Pixajoy

Wednesday, April 20, 2016

Home » Suntikan Dexa Mematangkan Paru-Paru Baby

Suntikan Dexa Mematangkan Paru-Paru Baby



Aku semalam repeat scan ( 31 week) uri masih dibawah, 3cm dari serviks. Kata doktor sepatutnya uri kena 5cm or lebih, nak buat macam mana kena repeat scan ulang alik hospital lagi selagi tak naik. Redha je la..janji tak kena tahan wad.huhu

Back to main topic, ni kes opismate aku turun darah sikit, doktor sarankan ambil suntikan dexa, takut beliau bersalin awal. Aku pun baru tahu pasal suntikan ni terus cari info. Ilmu baru bagi aku, so share sini la kan namanya blog kesayangan.haha..

Suntikan Dexa ialah pemberian kortikosteriod ( I/M Dexamethasone) pada yang berisiko mengalami kelahiran pramatang antara minggu 24 hingga 36. Risiko kelahiran pramatang merujuk pada yang mengalami kontraksi pramatang, leaking or pecah air ketuban atau apa je la tanda-tanda kelahiran telah bermula.

Sebelum usia kandungan 37 minggu, paru-paru baby belum matang. Baby yang lahir sebelum dari tu berisiko tinggi mengalami masalah pernafasan yang membawa kematian. Disinilah kegunaan Suntikan Dexa. Walaupun katanya ada sedikit side effect, tak dapat dinafikan suntikan Dexa memberi kebaikan kepada baby. Bila doktor dah suggest, ikut je la kan.

Suntikan ni kena ambil secara berpasangan, suntikan kedua 12 jam lepas suntikan pertama. Setiap dos mengandungi 12 gm dexa, kandungannya memang pekat sebab tu la tak boleh suntik sekaligus. Kena suntik perlahan-lahir selama 2 minit. Orang kata memang sakit. Opismate aku tu pun kata sakit jugak. Kena cucuk kat bontot pulak tu. Uwaa demi baby kena relakanlah ye. Apalah sakit cucuk tu kalau nak dibandingkan dengan sakit bersalin.huhu

Aku doakan semoga semua kelahiran ibu mengandung dipermudahkan dan sampai ke minggu yang secukupnya. Nasib aku pun tak tentu lagi ni. Ujian apa pun aku redha asalkan selamat ibu dan baby. Nah belanja 1 gambaq baby comel sebagai penenang.hehe..








11 comments:

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

semoga semuanya selamat PK

babYpose said... Best Blogger Tips

Memang pahlawan kan seorang ibu, bole mengandung atasi emosi buat kerja jaga anak seperti biasa, cramp lagi, ni ada pula jujuk baru, moga dipermudahkan Pk, kenapa ya uri rendah tak perasan pula dah pernah baca kut , nanti google :)

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Betullah Murni kalau nak bandingkan sakit bersalin tak ada tandingnya dgn kena injek yg cuma 2 minit tu. Yg penting utk kebaikan semua.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Nasiblah hang tak sampai bleeding ye PK, walaupun uri kat bawah.... Doa banyak banyak moga semuanya akan baik baik aje...
Pernah dengaq jugaklah pasal suntikan mematangkan paru paru ni, tapi tak taulah namanya Dexa. Sat ni baru tau ....
Kawan dulu lagilah kesian rahim dia tak cukup kuat so kena jahit lagi... Tak taulah doktor buat macam mana tu

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

in shaa Allah..
doa banyak banyak..semoga dipermudahkan k..

lieyalatif said... Best Blogger Tips

yg pasti suntikan kuat paru2 tu ramai ckp sakit kan.... in sha Allah moga dipermudahkan segala urusan..... selamat sampai waktu b ersalin....amin....

Nooriah Abdullah said... Best Blogger Tips

semoga Allah mudahkan urusan PK ya
bertabahlah ya insya Allah lepas ni akan oklah tu

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Comelnya gamba baby tu.. moga selamat bersalin ya.. insyaAllah uri naik nanti.. doakan byk2..

Siqah Hussin said... Best Blogger Tips

Semoga dipermudahkan semuanya untuk kak PK ye. Insyallah, berdoa selalu..

SalbiahM said... Best Blogger Tips

good read.pengetahuan baru ni

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Saya pun tak tahu pasal ni. First time ni mendengarnya. Kalau dah namanya emak, bakal emak, apa pun demi bayi sanggup dilakukan. Betullah kata PK, apa ada pada injection. Sakit bersalin pun kita masih boleh tahan!