulat aje tengok orang berbaju raya dan makan enak-enak.

Hahaha! Jahatnya saya!

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

weekend ni nak ke kelantan.
hunting for jubah anak2 dara.
yg lain semua da anta tempah.