Pixajoy

Monday, April 18, 2016

Home » Tips Cerai Lampin

Tips Cerai Lampin



Potty train is about dicipline, bukan sebab kita kaya dan mampu nak beli pampers, nak jimat ke apa ye. Prosesnya memerlukan latihan, bukan berlaku secara semulajadi. So kalau tengok anak yang umur 5 6 tahun masih pakai diapers, boleh fikir sendiri nak letak kesalahan pada siapa ye.huhu

Sepatutnya la kan seawal umur 1 tahun bila anak dah mula faham arahan kita dah boleh train anak cerai lampin, tapi aku pun takda la mula awal sangat, pada aku umur 2 tahun tu cukup sesuai la kan..sebab anak dah faham, tahu dan boleh sebut perkataan kencing dan berak. Ini terpulang pada pendapat masing-masing. Pada aku umur 4 tahun pun masih belum free diapers, ini memang kes berat.

Luckily Afia dah mula menunjukkan tanda tak suka diapers sebelum mencapai umur 2 tahun. Bila dia sendiri request nak belajar potty train, proses cerai lampin menjadi semakin mudah. Salah satu faktor menyumbang ke arah cepat cerai lampin aku rasa sebab kat rumah aku pakaikan Cloth Diapers (CD). Selain daripada jimat dan go green, CD memang buat anak cepat peka dengan objek pembuangan depa.

Tapi jangan kata dia tak pernah terkucil atas lantai. Kan aku kata proses cerai lampin perlukan latihan, untuk Afia free diapers di rumah waktu siang, waktu malam, dirumah pengasuh, bila outing dan dekat opis ibu semuanya aku ajar secara berperingkat. Proses belajar potty train setiap dari anak tak sama, ada yang ambil masa lebih singkat dan ada yang lebih panjang. 

Pertamanya kita kena gigih, sabar dan konsisten. Gigih sebab apa..waktu minggu pertama nak potty train anak kenalah pastikan lantai bebas dari karpet, lapik lantai bulu-bulu tu ke or apa je la. Hari pertama kedua tu memang anak akan membuang atas lantai. Takda la meroyan karpet harga juta-juta bau taik kan.

Sebagai ibu jangan mudah putus asa, komited dan sabar. Benda baru semuanya perlukan pengorbanan. Beri anak ruang untuk depa belajar, bukan paksa. Setiap anak tak sama, ada yang kena berlembut, ada yang suka kata pujian..ada yang kita kena bertegas. Gunakanlah pendekatan yang paling sesuai. Kita sendiri je yang tahu dan faham anak kita macam mana kan.

Keyword yang aku guna dari zaman Aiman lagi ialah kena kerap tanya, selalu cakap dan beri tumpuan lebih pada anak. Kena rajin kalau boleh setiap sejam sekali tu bawa anak ke toilet. Sepanjang hari tu kena tanya, kena sentiasa bercakap nak kecing ke tak..nak kencing nak berak bagitau ibu..ulang-ulang je ayat tu jangan jemu.

Bila anak membuang kat tempat tak sepatutnya jangan marah. Explain kata cannot do this. Nak kencing nak berak please tell ibu. Aku faham jenis mak bapak yang cepat naik hantu (aku pun kadang-kadang angin gak satu badan.hehe), tapi kena banyak sabar. Proses pembelajaran memang sedikit susah pada mulanya, tapi kalau kita buat secara konsisten, hari-hari seterusnya anak mesti boleh ke tandas dengan jaya.

Jangan lupa puji anak..bila anak pandai ke toilet puji dan beri kata rangsangan. Yey Afia pandai..good girl..clap hand. Afia anak baik... Even sampai sekarang kalau minum susu sampai habis pun Afia dengan sendiri akan cakap, " Kak Pia pandai..kak pia anak baduih ( bagus)" sendiri dia la puji tanpa disuruh. Kuasa pujian tu buat anak happy dan rasa konfiden tau.


Dah berjaya tu jangan lupa reward anak dengan benda dia suka. Macam Afia belanja aiskrim dah cukup.hehe..Semoga dipermudahkan anak-anak kita semua melalui proses cerai lampin.






14 comments:

babYpose said... Best Blogger Tips

Comel Afia makan icecream, bagus potty training awal, betul explain, biar ton suara yang normal, kerana budak baru belajar bercakap kan, InshaAllah dipermudahkan..

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Betul setuju benar apa yg dititipkan utk N3 ini
Kita dan siapa jugalah yg menjaga kena rajin tak boleh harap anak yg kita nak asuh sebab dia masih terlalu mentah. Bab kena selalu tanya kakak setuju sangat.

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

dah free diapers yer..gud job afia..
betul tu pk..kadang dah masuk tadika pon still pakai pampers..huhuuu..kesian plak kat anak tu..

♥ aiNa yaZiD ♥ said... Best Blogger Tips

Comel je anak dara akk ni. =) Betul tu kena train dr awal, bab cerai lampin n cerai botol ni yg sy nampak parents struggle sikit... biasalah awal awal mmg susah kan kak.

Raihanah Ahmad said... Best Blogger Tips

tahniah, best tips ni. sama juga anak2 saya, off diapers at before 2 tahun. sebab depa nampak tak suka dan juga kesian anak2 masih dengan diapers.

eita said... Best Blogger Tips

dulu masa jadi pengasuh..bdak umur 3 tahun kita dah bagi training utuk pampers..adalah jugak tersasul 2 3 kali..
pintu bilik air memang terbuka jadi senang kalu dia nak kencing ke buang air besar terus je masuk..

fiza linolie said... Best Blogger Tips

Betul kata Muni kena bersabar bila nak latih anak cerai lampin. Kalau boleh latih seawal mungkin. Fiza pun dah start latih Nur Ain sekarang ni. Slow2 dulu... Harap2 before 2 years Ain dah boleh free diapers :)

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

setuju dengan Pk sebab sesetengah parent cakap dia mampu beli pampers..bagi saya, tentang disiplin

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Betul sangat tips tu PK...kena tanya banyak kali kat anak atau pun bawak terus ke bilik air...Biasalah ngadap anak kecik kena banyak sabo....

Budak budak mmg kena train, kalau tidak mmg cerai lampin umur 5 tahunlah jawabnya haha ...

Ummi Khalif said... Best Blogger Tips

Anak sy bulan depan dah nak masuk 2 tahun. Tp nmpknya dia blm bole faham sgt. Sy mmg nak train once dia da faham. Thanks utk tips

Acik Erna said... Best Blogger Tips

anak2 acik dulu masuk 2 tahun acik dah latih PK..3 tahun tu dah free dypers sepenuhnya

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Eh, anak bujang kita cerai lampin tahun lepas around bulan Sept macam tu tau! Kalau ikut tahun dah 4 tahun tapi kalau ikut bulan dia baru 3 tahun lebihlah sebab lahirnya pun bulan Nov kan (pandai tak kita cari alasan sebelum kena 'label' bukan-bukan?keh3x)

Si abangnya pun sama macam tu juga. 3 tahun lebih cerai lampin. Tapi alhamdulillahlah, proses cerai kasih-sayang dengan lampin pakai buang ni mudah untuk anak-anak saya. Si adik tu terkucil dua kali aje. Berbuih mulut kita setiap setengah jam tanya kalau dia nak pee tapi dia bantai 4-5 jam tak nak pee tau!

Cuma masa mula-mula tu, bila keluar berjalan siksanya alahai. Dia nak buka seluar, kasut, spender dan semualah senang cerita bila nak pee. Lepas tu ada hati nak suruh Mommynya mencangkung sambil dia lepak atas paha kita nak pee dalam public toilet! Tak ke siksa namanya tu...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Best Blogger Tips

tips berguna.....sy perasan juga ada kadang-kadang sampai umur 3-4 tahun pun masih pakai pampers...yela kadang-kadang kalau pergi berjalan lebih mudah pakai pampers xde lah tercicir ke apa kan ? huhu

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

aida setuju kata PKutu.
kerap tanya, tgk kan anak, jgn marah = tips utama.
then puji anak. yes agreed.
ijat da nak masuk 4 thn julai nanti.
mlm masih aida pakai kan diaper :)
siang ok.
kekadang kat tadika, ijat masih terkencing / terberak dlm seluar.