Pixajoy

Sunday, May 18, 2014

Home » Demam Tumbuh Gigi & Mid Year Exam

Demam Tumbuh Gigi & Mid Year Exam



Tiga hari juga si bambam demam. Tak pernah demam macam ni punya merengek mintak dukung saja. Berat dekat 10kg kot, masak la ibu bambam kena buli. Since nurse kata cucuk setahun akan demam seminggu lepasnya, mulakan ingat demam sebab cucuk, rupanya Afia menderita sakit gigi nak tumbuh. 15.05.2014 ibu perasan gigi pertama Afia muncul. Tumbuh gigi yang atas dulu, besar pulak tu giginya. Yang pertama memang dah nampak gigi keluar, dua hari selepasnya ibu perasan ada kemunculan kedua bersebelahan gigi pertama. Gusi yang bawah tu pun macam ura-ura nak keluar gigi juga. Padahnya bila gigi lambat tumbuh, sekali dia keluar deret camni kesian anak ibu.

Semalam tergesa-gesa balik Alor Setar lepas dapat berita jiran en suami meninggal. Famili aruah merancang makan angin di Penang selepas Jumaat tak sangka aruah jatuh dalam bilik air terus tak sedarkan diri. Esok pagi dengan takdir Allah aruah pergi, pergi menghadap Ilahi pada usia 42 tahun, meninggalkan isteri dan dua anak yang masih kecil.  Semoga Allahyarham tenang disana, yang masih hidup semoga dilancarkan setiap pekerjaan. 

Dari kampung terus drift masuk kerja malam. Malam tadi sempat ulangkaji sikit dengan Aiman. Hari ni bermula peperiksaan Sekolah kebangsaan dan sekolah Kafa anak bujang. Semoga Aiman Mukhlis diterangkan hati dan diluaskan dada menjawab soalan exam. Tiga empat kali ibu pesan jawab soalan elok-elok, jangan gopoh gapah dan kalau ada masa lebih jangan lupa ulang periksa jawapan. Risau mengalahkan anak nak ambil SPM kan.haha..

Tiada gambar kerana line macam siput.hiks










22 comments:

Nastyna said... Best Blogger Tips

huk alooh siannya dapat gigi berderet2, mesti tak selesa giler kan dia. tumbuh la cepat2 semuanya nnt lagi best menggigit. All the best to Aiman.

Salmi said... Best Blogger Tips

Kesian Afia. Harap cepat la keluar semua gigi.
All the best utk Aiman

eita said... Best Blogger Tips

yeeeaaahhh...afia dah tumbuh gigi...nanti jenuh lah kena gigit...
al fatihah untuk arwah..semoga di tempat kan di tempat yang mulia di sisi Allah..amin..

harap dapat buat yang terbaik untuk aiman..

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kesiannya anak dara tak sihat. Sekali tumbuh banyak tu yg tak menahan merengeknya..

Abang Aiman bijak - insya-allah boleh jawab dgn baik.

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

tak dapat bayangkan gigi tumbuh berderet..demam seminggu tu lama..semoga afia cepat sembuh..
& aiman pula, buat y terbaik ye..

lieyalatif said... Best Blogger Tips

demam nak tumbuh gigi mmg teruk jugak kan...tu pengalaman lieya laa ngan anak2...lagi satu demam nak berjalan pun yeak jugak ....teruk sampai cirit birit, org kate nak ringan badan sebelum dpt akal baru.....hope afia okey dah....

tu laa skrang mmg musim peksa...hope anak2 kite dipermudahkan semuanyer....risau mmg mengalahkan nak amik spm heheeheh..naluri seorg ibu kan...tu laa lumrahnyer...

NzA said... Best Blogger Tips

alolo...kesiannya afia..moga cpt sembuh ye..sakit tu nk tumbuh gigi.

Al-fatihah buat arwah.

GUd luck utk aiman...Aiman mesti boleh.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alolo sian afia.
sabar ye sayang..
alfatihah utk arwah dan salam takziah bua keluarga arwah

cmna kisah aiman jwb exam.pk dah tanya ke?

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Macam Nazif dulu ni. Awalnya ada 2 batang je. Sekali dia demam teruk terus naik 4 sekali gus, terus nampak hensem sebab berpagar banyak. Haha.. tak abis puji anak sdrii mak nazif ni. Mesti merengek lebih masa ni kan? Ibunya kena lebih berjaga nampaknya tu. Semoga fasa ni cepat berlalu..

siannya jiran tu. Muda sangat lagi tu. Semoga keluarganya tabah dengan kehilangan ini.. kuatkan semangat diorang.

lizz said... Best Blogger Tips

Gegirl auntie ni demam nak tumbuh gigi yer....moga cepat sembuh yer...
Alfatihah untuk arwah...moga dia ditempatkan dikal org yang beriman...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Macam dah komen. Takde ke?

Selamat berjaya Aiman. Doa ibu mengiringi, pasti Aiman dapat buat yang terbaik nanti. Jangan risau la..

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Muda lagi tu. Tapi bila masanya kita takkan tahu. Giliran kita ni bilakah pulak. Harapnya dalma keadaan baik2 juga nanti.

Fasa tumbuh gigi, tahanlah ibu kena gigit ya. Kalau naik sekali gus banyak gigi, ok juga.. taklah demam banyak kali nanti

AtieYusof said... Best Blogger Tips

good luck abg Aiman..moga Afia berasur sembuh..biasalh kan budak2 bila tumbuh gigi..

Anonymous said... Best Blogger Tips

siannyer klau anak2 kecik demam ni,..alfatihah utuk arwah jiran tu yer .. doakan kejayaaan anak2 dunia & akhirat yer PK

OKje said... Best Blogger Tips

Al fatihah...muda lagikan PK....takut pulak ndengonya....
Memang sekarang ni tgh musim pekse...

OKje said... Best Blogger Tips

Sakit jugak tu tmbuh gigi mcm nak beranak kot gayanya...hehe....gigi nak membelah gusi katanya....

LydSunshine said... Best Blogger Tips

mmg, lambat tumbuh gigi, sekali keluar, byk terus. Luth dah 4 btg dah gigi. dlm masa tak sampai berapa minggu.

Byk kes mati mengejut kan skrg. Risau je rasa.

anamizu said... Best Blogger Tips

alolo ciannye pia demam.. budak bila demam mmg merengek nak mak je la kan PK.. takkpe ibu kuat! hehe

gud luck utk Aiman ! hehe

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

yeayyyy afia dah nak tumbuh gigi :-)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Al-fatihah! Mudanya alahai dah pergi menghadap Ilahi. Sekarang ni kecil aje punca, terus jalan. Itu yang paling takut. Yalah, amalan tak banyak mana. Anak-anak pun kecil lagi. Minta dipanjangkan umur untuk lebih mendalami ilmu agama.

Sakit sangatlah tu bila tumbuh berderet. Kesian kat Afia. Si Chubby Aiman peksa ya. Insya Allah, dengan iringan doa dari ibu, tentu tenang dan berlapang dada nak menjawab soalan periksa. Kita ni anak-anak kecil lagi tapi ngerinya macam nak duduk exam SPM gitu. Samalah PK gaya dan debarannya :)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ai bz ni nampaknya. Lama tak update.

Unknown said... Best Blogger Tips

kesian dik pia..

goodluck buat aiman!! :)

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Kesian tumbuh gigi sekali 4... mau tak demam? Adam faris hari tu masa mid year exam pun saya yg cuak....